Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 507 - Ramai Orang Tengok

Chapter 507 - Ramai Orang Tengok

Riak wajah Li Sicheng bertukar licik dan dia tersenyum nakal. Dia mencium bibir Su Qianci dan berbisik, "Tak kira apa hukuman sekalipun."

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan dan diam memukul suaminya perlahan. "Jangan harap."

Li Sicheng menangkap tangannya, mengecilkan mata lalu mengusik, "Maksud kamu tiada hukuman?"

"Tut, kalau kamu buat lagi lain kali, saya akan hukum kamu tak boleh tidur sekatil dengan saya."

"Kejamnya…" Li Sicheng mengerutkan wajahnya dengan kecewa. "Seteruk itukah?"

Su Qianci tersenyum lalu memeluk leher Li Sicheng dan mencium bibirnya sekilas. "Jadi, lain kali berhati-hati. Jangan bertindak tanpa berfikir dan beritahu saya dulu sebelum buat apa-apa. Beritahu saya apa yang sedang berlaku, jadi saya tak perlu risau tentang kamu."

"Baik Puan," suara Li Sicheng kedengaran perlahan. Lelaki itu tersenyum dan wajahnya kelihatan seperti kucing yang comel.

Su Qianci yang terus cair melihatnya segera memalingkan mukanya yang kemerahan dan cuba berlagak tenang. "Jom ke hospital untuk pemeriksaan."

Li Sicheng memegang tangan Su Qianci dan memeluk pinggang isterinya itu dengan sebelah tangan lagi. "Baik isteriku sayang."

Selepas semua pemeriksaan selesai, doktor tua itu menolak kaca matanya ke atas hidungnya dan memberitahu mereka terdapat dua plasenta dan dua janin di dalam kandungan Su Qianci. Dalam kata lain, mereka akan memiliki anak kembar.

Walaupun Li Sicheng sudah menjangka mereka mungkin akan memiliki anak kembar, dia tetap terkejut sebaik mendengar berita itu. Wajah dinginnya terus berubah dan dipenuhi dengan kegembiraan.

"Anak kembar, dua plasenta, dua janin?" Li Sicheng mengulang perkataaan itu dengan jantung yang berdegup kencang. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan menyelubungi lubuk hatinya yang paling dalam. "Dua anak? Kembar?" Dia mengulanginya lagi. Matanya bersinar semakin terang seakan satu galaksi yang sangat cantik. "Saya tak salah dengar kan?"

Su Qianci merenung mata suaminya dan mengangguk.

Sebaik menerima pengesahan itu, Li Sicheng terus ketawa dengan kuat lalu memeluk isterinya. Dia mengeratkan pelukannya dan berkata dengan suara perlahan, "Hebat, isteri saya memang sangat hebat!"

Su Qianci memegang tangan suaminya yang terketar kerana terlalu gembira. Dia tersenyum dan berbisik dengan pipi kemerahan apabila melihat riak wajah mengusik doktor-doktor di situ, "Ramai orang tengok. Buat biasa saja."

"Baik!" jawab Li Sicheng dengan kuat. Dia berasa sukar untuk menyembunyikan keterujaannya, lalu mencium pipi isterinya. Dia cuba menahan senyumannya tetapi gagal, malah senyumannya bertambah lebar. Dia turut ketawa kecil tanpa henti. Ini adalah kali pertama Su Qianci melihat suaminya berkelakuan sebegitu. Kegembiraan yang tidak dapat dikawal itu membuatkan suaminya kelihatan seperti… kurang waras. Su Qianci tersenyum dan memandang suaminya dengan wajah kemerahan.

Mata Li Sicheng bersinar-sinar ketika dia tunduk memandang perut isterinya. Dia mengusap perut itu dan berbisik kepadanya, "Tunggu sekejap." Kemudian dia berjalan keluar dari klinik itu.

"Kamu nak pergi mana?"

"Buat panggilan telefon!"

Related Books

Popular novel hashtag