Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 475 - Cabaran Luo Zhan

Chapter 475 - Cabaran Luo Zhan

"Kami tak peduli. Buat sajalah!" desak Ou Ming. "Kau nak didenda minum?"

Luo Zhan merasakan hatinya dingin dan sakit. Dia kembali duduk. Semua orang sedang merenungnya dengan wajah seronok dan ternanti-nanti. Luo Zhan menyilangkan kakinya dan membuat matanya kelihatan asyik, lalu meletakkan sebelah tangannya di dada. Dia mengetap bibir kemudian mengusap kakinya dengan cara yang difikirkannya menarik. "Ah… Oh…" 

"Hahahaha…." Su Qianci terus ketawa terbahak-bahak sambil memegang lengan suaminya. Li Sicheng turut tersenyum sambil melihat Luo Zhan.

"Oh… ah…" Luo Zhan menyentuh kepalanya mula dan membuat bunyi mendesah yang panjang. "Hmmm~"

"Aku dah tak mampu nak tengok. Hentikan!" Lu Yihan berkata sambil menutup matanya dengan tangan.

Tetapi Luo Zha sengaja menyambung aksinya bagi mengusik Lu Yihan dan mendesah lebih kuat, "Aw! Oh! Ah! Hee…"

"Apa kejadahnya tu? Dari mana bunyi-bunyi pelik tu datang?" Ou Ming menggelengkan kepalanya. "Dah lah. Jangan rosakkan telinga kami."

Yu Lili bersandar pada sofa dan masih ketawa hingga perutnya berasa sakit.

Cheng You turut ketawa dengan kuat dan tanpa sedar menggerakkan badannya ke arah Rong Rui.

Rong Rui melihat Cheng You telah bersandar kepadanya tanpa sedar, tetapi berpura-pura tidak menyedari apa-apa sambil terus melihat ke arah Luo Zhan.

Luo Zhan yang melihat situasi itu terus duduk dan menarik Cheng You. "Okey dah habis. Duduk elok-elok."

Kemudian dia memutarkan botol kaca itu. Kali ini giliran Yu Lili.

Yu Lili masih tidak henti ketawa. Sebaik melihat semua orang memandangnya, barulah dia tersedar dan terus berkata, "Cabaran!"

"Gunakan apa sahaja cara untuk goda seseorang selain pasangan kamu dan duduk di atas ribanya untuk satu pusingan."

"Goda?" Yu Lili mengangkat keningnya. "Selain pasangan saya?"

"Betul!"

Su Qianci bertanya, "Goda bagaimana?"

"Jangan," kata Ou Ming. "Ambil kad lain."

"Tak boleh. Perlu ikut peraturan, kalau tak permainan ni akan jadi bosan," bantah Luo Zhan. "Hei Yu Lili, kamu nak goda siapa?"

Yu Lili bangun dan melihat sekeliling, pandangan pertamanya jatuh kepada Li Sicheng.

Su Qianci segera menutup wajah Li Sicheng dan berkata, "Tak boleh!"

Li Sicheng tersenyum kecil dan menurunkan tangan Su Qianci sambil mengangguk. "Tak akan."

Yu Lili menggigil kegelian dan terus berjalan ke arah Lu Yihan yang berada di hadapannya.

Ou Ming merentap tangan Yu Lili dan memandangnya dengan pandangan berbaur amaran. Yu Lili berasa sedikit gerun, tetapi… ini mungkin adalah satu-satunya peluangnya. Dia menepis tangan Ou Ming dan berkata, "Ini cuma permainan. Tak perlu terlalu serius."

Lu Yihan berasa gementar melihat Yu Lili berjalan ke arahnya. Dia menjeling sekilas ke arah Ou Ming dan berdehem. "Lili, nak ambil kad lain?" Lu Yihan tidak sanggup menghadapi seseorang yang berkuasa seperti Ou Ming. Bagaimana jika Ou Ming salah faham dan menyangka dia mahu merampas teman wanitanya? Namun Yu Lili terus menghampirinya lalu menolak bahu Lu Yihan dan duduk di atas kakinya. Yu Lili memasukkan pahanya di antara kedua betis Lu Yihan.

Mata Su Qianci terbeliak melihat situasi yang panas itu. "Biar betul?"

Ou Ming menggenggam penumbuk sambil merenung tajam gaun merah Yu Lili dari belakang.

