Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 479 - Wanita yang Aku Cintai Selama Lapan Tahun

Chapter 479 - Wanita yang Aku Cintai Selama Lapan Tahun

"Hm," Lu Yihan mengambil beberapa hiris daging dengan penyepitnya. Dia mengunyah dan berkata, "Bila kau dah jadi perempuan dan selesai semua pembedahan plastik, kau jumpalah aku kembali. Siapa tahu kau bertuah?"

"Tak guna! Tengoklah muka aku, kau rasa aku perlu pembedahan plastik? Tak kan?" Luo Zhan menuding ke mukanya sendiri dan bertanya dengan kecewa.

Lu Yihan memegang botol bir dan diam seketika sebelum mengangguk dengan serius, "Sangat perlu."

Luo Zhan: "…Aku tak akan cintakan…"

"Jadi pergi mati."

"Tapi aku belum berkahwin."

"Lupakan. Tak ramai wanita yang keliru begitu dalam dunia ni."

"Tak bolehkah kau cuba buat aku rasa lebih baik?"

"Erm…" Lu Yihan tersedar kata-katanya mungkin agak kejam. Dia teragak-agak seketika sebelum berkata, "Sebenarnya, masih ada beberapa orang wanita keliru yang tinggal."

Luo Zhan hampir beredar dari situ. Su Qianci dan Yu Lili ketawa terbahak-bahak. Mereka memerhatikan dua lelaki itu kemudian saling bertukar pandangan penuh makna.

Selesai makan, mereka semua berpisah. Luo Zhan dan Lu Yihan minum sehingga mabuk. Selepas Ou Ming dan Li Sicheng pulang ke rumah bersama wanita masing-masing, dua lelaki yang kesedihan itu saling memaut bahu dan berjalan ke rumah dengan terhuyung-hayang.

Lu Yihan menepuk bahu Luo Zhan dengan perasaan simpati terpancar pada wajahnya yang kemerahan. "Kita berdua menjadi orang asing, kita berdua yang terabai!"

"Satu dahan aprikot merah keluar dari dinding!"

Lu Yihan tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. "Kau baca buku?"

"Tut, kau ingat kau bijak sangat sebab tahu puisi lama? Aku pun belajar semasa aku di tadika!"

"Kau memang betul-betul tak pernah ada teman wanita sepanjang 27 tahun hidup?"

"Tak ada…"

"Aku rasa kau memang gay. Jauhkan diri dari aku," kata Lu Yihan sambil menolak Luo Zhan.

Luo Zhan mendekati Lu Yihan kembali lalu memaut bahu lelaki itu sambil berjinjing. "Aku rasa kau yang gay! Kau sangat kacak, macam mana kau boleh tak ada teman wanita?"

"Akhirnya kau mengaku aku lebih kacak daripada kau?"

"Sikitlah."

"Tut..."

"Kau tak jawab soalan aku lagi."

"Erm… sebenarnya ada seseorang yang aku dah cintai sejak lapan tahun lalu."

"Dia tak suka kau?"

"Bukan. Aku yang tak pernah beritahu dia," jawab Lu Yihan sambil merenung di kejauhan. "Dia sangat naif dan lurus bendul. Kalau aku tak beritahu, dia tak mungkin tahu."

"Hei, kau ingat aku tak perasan? Kau sukakan isteri Li Sicheng kan? Wanita yang kau cintai selama lapan tahun tu Su Qianci kan?"

"Macam mana kau tahu?"

"Aku bukannya buta. Kau renung dia setiap kali ada peluang. Apa-apa yang kau buat, kau tanya dia dulu. Orang bodoh pun boleh nampak."

"Yakah… Aku dah terbiasa dari dulu begini. Dulu dia cakap aku kawan baik dia."

"Kasihannya…" Luo Zhan berasa simpati. "Kenapa kau tak beritahu dia? Mungkin kalau kau beritahu dulu, dia akan pilih kau?"

Lu Yihan terkedu mendengar kata-kata itu sebelum tersenyum pahit. "Keluarga aku miskin. Aku rancang untuk beritahu dia lepas aku dah ada kerja sendiri. Tapi aku langsung tak jangka… dia akan berkahwin seawal ini."

Luo Zhan berasa semakin simpati dan menepuk-nepuk bahu Lu Yihan. "Ia bukan disebabkan kau lambat, tapi sebab Kapten Li yang terlalu pantas. Dia terus suruh Li Sicheng mengahwini Su Qianci sebelum Li Sicheng bersedia untuk berkahwin pun. Bukan salah kau."