Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 46 - Perkahwinan Sah

Chapter 46 - Perkahwinan Sah

Bahagian atas tubuh yang sasa, otot abdomen yang menonjol, tuala di keliling pinggang, dan air menitis dari kulit bertannya…

Semakin dia hampir, Su Qianci merasakan bilik itu semakin hangat dan membuatkan mulutnya terasa kering. Dia berundur ke belakang tanpa sedar dan berdehem. "Walaupun kita sudah berkahwin, kita hanya berjumpa dua kali sebelum majlis. Jadi saya rasa kita masih tidak begitu mengenali antara satu sama lain. Baik kita duduk berasingan dulu."

Melihat reaksi isterinya itu, mata Li Sicheng kelihatan bercahaya sebentar sebelum menjadi tenang kembali.

Su Qianci berasa sedikit gelisah apabila Li Sicheng hanya diam. Dia berkata lagi, "Jadi saya rasa lebih baik kita tidur berasingan. Kamu pun mahukan begitu, bukan?"

Li Sicheng mengangguk, air masih menitik dari rambut kerintingnya. Dia kelihatan sangat seksi! Pipi Su Quanci menjadi merah. Tetapi dia berasa lega setelah Li Sicheng mengangguk. Dia bimbang lelaki itu akan berkata tidak. Lagi pula, banyak perkara yang telah berbeza dari kehidupan lalunya. Jika lelaki misteri ini dalam mood yang tidak baik dan tidak bersetuju, tiada apa-apa yang dapat Su Qianci lakukan. Walau apa pun terjadi, mereka telah berkahwin secara sah. Nasib Su Qianci baik, lelaki itu masih menjadi dirinya yang biasa. Walaupun perangainya tidak menentu, dia tetap membenci Su Qianci. Su Qianci berasa lega memikirkan perkara tersebut, dan menyambung memindahkan barangnya.

Selepas lebih dari setengah jam, akhirnya kerja pemindahan itu selesai. Su Qianci terus mandi, dan apabila dia siap, jam sudah menunjukkan pukul 8. Dia melihat ada tiga panggilan tidak berjawab di telefonnya. Ia panggilan daripada Nenek Rong.

Nenek Rong ialah orang gaji yang dihantar dari rumah lama. Dia datang ke rumah itu setiap hari untuk menguruskan hal-hal rumah dan juga mereka. Oleh kerana Nenek Rong mempunyai keluarganya sendiri, dia akan pulang ke rumahnya pada pukul 7.

Su Qianci menelefon kembali dan mendengar suara Nenek Rong yang kedengaran risau, "Puan, Tuan sudah makan?"

"Saya tidak tahu."

"Bagaimana Puan tidak tahu? Puan, dia ada masalah perut. Jika dia tidak makan mengikut masa, perutnya akan sakit. Puan, tolong masakkan dia sesuatu. Dia tidak boleh lapar. Puan?"

Su Qianci mengerutkan dahinya dan berkata, "Baik." Dia meletakkan telefon, mengeringkan rambutnya, dan berjalan ke dapur. Dia membuka peti ais, mengambil bahan-bahan dan membuat mi sup. Selesai memasak, Su Qianci pergi ke bilik utama dan mengetuk pintu.

"Encik Li?"

Tiada jawapan. Apabila dia masuk ke dalam, bilik itu kosong. Li Sicheng tiada di situ. Su Qianci tiba-tiba teringat mengenai satu tempat, iaitu bilik kerjanya. Kadang-kadang Li Sicheng akan membawa balik kerja-kerjanya yang belum selesai ke rumah. Namun, itu hanya berlaku apabila ada saudaranya di rumah. Jika tidak, Li Sicheng lebih suka bekerja di pejabatnya berbanding pulang ke rumah.

Su Qianci masih ingat betapa sibuknya Li Sicheng pada kehidupan yang lalu, oleh itu dia yakin Li Sicheng berada di bilik kerjanya pada ketika ini. Su Qianci mencuba nasibnya dan membawa dulang makanan ke bilik belajar lalu mengetuk pintu.

"Encik Li?"

Su Qianci mendengar suara lelaki itu sedang bercakap melalui pintu. Dia mungkin sedang berbual di telefon. Sebaik sahaja dia ingin mengetuk lagi, pintu terbuka dari dalam. Tetapi pintu itu dibuka ke arah luar. Pintu itu terkena dulang makanan yang dipegang Su Qianci dan sup panas terus tumpah ke atasnya.