Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 477 - Permainan Ini Terlalu Melampau

Chapter 477 - Permainan Ini Terlalu Melampau

Cheng You dapat melihat ekspresi wajah Luo Zhan. Bibirnya menggerenyet sebelum dia menumbuk dada lelaki itu. "Berambus!"

"Saya serius!" rayu Luo Zhan. "Betul ni, Cheng You!"

Melihat situasi itu, Rong Rui menarik tangan Cheng You tanpa berkata apa-apa, tetapi matanya kelihatan dingin. Luo Zhan terpinga-pinga sebelum menarik sebelah lagi tangan Cheng You dan berkata, "Apa kau nak?"

Lelaki ini terang-terangan merampas Cheng You daripadanya?

"Sepatutnya aku yang tanya kau." Rong Rui tidak mahu mengalah. "Cheng You dah lama dengan aku."

Luo Zhan terkejut dan berkata tanpa sedar, "Bukan kau masih kejar dia?" Walaupun soalan itu ditujukan kepada Rong Rui, matanya memandang Cheng You.

Riak wajah Cheng You bertukar tegas dan dia cuba menarik tangannya dari genggaman Rong Rui. Tetapi mana mungkin lelaki itu akan melepaskannya? Malah Rong Rui memegang tangannya dengan semakin kuat. Cheng You mahu menarik tangannya dari Luo Zhan juga, tetapi lelaki itu turut tidak mahu melepaskannya. Cheng You mengerutkan dahinya dan menjerit dengan marah, "Sakitlah! Lepaskan!"

Luo Zhan segera melepaskan tangannya dan melihat kesan merah pada tangan Cheng You. Dia berasa bersalah dan terus berkata, "Maaf Cheng You, saya tak berniat…"

Cheng You merenung Rong Rui dengan dingin. Melihat Luo Zhan telah melepaskan tangan Cheng You, Rong Rui turut melepaskannya.

Dua lelaki bersaing untuk seorang wanita. Situasi itu kelihatan agak tegang. Su Qianci melihat ekspresi kedua-dua lelaki itu yang berbeza dan berasa simpati terhadap Luo Zhan. Dia tahu Rong Rui telah berjaya mendapatkan Cheng You terlebih dahulu. Tetapi adakah mereka berdua bergaduh?

Cheng You mengambil kad itu dan melihatnya. Dia tersenyum lalu mencapai botol wiski yang digunakan Yu Lili untuk menakutkan semua orang.

Semua di situ terkejut. Yu Lili merenungnya dengan mata terbeliak dan berkata, "Hei kawan, kamu seriuskah?"

"Ya."

Luo Zhan seorang lelaki yang baik, malah sangat baik. Cheng You tahu perangainya. Jika dia Cheng You yang lama, dia pasti akan mempertimbangkan cadangan Luo Zhan, tetapi sekarang… dia juga tidak boleh pergi kepada Rong Rui. Jika tidak, dia tidak akan pernah dapat membuang lelaki itu dari hidupnya. Pilihan terbaik adalah meneguk wiski yang masih berbaki separuh itu. Dia membuka penutup botol wiski itu dan terus meneguknya. Luo Zhan yang bimbang terus menarik botol itu dari tangan Cheng You. Tetapi Cheng You sudahpun meneguknya beberapa kali dan wajahnya kini kemerahan.

Su Qianci bangun dan berkata, "Hei, ini cuma permainan. Jangan terlalu serius."

Luo Zhan yang memegang botol itu mengangguk dengan rasa bersalah, "Kita berhenti bermain sekarang. Sebenarnya tak ada apa yang seronok dengan permainan ini. Ia terlalu melampau. Entah siapa yang cadangkannya."

Cheng You ketawa kecil dan memandang Luo Zhan. "Bukan kamu yang beri idea teruk ni? Saya rasa kamu sengaja."

Luo Zhan menarik nafas lega apabila melihat senyuman Cheng You. Dia baru sahaja mahu berkata sesuatu ketika Rong Rui memintasnya, "Jadi, ada beberapa orang yang pertama kali bermain dan mereka tak langgar peraturan. Sekarang giliran kamu dan saya rasa kamu tak patut langgarnya juga."

Cheng You berpaling ke arah lelaki itu. Rong Rui sedang merenungnya dengan dalam. Kemudian lelaki itu merampas botol wiski dari tangan Luo Zhan lalu terus meneguknya.

Cheng You terkejut dan cuba merampas botol itu kembali. Walau bagaimanapun, Rong Rui menahan tangannya dan wiski di dalam botol itu semakin berkurangan.