Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 454 - Dia Ingat Saya Apa?

Chapter 454 - Dia Ingat Saya Apa?

Cheng You tahu apa yang dimahukan Rong Rui dan berasa terhina dengan kata-katanya. Lelaki itu ingat dia akan tidur dengannya hanya disebabkan secawan kopi, sehelai kot dan skarf?

Haha...

Cheng You meletakkan kopinya ke atas meja, menarik skarf itu lalu melemparkannya kepada Rong Rui. Kemudian dia mengambil kopinya dan berlalu ke kaunter pembayaran. Dia tersenyum dan berkata dengan nada mengampu, "Hai, saya tinggal di rumah 203. Nama saya Cheng You. Saya selalu pesan makanan dari sini untuk hantar ke rumah. Sekarang saya lupa bawa dompet, boleh tak…"

"Cukup!" Rong Rui datang dan menarik tangannya. "Cukup tu. Ikut saya."

Cheng You terkejut lalu tertumpahkan kopi itu ke atas tangannya. Kesakitan dirasakannya sebaik terkena kopi yang masih panas itu. Rong Rui tahu reaksinya agak melampau, tetapi kemarahannya semakin membuak. Cheng You menganggap dirinya sebagai apa? Jelas dia ada di situ untuk membantunya. Tetapi Cheng You lebih memilih untuk meminjam wang daripada seseorang yang tidak dikenali?

Rong Rui mengambil kopi dari tangan Cheng You sebelum mengambil tisu yang berada di kaunter dan mengelap tangan wanita itu. Namun Cheng You menepis tangannya dan merenungnya tajam sebelum terus keluar dari kedai.

Malang betul nasibnya! Jika bukan disebabkan Rong Rui, dia sepatutnya berada di rumah sambil menonton TV dengan selesa sekarang. Bagaimana dia boleh ditolak keluar oleh ibu bapanya sendiri?

Rong Rui mengeluarkan wang dan meletakkannya ke atas kaunter tanpa melihatnya. Kemudian dia bergegas mengejar Cheng You.

Angin sedang bertiup kencang dan Cheng You hanya memakai baju tidur berlengan panjang bercorak lavender. Dia mengigil dan memeluk tubuhnya dalam kesejukan.

Rong Rui datang dari belakangnya lalu memakaikannya selendang dengan kasar. Kemudian lelaki itu terus menanggalkan jaketnya lalu menarik Cheng You dan memakaikan jaket itu kepadanya.

Cheng You berasa sakit dengan kekasaran Rong Rui dan menjerit, "Apa kamu buat ni?"

Rong Rui tidak berkata apa-apa. Dia menarik tangan Cheng You dan menolaknya ke dalam lengan jaket itu. Kemudian dia mengambil selendang tadi dan membalutnya di sekeliling leher Cheng You. Sama ada disebabkan dia terlalu berkasar atau Cheng You sedang terlalu marah, Cheng You tercekik.

Rong Rui menarik tangan Cheng You lalu berjalan di hadapannya dengan pantas. Cheng You tidak mampu mengejarnya. Ketika berlari, sebelah seliparnya tertanggal. "Kasut saya!" jerit Cheng You. Rong Rui berhenti dan menyedari Cheng You tidak memakai stoking!

Kemarahan Rong Rui muncul tiba-tiba. Dia terus marah, "Apa kamu buat? Kenapa tak pakai stoking? Kamu simpan untuk buat makankah?"

Cheng You berasa keliru dan berang pada masa yang sama. Sambil tercungap-cungap, dia memekik, "Kenapa kamu marah saya? Bangga sangat kamu pakai stoking? Ajarlah macam mana cara untuk makan stoking! Bodoh! Lepaskan saya!"

Cheng You menarik tangannya dari pegangan Rong Rui dan bergegas mengambil kasutnya yang tertanggal. Rong Rui memerhatikannya dari belakang. Dalam angin yang dingin itu, tubuh gadis itu yang kurus dibaluti oleh jaket yang besar. Jaket yang padan dengan dirinya itu mencecah lutut Cheng You dan kelihatan kelakar bercampur comel. Kemarahan Rong Rui terus hilang.

Cheng You tidak mahu lagi melihat Rong Rui. Selepas menyarung kasutnya, dia terus berjalan ke arah bertentangan.

Rong Rui berasa kecewa dan menjerit, "Hei!"

Cheng You tidak menghiraukannya lalu Rong Rui cuba membuat drama. "Sekurang-kurangnya pulangkan jaket tu! Saya hampir beku!"

Related Books

Popular novel hashtag