Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 476 - Marilah, Gunakan Saya!

Chapter 476 - Marilah, Gunakan Saya!

Suara Yu Lili sangat perlahan dan hanya boleh didengari oleh mereka berdua. Lu Yihan terkaku seketika lalu memandang Yu Lili dan melihat riak wajah wanita itu. Dia mula sedar Yu Lili sudah dapat menangkapnya. Wajahnya kemerahan dan dia tidak lagi cuba bersopan lalu terus menolak wanita itu. "Encik Ou, sila ambil teman wanita kamu kembali."

Ou Ming menaikkan keningnya dan memandang Yu Lili. Yu Lili mendengus dan kembali ke sebelah Ou Ming.

Lima minit kemudian, pisang di hadapan Su Qianci hampir habis. Su Qianci mencubit suaminya dengan risau dan bertanya, "Apa perlu saya buat?" Li Sicheng tersenyum dan menyuapkan semua pisang yang tinggal ke dalam mulutnya. Mata Su Qianci terbeliak, tetapi belum sempat dia berkata apa-apa, Li Sicheng terus memegang kepalanya dengan tangannya yang besar dan menyuapkan pisang itu dari mulut ke mulut. Sambil merenung Li Sicheng, Su Qianci menggigit sedikit pisang itu. Li Sicheng menelan selebihnya sebelum terus mencium Su Qianci dengan lebih mendalam.

Tetapi Li Sicheng masih tidak melepaskannya walaupun pisang itu telah habis. Sebaliknya dia menahan Su Qianci pada sofa lalu memeluk isterinya itu dengan lebih kuat. Aksinya ganas seperti biasa. Hangat dan liar.

Luo Zhan si bujang merasakan hatinya pedih lalu menjerit, "Hei, hei, cukuplah tu!"

Rong Rui memandang Cheng You tanpa sedar. Dia melihat Cheng You sedang merenung pasangan itu sambil meramas-ramas tangannya. Wajah wanita itu kelihatan sedikit merah. Cheng You tiba-tiba menyedari Rong Rui sedang merenungnya. Dia menjeling lelaki itu sekilas sebelum segera memandang ke arah lain setelah terpandang sepasang mata kuning jingga itu.

Su Qianci hampir sesak nafas. Apabila Li Sicheng melepaskannya, dia terbaring di atas sofa itu dengan tercungap-cungap.

Luo Zhan melihat jam dan terkedu. "Tepat-tepat 10 minit."

Li Sicheng memaut bahu isterinya dan berbisik sambil tersengih, "Apa perasaan kamu?"

Su Qianci mendongak ke arah suaminya lalu menyikunya. "Depan ramai orang…"

Li Sicheng tersenyum. "Jom balik, tutup pintu dan sambung."

Wajah Su Qianci bertambah merah dan dia terus menutup muka dengan tangannya.

Li Sicheng senyum dan terus memutarkan botol kaca itu. Akhirnya ia terhenti kepada satu-satunya orang yang masih belum terkena iaitu Cheng You.

Cheng You berdehem dan berfikir seketika. "Saya rasa…"

"Cabaran!" Luo Zhan merenungnya dengan mata yang bersinar-sinar. "Cik Cheng, kebenaran banyak topik yang berbahaya. Pilih cabaran! Kamu belum ada pasangan jadi pasti tak ada masalah!"

Pada asalnya Cheng You mahu memilih kebenaran, tetapi selepas mendengar kata-kata Luo Zhan, dia merasakan ia ada benarnya lalu memilih cabaran. Luo Zhan berasa amat gembira dan membaca arahan pada kad yang dipilih, "Pilih seorang lawan jantina, duduk di atas ribanya dan beri dia ciuman hangat." Selepas membacanya, Luo Zhan merasakan hidupnya menjadi indah. Oh Tuhan, inilah masa bertuahnya! Kebahagiaan datang tiba-tiba dalam masa dia belum bersedia. Tunggu, jangan nampak sangat! Luo Zhan memandang Cheng You dengan mata yang bercahaya.

Cheng You tersenyum lalu membaca sendiri kad itu sebelum menumbuk kepala Luo Zhan. "Tak guna! Kamu perangkap saya!"

Luo Zhan menggosok kepalanya dan mengaduh, tetapi kemudian bergerak menghampiri Cheng You dan berkata, "Tak, kamu perlu percaya ini takdir kita. Dengan lelaki sekacak saya di sebelah kamu, Tuhan pun nak kamu pilih saya. Cheng You, marilah, pandang saya, saya dah sedia! Saya rela!"

Ketika mengatakannya, dia mendepakan tangannya ke arah Cheng You seolah-olah hero dalam kisah tragedi, tetapi tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum.

Related Books

Popular novel hashtag