Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 509 - Dia Kehilangan Anaknya Sendiri

Chapter 509 - Dia Kehilangan Anaknya Sendiri

Di dalam bilik gaya Eropah yang mewah itu, langsir bercorak vintaj menutupi tingkap dan menghalang kesemua cahaya daripada masuk. Bilik itu malap dan kelihatan beberapa botol arak bergelimpangan di atas lantai di sebelah seorang lelaki. Di atas katil di tengah-tengah bilik itu, terdapat kesan darah yang banyak dan menggerunkan. Bilik itu berbau arak bercampur darah dan ia sangat memualkan. Ou Ming sedang bersandar pada kaki katil sambil memegang sebotol arak di tangannya. Baju nipis yang dipakainya berlumuran dengan darah. Matanya yang kabur melihat satu susuk tubuh yang tinggi dan kurus datang ke arahnya.

"Kau datang…" kata Ou Ming sambil tersenyum, tetapi air matanya mula mengalir. "Sicheng…"

Li Sicheng tidak menyangka akan melihat keadaan seteruk itu. Tempat itu dipenuhi darah dan seakan berbaur keganasan dan keruntuhan moral. Pada saat itu, Ou Ming langsung tidak kelihatan seperti dirinya yang biasa. Dia kelihatan seperti katak tua! Perkara pertama yang dilakukan Li Sicheng adalah memeriksa tubuh Ou Ming. "Kau cedera?" Dia menarik baju Ou Ming ke atas dan mendapati tubuh itu tiada cela dan tiada luka.

Ou Ming menolaknya dan berkata, "Bukan aku, dia… itu semua dari dia."

Li Sicheng sedikit terkejut tetapi tenang. Dia merenung Ou Ming dan bertanya dengan dingin, "Dia dah mati? Kau bunuh dia?"

Hanya kematian atau kecederaan serius yang boleh mengakibatkan darah sebanyak itu. Tetapi, bagaimana Ou Ming sampai hati untuk melakukannya? Dia sangat mencintai Yu Lili!

Mata Ou Ming terbuka separuh. Dia menarik nafas panjang dan ketawa kecil. "Darah itu darah anak aku. Anak aku dah tiada, dibunuh oleh aku sendiri."

"Apa maksud kau?" Li Sicheng memandangnya sambil mengambil botol arak di tangan Ou Ming lalu melemparkan botol itu ke tepi. "Teman wanita kau mengandung? Dia keguguran?"

Ou Ming menutup mata lalu air matanya mengalir ke pipi. Dia berkata dengan nada terseksa, "Dia nak putuskan hubungan kami. Dia tulis berapa yang aku dah habiskan untuk dia selama ini dalam sebuah buku. Dia lempar buku itu kepada aku dan cakap akan bayar balik…"

"Lepas tu kau pukul dia?"

"Haha, pukul dia? Mana mungkin…" Ou Ming cuba mencapai botol arak di tepinya dengan tangan yang menggeletar.

Li Sicheng bertindak pantas dan menangkap tangan sahabat baiknya itu. "Macam mana boleh ada darah sebanyak ni? Anak kamu dapat diselamatkan tak?"

Tangan Ou Ming semakin kuat menggeletar. Dia merenung Li Sicheng lalu menggeleng. "Aku tak tahu dia mengandung. Kalau aku tahu, aku tak akan buat dia macam tu. Aku tak berniat, tapi…"

"Kau… buat seks dengan dia?"

Jadi sebab itulah ada begitu banyak darah di atas katil? Ou Ming tidak menjawab sebaliknya hanya merenung Li Sicheng. Pandangannya jelas mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

"Kau…" Li Sicheng terkedu. Dia hampir memarahi Ou Ming, tetapi tidak sampai hati apabila melihat keadaan lelaki itu.

"Di mana Yu Lili sekarang?"

Di dalam bilik yang dipenuhi bau arak dan darah itu, Ou Ming memandang Li Sicheng dan berkata perlahan, "Dia dah dihantar ke hospital dan dah selesai jalani pembedahan… Kandungannya dah lebih dua bulan. Dia tak beritahu aku. Dia rancang untuk larikan diri kemudian gugurkan kandungan itu secara senyap-senyap. Dia langsung tak berani peluang kepada aku untuk tahu. Dia tak mahu hidup dengan aku. Dia tak mahu ada anak dengan aku. Selama bertahun-tahun, dia langsung tiada apa-apa perasaan kepada aku…"

Related Books

Popular novel hashtag