"Masuklah dan duduk di dalam," kata Rong Haiyue. "Kamu berdua baru sampai?"
"Ya."
"Dah makan?" Rong Haiyue mengambil hadiah yang dihulurkan Li Sicheng.
"Ya, kami baru saja makan di hotel," jawab Su Qianci sambil melangkah masuk ke dalam rumah itu. Benda pertama yang menarik perhatiannya adalah satu bingkai gambar yang digantung di atas kabinet besar di tepi pintu. Ia adalah satu gambar keluarga yang besar. Rong Anna tersenyum bahagia dalam gambar itu. Rong Haiyue mempunyai senyuman kecil tetapi hangat pada wajahnya. Di sebelah kanan Rong Haiyue, kelihatan seorang wanita yang riak wajahnya acuh tidak acuh dan kelihatan ganjil dalam gambar itu.
"Itu isteri saya," jelas Rong Haiyue. "Wajahnya agak mirip kamu kan?"
"Rong Xuan," kata Su Qianci. "Rupanya dia ada di Hospital Kingstown untuk lawat kamu haritu."
"Kamu dah jumpa dia?"
"Ya. Waktu saya di hospital, saya terserempak dengan dia dalam perjalanan ke bilik kamu. Dia nampak agak dingin."
"Dia memang macam tu." Rong Anna tersenyum sambil menghidangkan teh. "Orang gaji kamu balik kampung untuk sambut Tahun Baru Cina. Saya tak pandai buat teh, harap kamu tak kisah."
"Ini anak saya, Rong Anna. Dia 21 tahun sekarang, jadi dia mungkin satu atau dua tahun lebih muda daripada kamu, macam adik. Mungkin kamu berdua boleh jadi kawan baik."
"Kalau dia 21, maknanya sama umur dengan saya." Su Qianci merasakan seperti dirinya dianggap tua oleh lelaki itu. "Saya 21 tahun dan hari jadi saya bulan Oktober. Jadi saya bukanlah lebih tua kan?"
Rong Haiyue kelihatan terkejut. "Bukankah kamu anak Song Yifan? Sepatutnya umur kamu 22 atau 23 tahun kan?"
Rong Xuan kembali kepadanya 22 tahun yang lalu. Jika dilihat daripada wajah Su Qianci, Rong Hiyue pasti gadis itu memang anak Rong Xuan. Jika Su Qianci anak Song Yifan dan Rong Xuan, bukankah dia sepatutnya berusia dalam 22 tahun? Bagaimana dia boleh menjadi 21 tahun pula?
"Apa kaitannya dengan kamu berapa pun umur dia?" Satu suara dingin kedengaran diikuti bunyi kasut bertumit tinggi. "Kamu berminat dengan gadis semuda itu?" Suara itu kedengaran amat dingin tanpa sedikit pun budi bahasa. Ia juga berbaur hinaan walaupun tidak jelas. "Dia sama umur dengan anak kamu Rong Haiyue. Kamu dah hilang akal."
Hampir semua orang menoleh serentak dan mereka melihat seorang wanita yang anggun melangkah masuk. Rong Xuan memakai kot Kashmir berwarna biru bersama baju qipao di dalamnya dan kasut bertumit setinggi dua inci.
"Rong Xuan…" panggil Rong Haiyue sambil kepalanya terfikirkan satu kemungkinan yang gila. "Adakah…"
"Kamu patut balik." Rong Xuan memandang Li Sicheng dan Su Qianci. "Kami perlu uruskan hal keluarga dan orang asing tidak patut ada di sini. Kami tak akan hantar kamu keluar."
Su Qianci memandang Rong Xuan dan teringat wajah wanita itu di dalam gambar yang dimiliki Song Yifan. Dia berasa sakit hati apabila teringat hidup Song Yifan yang kucar-kacir selama beberapa tahun. Dia banhun dan bertanya, "Rong Xuan, kamu Rong Xuan kan?"
Rong Xuan jelas tidak mahu menghiraukan pertanyaannya.
"Nenek saya minta saya tanya kamu sesuatu kalau saya jumpa kamu."
Mendengar kata-kata itu, Rong Xuan menoleh ke arah Su Qianci dan wajahnya kelihatan sedikit berubah. "Nenek kamu?"
"Ibu kepada ayah saya Song Yifan. Dia minta tanyakan kamu: Selepas menjadi anak perempuan keluarga Song selama beberapa tahun, kemudian menghancurkan segala-galanya dalam keluarga itu, pernah tak kamu rasa menyesal?"