Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 482 - Wanita Itu, Rong Xuan

Chapter 482 - Wanita Itu, Rong Xuan

"Hati-hati," Li Sicheng mengingatkannya. "Tentang itu nanti kita bincang."

"Okey!"

Su Qianci mengekori suaminya keluar dari kapal terbang. Selepas mengambil bagasi, mereka menaiki teksi untuk ke hotel yang telah ditempah. Udara di kawasan selatan itu terasa sejuk dan semua pokok kelihatan tidak berdaun. Jalan yang dilalui mereka berkabus dan kelabu. Ia adalah kabus yang terkenal.

Su Qianci menoleh ke arah Li Sicheng dan melihat suaminya sedang mencari nama-nama anak di internet. Dia menjenguk skrin telefon itu dan berkata, "Saya ada terfikir satu lagi. Xiao Si, Xiao Cheng."

Xiao Cheng? Li Sicheng ketawa kecil dan menutup telefonnya. "Xiao Cheng, Xiao Si?"

"Ya!"

"Bagaimana kalau Da Su, Er Su?"

"Tak nak, itu kedengaran seperti nama orang tua, tak sedap didengar."

Pemandu teksi mereka ketawa. Pipi Su Qianci kemerahan dan dia menyiku Li Sicheng. "Berilah cadangan lain."

"Dah sampai. Jom keluar dulu dan bincang kemudian tentang tu." Li Sicheng membuka pintu dan menarik tangan Su Qianci. Dia membawa bagasi mereka dan berjalan masuk ke dalam hotel sambil memegang tangan isterinya. Selepas mendaftar masuk, mereka makan tengah hari sebelum pergi ke alamat yang diberikan Rong Haiyue.

Kediaman Rong Haiyue adalah hak milik Kawasan Tentera Ibu Kota. Hotel yang mereka duduki adalah hotel terbaik berdekatan rumah lelaki itu. Pasangan itu berhenti untuk membeli sedikit hadiah sebelum ke rumah Rong Haiyue. 

Ketika sedang berjalan, Su Qianci tiba-tiba menoleh ke belakang dan melihat sebuah kereta BMW putih. Dari pandangan sisi, pemandu itu kelihatan seperti pernah dilihatnya. Jalan raya ketika itu sedang sesak dan semua kereta bergerak perlahan. Pemandu itu menyedari renungan Su Qianci dan menoleh. Sebaik melihat Su Qianci, Rong Xuan terkedu seketika sebelum berpaling ke arah lain dan menutup tingkap keretanya.

"Kenapa?" Li Sicheng bertanya apabila menyedari Su Qianci berhenti.

"Kamu nampak wanita itu?" Su Qianci menunjuk ke arah BMW itu. "Dia Rong Xuan."

Li Sicheng memandang kereta itu dan matanya mengecil. Dia menarik Su Qianci lembut. "Kita dah nak sampai. Jom."

Rong Haiyue sedang memerhatikan anaknya berlatih menembak di halaman rumah mereka. Dia kelihatan sangat terkejut apabila telefonnya berdering dan memaparkan nama Li Sicheng. "Anna, mari. Kita ada tetamu."

"Kita nak ke mana?" Rong Anna meletakkan pistolnya dan mengekori ayahnya.

"Ke pagar. Ayah akan bawa mereka ke sini." Rong Haiyue berjalan dengan pantas dan kelihatan sangat gembira. Rong Anna sudah lama tidak melihat ayahnya segembira itu. Kali terakhir adalah beberapa tahu lalu ketika ibunya membelikan ayahnya itu sehelai skarf…

"Kamu dah sampai?" Rong Haiyue membuka pintu dan melihat Li Sicheng dan Su Qianci sedang berdiri agak jauh sambil berbual. Sebaik melihat Rong Haiyue, Li Sicheng memegang tangan Su Qianci dan berjalan ke hadapan.

"Encik Rong," sapa Su Qianci. Dia melihat Rong Anna di belakang Rong Haiyue lalu turut menyapanya, "Hai Cik Rong."

Sebaik sahaja melihat wajah Su Qianci, Rong Anna terus dapat mengecamnya. Mata cantik Rong Anna kelihatan dipenuhi dengan emosi yang misteri dan wajahnya kelihatan agak terkejut. "Hai. Su Qianci?"

Su Qianci tidak pasti sama ada ia hanya imaginasinya, tetapi dia merasakan seperti Anna memandangnya dengan pandangan yang aneh. Adakah kerana wajahnya mirip Rong Xuan? Su Qianci hanya tersenyum dan mengangguk.

Related Books

Popular novel hashtag