Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 470 - Boleh Tak Ada Sedikit Perasaan Malu?

Chapter 470 - Boleh Tak Ada Sedikit Perasaan Malu?

"Tak ada satu hari pun berlalu tanpa saya menyesalinya, Rong Rui."

Setiap patah perkataan dilantunkan dengan penuh tenang. Rong Rui merasakan dadanya menjadi sesak. Sebaik sahaja dia tahu Cheng You yang menyelamatkannya, dia membuat keputusan untuk mengahwini wanita itu. Mungkin disebabkan perangai biasa lelaki, dia tidak mencintai Cheng You tetapi mahu memilikinya. Dia mahu membuat wanita itu jatuh cinta kepadanya dan membawanya pulang ke rumah sebagai isterinya. Walau bagaimanapun, dia berasa tertekan sebaik mendengar kata-kata Cheng You. Dia tidak kisah Cheng You mahu menjerit kepadanya, menangis di atas bahunya, menumbuk dan menendangnya… tetapi dia tidak mahu Cheng You seperti ini. Bagaimana wanita itu sanggup mengatakan dia menyesalinya?

Cheng You mengambil telefonnya dan masuk ke dalam bilik air. Selepas mengunci pintu, entah kenapa dia berasa perit dan mahu menangis. Dia memandang dirinya di dalam cermin dan melihat seorang wanita bekerjaya biasa dengan rambut pendek yang kemas dan sangat tidak feminin. Walau bagaimanapun, dia bangga dengan dirinya, dia berkuasa dan cerewet. Dia tidak fikir Rong Rui layak dengan dirinya.

"Tak guna!" Cheng You menyikat rambut dan mencuci mukanya sebelum mula bersolek.

Selepas 40 minit, dia akhirnya keluar dan mendapati Rong Rui masih duduk di atas sofa. "Kenapa kamu tak berambus lagi?" katanya dengan jengkel. "Encik Rong, boleh tak kamu ada sedikit perasaan malu?" 

Rong Rui tidak menjawab, sebaliknya melemparkan gaun yang dibelinya kepada Cheng You. "Pakai ni dan kita pergi bersama-sama."

Cheng You mengambil gaun itu dan melemparkannya ke dalam tong sampah. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan mencari pakaian untuk dipakai ke parti. Sebaik menjumpai baju dan skirt berwarna biru, dia mengunci pintu dan menukar pakaian. Selepas dia selesai bersiap, Rong Rui telahpun pergi. Cheng You memastikan lelaki itu sudah benar-benar tiada di dalam rumahnya sebelum mengambil beg tangannya dan keluar.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam sewaktu mereka tiba di Palace One. Su Qianci dan Li Sicheng adalah tetamu terakhir yang tiba. Yu Lili tiada ramai kawan, jadi hanya Su Qianci dan Lu Yihan yang dijemput. Tetamu lain dipaksa datang oleh Ou Ming. Semua tetamu yang datang adalah orang yang dikenali oleh mereka berdua.

Ketika Su Qianci dan Li Sicheng tiba, Yu Lili, Cheng You, Luo Zhan, Lu Yihan, dan Ou Ming sedang duduk di atas sofa. Cheng You dan Luo Zhan sedang asyik berkaraoke. Mereka menyanyikan lagu "Cinta Itu Sukar" oleh Mei Yanfang dan Zhang Xueyou. Suara mereka kedengaran agak merdu.

Su Qianci ditarik oleh Li Sicheng untuk duduk di sofa dan mereka memerhatikan Lu Yihan dan Yu Lili bermain dadu.

Lu Yihan telah minum tiga gelas wain dalam masa singkat kerana asyik kalah kepada Yu Lili. Ou Ming memerhatikan mereka bermain sambil menghisap rokok, tetapi tiba-tiba Li Sicheng membuang rokok di tangannya.

Ou Ming berasa kecewa dan ketawa. Dia menumbuk bahu Li Sicheng dan merungut, "Kau ingat kau lagi baik dari kami semua bila dah jadi ayah?"

Angin Li Sicheng kelihatan baik. Dia tersenyum kecil dan berkata, "Bolehlah."

"Berlagak!" kata Ou Ming dengan pandangan mengejek.

Li Sicheng berkata dengan tenang, "Kau cemburu."

Su Qianci memerhatikan Yu Lili bermain dengan Lu Yihan. Dia melangkah betis Li Sicheng dan duduk di sebelah Lu Yihan. Matanya bersinar-sinar ketika dia berkata, "Saya nak main juga."

"Okey, kalau kamu kalah, suami kamu akan minum!"

Related Books

Popular novel hashtag