Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 504 - Bagaimana Kalau Dua Anak Lelaki?

Chapter 504 - Bagaimana Kalau Dua Anak Lelaki?

Li Sicheng tidak pernah menahan dirinya sebanyak yang dilakukannya hari ini. Dia berhati-hati untuk tidak menyakiti Su Qianci dan kandungannya. Walau bagaimanapun, sudah agak lama dia tidak dapat memenuhi nafsunya. Ketika nafsunya semakin membuak, dia tidak menghiraukan kesakitan pada tangannya dan terus rebah ke katil bersama isterinya itu. Dia memastikan dirinya tidak menyentuh perut Su Qianci.

Kandungan Su Qianci sudah berusia tiga bulan dan mula menonjol. Malah perut Su Qianci kelihatan lebih besar daripada kebiaasaan wanita hamil. Li Sicheng melihat perut isterinya dan menyentuhnya. "Macam mana kalau yang keluar betul-betul kembar lelaki dan perempuan?"

"Entahlah." Su Qianci melihat riak wajah bingung Li Sicheng dan senyum. "Kita hanya akan tahu bila dah empat bulan. Lagipun doktor tak akan beritahu jantina sebab takut kita dah ada pilihan sendiri."

Li Sicheng terus memandang perut isterinya sambil tersenyum. Kemudian dia berbaring dan memeluk isterinya lalu berbisik, "Saya harap yang keluar nanti memang seorang lelaki dan seorang perempuan, kalau tak, dua perempuan pun bagus juga."

"Kenapa kamu tak suka anak lelaki?"

"Anak lelaki susah dikawal. Saya pernah dengar Ibu hampir jadi gila waktu jaga kami bertiga."

Ketiga-tiga adik-beradik lelaki itu amat nakal dan Li Sicheng adalah yang paling kuat memberontak. Li Jinnan juga tidak mendengar kata. Manakala walaupun Li Beixing kelihatan seperti budah baik, dia sebenarnya mempunyai banyak idea jahat, malah lebih teruk daripada kedua-dua adiknya. Apabila Li Sicheng memikirkan kemungkinan isterinya melahirkan dua anak lelaki yang senakal dia dan adik-beradiknya, dia berasa agak gerun…

"Kalau kita dapat kembar lelaki, kamu perlu bersabar dengan mereka," kata Su Qianci sambil memicit hidung suaminya. "Lelaki dan perempuan sama saja."

Li Sicheng baru sahaja menjawab apabila Su Qianci mencubit mulutnya dan kelihatan garang. "Sekarang tidur!"

Baiklah, masa untuk tidur. Dia telah berjaga sepanjang malam dan telah melalui situasi genting, jadi dia berasa amat penat. Li Sicheng terus tidur dengan selesa bersama isterinya.

Su Qianci sedikit kebingungan apabila terjaga kemudiannya. Dia menjeling jam loceng di meja sisi dan mendapati sudah lebih jam 8 malam.

Li Sicheng menggaru kepalanya dan mengambil telefon bimbitnya di meja sisi sebelum melihat puluhan panggilan tidak berjawab. Dia cepat-cepat menjawab panggilan yang baru masuk dan mendengar suara Cheng You.

"Bos?"

"Ya," jawabnya dan berasa sakit ketika sedang menggeliat. Li Sicheng terus meletakkan tangannya ke bawah.

"Tang Mengying larikan diri. Jam tiga petang tadi, dia cederakan jururawat dan pakai baju jururawat itu."

Sebaik mendengar berita itu, Li Sicheng yang mamai terus menjadi segar. "Bukankah saya dah suruh kamu tambah pengawal?"

"Ya… Saya dah tambah, tapi…"

"Dia dapat ditangkap?"

"Dia berjaya lari… seseorang jemput dia di luar hospital dan terus bawa dia menaiki kereta…"

"Tak guna!"

Cheng You tidak berani berkata apa-apa lagi. Li Sicheng cuba menenangkan dirinya sebelum bertanya, "Macam mana dengan Rong Rui?"

"Rong Rui?" Kenapa pula bosnya tiba-tiba menyebut nama Rong Rui?

"Lebih baik kalau perkara ini tak ada kaitan dengan dia."

Jika tidak, dia akan bertindak tanpa mengendahkan hubungan lelaki itu bersama Cheng You!

Cheng You tahu bosnya serius dan terus berkata, "Tidak, Rong Rui dah putuskan hubungan dengan Tang Mengying. Mustahil dia akan lakukannya."

Li Sicheng diam seketika sebelum berkata, "Kalau macam tu suruh dia bekerja dengan Syarikat Li sebagai pembantu kamu. Kamu boleh jadi pegawai atasan dia. Dia boleh dapat gaji yang sama dengan kamu. Suruh dia fikirkannya."

Related Books

Popular novel hashtag