Hati Cheng You berdegup kencang. Dia dapat merasakan kehangatan nafas lelaki itu.
"Kamu bersolek dan minyak wangi untuk saya," kata Rong Rui sambil menghidu. "Dan kamu kata kamu tak sukakan saya?" Suaranya perlahan, seolah-olah bulu yang menggeletek hati Cheng You.
Wajah Cheng You bertambah kemerahan. Dia membongkok dan berkata, "Ibu yang belikan untuk saya. Ini kali pertama saya cuba minyak wangi ini."
"Oh… pakai buat kali pertama untuk saya. Agak bermakna." Rong Rui mendekatkan wajahnya dan menahan Cheng You daripada membengkokkan lututnya. "Saya pasti kali kedua, ketiga dan seterusnya juga adalah kepunyaan saya."
Kali pertama… Cheng You menolak Rong Rui tetapi lelaki itu langsung tidak bergerak.
"Rong Rui, kamu ni kelakar. Kamu tak dapat Tang Mengying, jadi sekarang kamu cuba perdayakan saya? Kamu fikir ini permainan? Atau kamu cuba rapat dengan saya supaya kamu boleh guna saya untuk lawan bos saya?"
Riak wajah Rong Rui mula berubah. Dia tiba-tiba tersengih dan menunjukkan giginya yang bersinar. Kemudian dia berkata dengan sambil lewa, "Kamu boleh fikir begitu."
Dada Cheng You terasa sesak. Benar dia telah membuat tekaan, tetapi pengakuan Rong Rui mengejutkannya. Dia tidak dapat berpura-pura yang dia tidak kisah dipergunakan. Cheng You mengetap giginya lalu menghantukkan kepalanya ke dagu Rong Rui. "Pergi matilah!"
Rong Rui yang tidak menjangkakan perkara itu memegang dagunya dalam kesakitan dan berundur. Cheng You mengambil peluang itu untuk menolak Rong Rui lalu membuka pintu. Rong Rui kelihatan marah lalu menarik Cheng You dan menolaknya ke atas lantai. Cheng You terjatuh ke atas karpet sambil menjerit.
Rong Rui membongkok dan memegang tangannya. "Cheng You, saya serius. Kahwin dengan saya, bila-bila masa saja."
Cheng You berasa teramat marah sehingga ketawa. Dia menendang kaki Rong Rui dan berkata sinis, "Maaflah, tapi aku langsung tak ingin berkahwin dengan seorang lelaki miang."
"Lelaki miang?" Rong Rui ketawa lalu mengangkat Cheng You dan meletakkannya di atas katil. Sambil menanggalkan jaketnya, dia berkata, "Cik Cheng, saya boleh jadi lebih miang daripada apa yang kamu fikir. Pernah dengar tentang SM?"
Cheng You berguling di atas katil itu. Jantungnya seolah tersekat di kerongkong ketika mendengar perkataan itu. Dia berguling dan merangkak ke arah pintu. Dia tahu apa yang mampu dilakukan oleh Rong Rui. Ketika bekerja dengan Tang Mengying, lelaki itu boleh melakukan apa sahaja. Cheng You menyangka Rong Rui telah berpihak kepada Li Sicheng dan mereka di pasukan yang sama sekarang. Walau bagaimanapun…
Cheng You berasa kecewa dan matanya mula basah. Ketika semakin menghampiri pintu, dia ditolak kembali ke lantai oleh Rong Rui. Dagunya terhantuk ke lantai lalu dia menjerit dalam kesakitan dan ketakutan. Cheng You terus menangis, "Tolonglah jangan… Tolong lepaskan saya, Rong Rui…"
Sebaik melihat air mata Cheng You, wajah bengis Rong Rui terus hilang. Dia menarik Cheng You bangun dan berpura-pura berkata, "Kamu panggil saya miang, jadi saya akan tunjukkan apa lelaki miang boleh lakukan."
Mendengar kata-kata itu, tangisan Cheng You semakin kuat.
Rong Rui memegang dahinya sendiri lalu bangun dan melemparkan segenggam tisu ke wajah Cheng You. "Diamlah!"
Cheng You mengelap air matanya. Dia berundur kerana takut lelaki itu akan mendekatinya lagi.