Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 473 - Ciuman antara Lu dan Luo

Chapter 473 - Ciuman antara Lu dan Luo

Luo Zhan mengambil sekeping kad sambil tersenyum. "Cari seseorang dan bercium gaya Perancis di dinding selama tiga minit…" Semakin banyak dibacanya, Luo Zhan semakin gelisah. Antara wanita di situ, Yu Lili dan Su Qianci sudah berpunya. Jadi hanya Cheng You yang tinggal? Tak boleh! Cheng You adalah kepunyaannya! Luo Zhan cuba menenangkan dirinya dan berkata, "Nak tukar?"

"Tak boleh! Mana ada macam tu!" bantah Su Qianci. "Kenapa kamu tak bagi saya tukar tapi dia boleh?"

"Betul!" sokong Yu Lili. "Betul tu, tak boleh tukar!"

Rong Rui membetulkan kedudukannya. Tangannya diletakkan hampir dengan Cheng You. Jantung Cheng You berdegup kencang.

Lu Yihan mencebikkan bibirnya dan selepas berfikir agak lama, dia berkata, "Saya pilih untuk minum."

"Jadi habiskan ini." Yu Lili mengambil sebotol wiski yang masih berbaki separuh dan mengangkat dagunya.

"Habislah!" jerit Luo Zhan.

Cheng You turut terkejut. "Banyaknya!"

"Lili, ini tak…" kedengaran suara Su Qianci.

Jika Lu Yihan berjaya menghabiskannya, dia pasti akan dihantar ke hospital.

Yu Lili tidak merasakan cadangannya salah. Dia berkata selamba, "Hei, kalau kamu tak ikut peraturan, memanglah kamu akan dihukum!" Bagaimana dengan dia? Bercium di dinding bersama Lu Yihan? Lelaki itu tak tahukah dia ada di situ dan boleh lakukannya! "Kamu boleh ajak sesiapa saja dan orang yang dipilih tak boleh menolak, kalau tak…" Yu Lili meletakkan botol itu di hadapan Lu Yihan. "Minum."

Lu Yihan memalingkan wajahnya dan memandang semua di situ. Li Sicheng sedang memeluk pinggang isterinya. Wajah dingin itu kelihatan tiada perasaan, tetapi jelas memberi amaran.

Yu Lili sedang memandangnya, tetapi… Dia tahu perasaan Yu Lili terhadapnya, tetapi bukankah wanita itu sudah ada teman lelaki?

Lu Yihan berpaling pula ke arah Cheng You. Rong Rui dan Luo Zhan sedang merenungnya dengan wajah yang jelas sedang memberi amaran. "Tak guna…" Lu Yihan berasa terseksa. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan akhirnya menolak Luo Zhan ke arah dinding. 

Luo Zhan kelihatan seolah ternampak hantu ketika dia ditolak ke dinding. Semua di situ terkejut. Luo Zhan terus terkaku dan merasakan sesuatu yang lembut di bibirnya.

"Ciuman Perancis," Rong Rui mengingatkan mereka.

Lu Yihan kelihatan terseksa dan mengeluarkan lidahnya… Luo Zhan kelihatan berasa amat jijik dan mengetap giginya dengan rapat.

"Orang yang dipilih tak boleh menolak," kata Rong Rui lagi.

Sial!

Apa masalah si Rong Rui ini? Luo Zhan menyumpah dalam hatinya tetapi masih menutup giginya dengan rapat.

Akhirnya selepas tiga minit, Lu Yihan terus menolak Luo Zhan dan berpaling ke arah bertentangan, "Yuckk…"

Luo Zhan turut memberi reaksi yang sama dan kedua-dua lelaki itu terus muntah pada masa yang sama.

Su Qianci ketawa kuat tanpa henti sambil memegang lengan Li Sicheng dan hampir sesak nafas.

Ou Ming ketawa paling kuat antara semua di situ. Dia berkata, "Luo Zhan, kalau ayah kau tahu tentang ni, mesti dia akan patahkan kaki kau!"

Yu Lili tidak mampu untuk ketawa. Dia memandang Lu Yihan sambil cuba menyembunyikan riak wajahnya di belakang segelas air.

Ou Ming dapat melihat dengan jelas kelakuan aneh Yu Lili. Dia memandang sekilas Yu Lili dan Lu Yihan, lalu matanya kelihatan berubah.

Lu Yihan kembali ke meja selepas muntah untuk memutarkan botol. Kali ini ia terarah kepada Ou Ming. Ou Ming mengambil sekeping kad kebenaran dan menghulurkannya kepada Luo Zhan.

Luo Zhan membaca, "Adakah pasangan kamu sekarang orang yang kamu sangat cintai? Kalau kamu belum berkahwin, adakah kamu mahu berkahwin dengannya?"

Related Books

Popular novel hashtag