Makan Pisang Selama 10 Minit

Yu Lili merenung Lu Yihan selama beberapa saat dan dapat melihat kejutan dan ketakutan dalam mata lelaki itu. Yu Lili mengherotkan bibirnya sebelum menjilatnya dengan lidah sambil terus merenung Lu Yihan. Kemudian dia terus mengecilkan matanya.

"Yu Lili!" Ou Ming yang tidak mampu lagi melihatnya terus bangun dan membentak.

Yu Lili menegakkan badannya dan berpaling ke arah Ou Ming. "Ia cuma gurauan. Apa yang kau risau sangat?" Kemudian dia duduk di atas riba Lu Yihan lalu memutarkan botol kaca itu.

Kali ini ia terarah kepada Li Sicheng. Li Sicheng memilih cabaran dan memberikan kad itu kepada Luo Zhan.

Luo Zhan membaca arahan pada kad itu. "Suapkan pisang kepada pasangan kamu selama 10 minit."

Mujurlah ia bukan sesuatu yang teruk. Su Qianci menarik nafas lega, tetapi… Tiba-tiba Yu Lili ketawa dengan kuat, diikuti oleh Luo Zhan. "Makan pisang selama 10 minit, Su Qianci!"

Su Qianci yang kebingungan terus bertanya, "Apa yang kamu semua ketawakan?"

Bukankah ia cuma pisang?

"10 minit, pisang, 10 minit." Luo Zhan menggosok kedua belah tangannya dan mengambil beberapa biji pisang. "Cepatlah."

Li Sicheng memandang rakannya itu dan berkata, "Dia malu. Apa kata dia suapkan kepada aku?"

"Mana boleh! Itu membosankan!" bantah Yu Lili. "Biar Su Qianci yang buat, saya belum pernah tengok dia 'makan pisang'."

Selepas mendengar perbualan mereka, barulah Su Qianci tersedar maksud sebenarnya. Wajahnya terus berubah kemerahan. "Kamu…"

Li Sicheng mengambil sebiji pisang dan segera mengupasnya. "Mari."

Su Qianci berasa malu dan hanya merenung pisang itu buat seketika.

"Masa dah bermula. Su Qianci, kamu perlu makan ini selama 10 minit."

Su Qianci membuka mulutnya, meletakkan hujung pisang itu ke dalam mulutnya lalu menggigit sebahagian kecil. Tetapi walaupun dia hanya menggigit sedikit, ia sudah satu persepuluh daripada pisang itu. Bagaimana mahu memakannya selama 10 minit?

"Jangan berhenti. Teruskan!" jerit Luo Zhan.

Su Qianci mengunyah perlahan sambil memandang ke atas dan bawah, lalu menggigit pisang itu lagi.

Riak wajah Li Sicheng kelihatan berubah dan dia berbisik, "Kamu boleh masukkan lebih banyak ke dalam mulut dan keluarkannya kembali."

Su Qianci yang memahami maksud sebenar Li Sicheng terus menumbuk suaminya itu. Dia menggigit sedikit lagi. Dalam masa dua minit, pisang itu telah habis lebih separuh.

Su Qianci berkata dengan risau, "Kamu semua suruh saya makan tanpa henti. Macam mana nak buat sampai 10 minit!"

"Dah tentulah boleh. Guna cara lain," kata Luo Zhan sambil ketawa. "Contohnya, masukkan kesemuanya ke dalam mulut." Wajah Su Qianci berubah kemerahan kembali. Dia melihat semua orang sedang memandangnya dengan penuh harapan, lalu memasukkan keseluruhan pisang itu ke dalam mulutnya setelah teragak-agak seketika.

Yu Lili memandang Su Qianci dengan teruja. Tiba-tiba dia merasakan Lu Yihan bergerak-gerak di bawahnya dan sesuatu sedang menaik dari lelaki itu. Lu Yihan menolak Yu Lili dan berkata dengan suara yang sedikit serak. "Pergi duduk." Yu Lili berpaling ke belakang dan merenung lelaki itu dengan dalam.

Dia telah duduk di ribaan Lu Yihan selama beberapa minit dan lelaki itu langsung tidak memberi reaksi. Tetapi apabila Su Qianci memasukkan pisang ke dalam mulutnya, lelaki itu terus… Yu Lili ketawa sinis dan berbisik perlahan, "Berbaloikah? Huh?"

Related Books

Popular novel hashtag