Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 471 - Kebenaran atau Cabaran

Chapter 471 - Kebenaran atau Cabaran

"Kamu setuju?" Yu Lili memandang Li Sicheng.

Sudah tentulah Li Sicheng mengangguk. Su Qianci tidak sabar untuk mengambil alih cawan dadu daripada Yu Lili dan berkata, "Jangan risau, bukan saya yang akan kalah."

Pipi Lu Yihan kelihatan merah kerana asyik kalah dan terpaksa minum. Dia ketawa mendengar kata-kata Su Qianci. "Kamu selalu bernasib baik. Mesti saya juga yang akan banyak minum nanti."

Jangkaannya tepat. Selepas 16 pusingan, Lu Yihan telah kalah sebanyak 10 kali dan Yu Lili kalah sebanyak 6 kali. Su Qianci langsung tidak kalah walau sekali.

Wajah Lu Yihan sudah bertukar merah padam. Selepas meneguk gelas terakhir, dia bangun dan berlari ke tandas.

Luo Zhan dan Cheng You sudah berhenti menyanyi. Luo Zhan meletakkan mikrofonnya ke bawah dan berpaling lalu menepuk tangan untuk meminta perhatian. "Semua, sempena hari yang gembira ni, apa kita kita main sesuatu yang lebih seronok?"

"Permainan apa?" tanya Su Qianci.

Luo Zhan ketawa dan berkata dengan wajah licik, "Kebenaran atau cabaran!"

Mendengar cadangan itu, Cheng You menjeling Luo Zhan sekilas dengan pandangan sinis. "Itu kebudak-budakan sangatlah."

 "Kamu tak boleh cakap macam tu. Saya memang masih budak-budak," kata Luo Zhan selamba sambil mengeluarkan sekotak kad. "Ini kad yang khas untuk permainan ni. Susah-payah saya cari. Jom main bersama-sama."

Su Qianci mengebilkan matanya dan memandang Li Sicheng. "Sayang, kita main juga?"

"Kamu nak main?" Li Sicheng tidak pernah menyertai permainan-permainan bodoh Luo Zhan sebelum ini.

Su Qianci mengangguk dan menarik tangan suaminya. "Nak. Kita main sama-sama ya?"

"Okey."

Yu Lili juga kelihatan sangat berminat. Dia melambaikan tangannya kepada Luo Zhan. "Bagi saya tengok kad apa yang kamu ada."

Luo Zhan tersengih lalu menghulurkan kad itu kepadanya.

Yu Lili melihat sekali imbas beberapa kad itu dan berkata, "Teruknya! Luo Zhan, ni terlalu menggelikan! 'Pilih seorang yang berlawanan jantina dan cium dia selama 10 minit. Tiada bantahan diterima.''Apa posisi yang kamu guna sewaktu kali pertama kamu lakukan seks?''Adakah teman wanita/lelaki kamu sekarang seseorang yang kamu sangat cintai?''Minta nombor pelayan lawan jantina dan minta dia buat panggilan seksual.' Hahahaha… Seronoknya! Ou Ming, kau nak main?"

Ou Ming yang duduk di belakang Yu Lili turut membaca kad-kad itu. "Boleh saja. Jadi kita satu pasukan, Li Sicheng dan Su Qianci satu pasukan. Yang lain…" Dia memandang Luo Zhan dengan pandangan licik. Mudah sahaja untuk mentafsir maksud pandangannya itu.

Patutlah…

Ou Ming tidak dapat menahan dirinya daripada menjeling Cheng You sekilas sebelum menepuk tangannya. "Jom kita main."

Ketika itu juga, pintu tiba-tiba terbuka. Semua orang terus menoleh. Rong Rui memandang Cheng You dengan tenang sebelum terus berjalan masuk ke dalam bilik itu.

Riak wajah Cheng You terus berubah sebaik melihatnya. "Kamu…"

"Selamat hari jadi," ucap Rong Rui tanpa perasaan sambil menghulurkan hadiah kepada Yu Lili.

Cheng You terus terkedu. Tidak hairanlah lelaki itu mencadangkan mereka pergi bersama-sama. Jadi dia bukan mahu mendesaknya, tetapi dia mahu menyertai parti hari jadi Yu Lili?

Yu Lili pernah melihat Rong Rui sekali, tetapi dia tidak begitu mengingati lelaki itu. Melihat Rong Rui duduk selamba di sebelah Cheng You yang hanya diam, Yu Lili mengambil hadiah itu dan mengucapkan terima kasih. Cheng You bergerak ke sisi Luo Zhan dan wajahnya jelas menunjukkan tidak gembira dengan kehadiran Rong Rui.

Rong Rui tidak mempedulikannya dan berkata, "Saya akan bermain juga. Lebih ramai lebih meriah."

Related Books

Popular novel hashtag