Li Sicheng tersenyum kecil melihat isterinya menjadi patuh. Dia memandang ke bawah dan melihat bibir Su Qianci yang terbuka sedikit, kelihatan seperti sedang takut.
Menggoda!
Li Sicheng menahan hasrat yang disebabkan oleh Su Qianci dan berbisik puas hati, "Bagus. Jadi seorang gadis yang baik." Suaranya memukau. Su Qianci merasakan seolah ada bulu yang menggeletek telinganya dan berasa seram sejuk.
Lelaki ini memang suka mengusik!
Li Sicheng berdiri dan memandang Su Qianci yang telah terperosok ke sudut sofa kerana takutkannya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan minyak untuk kulit melecur. "Angkat."
Su Qianci tiba-tiba berasa pening dan wajahnya bertukar merah padam. Dia kemudiannya bangun dengan cepat dan cuba mencapai ubat di tangan Li Sicheng. "Saya boleh buat sendiri."
Li Sicheng lebih daripada 6 kaki tingginya, sedangkan Su Qianci hanya 5'4", jadi tidak mungkin dia boleh menang. Li Sicheng mengelak dan Su Qianci gagal menyentuh tangannya, lalu terjatuh di atas Li Sicheng. 'Hangatnya..' adalah perkara pertama yang difikirkan Su Qianci, kemudian dia merasakan kesakitan. Su Qianci hampir menangis sambil menggosok hidungnya yang terhantuk pada dada Li Sicheng.
Su Qianci tidak nampak Li Sicheng sedang tersenyum. Senyuman itu begitu kecil dan ia hilang serta-merta. Dia melihat ke arah Su Qianci, "Menawarkan diri sendiri, huh?"
Su Qianci terus berundur. Demi Tuhan, dia langsung tiada niat melakukannya.
Li Sicheng melihat ke arah perut Su Qianci dan mengulangi, "Angkat!"
"Tidak mahu."
"Aku akan sapu minyak untuk kau."
"Saya..."
Wajah Su Qianci kelihatan merah-semerahnya. Semasa dia berfikir tentang apa yang patut dikatakan untuk menghalangnya, tangan Li Sicheng sudah berada di hadapan matanya.
Li Sicheng kelihatan tidak akan menerima sebarang bantahan dan terus mengangkat baju Su Qianci. Su Qianci menjerit dan menarik kembali bajunya, tetapi tangannya ditolak dengan kuat.
"Lepas. Biar aku sapu minyak pada kau."
"Saya boleh buat sendiri…"
"Kau sudah masak untuk aku, jadi aku akan lakukan ini untuk kau. Aku seorang yang adil."
"Tidak perlu. Pergilah makan."
"Lepas," suara Li Sicheng kedengaran agak marah. "Jangan uji kesabaran aku."
Su Qianci terdiam dan akhirnya melepaskan genggaman pada bajunya. Baiklah. Ia hanya minyak. Lagipun Li Sicheng telah melihat semuanya, jadi tidak mengapa. Lelaki ini sangat keras kepala, dan mustahil untuk mengubah fikirannya. Su Qianci sudah fasih dengan perangainya. Dia mengigit bibir dan mengangkat bajunya sedikit.
Li Sicheng membasahi putik kapas dengan air lalu perlahan-lahan membersihkan kulit isterinya. Pergerakannya sangat lembut, jadi Su Qianci tidak merasa sakit. Bagaimanapun, ia terasa sedikit geli. Su Qianci menggeliat kegelian dan menggigit bibirnya bagi menghalang dirinya daripada ketawa terbahak-bahak. Selesai membersihkan kulit isterinya itu, Li Sicheng menyapu minyak padanya.
Su Qianci yang berasa sejuk pada kulitnya mengecilkan mata dan cuba untuk tidak bergerak. Tetapi ia benar-benar menggelikan. Pada masa yang sama, satu perasaan aneh mula menjalar dari kulitnya yang disapu minyak dan perlahan-lahan membuatkan Su Qianci terbuai. Li Sicheng menyedari perubahan pada diri Su Qianci. Matanya menjadi lebih gelap ketika dia teringat 'rasa' tubuh Su Qianci pada malam sebelum ini, dan dia menjilat bibirnya tanpa sedar.