Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 438 - Dibawa ke Katil

Chapter 438 - Dibawa ke Katil

Sambil tersenyum, Rong Rui memegang tangan Cheng You dan meletakkan hadiahnya ke atas lantai sebelum menarik wanita itu keluar. Ibu Cheng You yang melihat situasi itu menoleh ke arah suaminya dan berbisik, "Abang rasa anak kita suka dia?"

Ayah Cheng You menjawab dengan yakin, "Dah tentu. Kamu pernah tengok dia berkelakuan begitu sebelum ni?"

"Baguslah!" Ibu Cheng You menjerit gembira. "Saya nak pergi masak untuk jamu bakal menantu saya."

Mendengar kata-kata itu, ayah Cheng You memuncungkan bibirnya dan menggumam, "Masih awal lagi untuk kata begitu…"

Cheng You ditarik menuruni tangga oleh Rong Rui. Dia cuba menarik tangannya daripada pegangan Rong Rui, tetapi kekuatannya tidak setanding lelaki itu.

"Lepaslah!" Cheng You membentak.

Seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Rong Rui terus menahan teksi dan menarik Cheng You ke dalamnya. "Yijing Bay."

Cheng You kebingungan mendengar destinasi mereka. Dia memandang Rong Rui dan memarahi lelaki itu, "Lepaslah! Kenapa kamu nak bawa saya ke sana?"

"Kita akan berbincang. Itu satu-satunya tempat di sini yang saya tahu." Suara Rong Rui kedengaran tenang. Namun dia dapat merasakan jelingan pemandu teksi itu yang kelihatan curiga lalu menyambung, "Lagipun bukannya kita tak pernah ke sana. Bukan kamu seronok di sana sebelum ini?"

Pemandu itu memandang ke hadapan dan terus memandu.

Cheng You berasa malu lalu bergelut dengan marah, "Lepaskan aku, kau lelaki tak guna!"

"Anak muda, kalau wanita itu tak mahu, baik kamu jangan paksa dia," kata pemandu itu.

Rong Rui memandang pemandu itu dan berkata, "Saya cuma nak belanja dia makan malam untuk minta maaf. Dia fikir yang bukan-bukan."

Cheng You akhirnya diam. Dia melihat tangannya yang kemerahan akibat digenggam kuat oleh Rong Rui dan berhenti bergelut.

Pemandu teksi itu mencebikkan bibirnya tetapi tidak berkata apa-apa lagi. Beberapa minit kemudian mereka tiba di tempat yang dimaksudkan Rong Rui. Rong Rui membayar tambang dan menarik Cheng You keluar.

Yijing Bay adalah satu-satunya hotel lima bintang di Kota Dan. Rong Rui menginap di hotel ini sewaktu dia datang ke kota ini sebelum ini.

Ketika itu, Cheng You menjemputnya di lapangan terbang dan menghantarnya ke hotel itu. Rong Rui bertanya, "Kamu pernah ada teman lelaki?" Cheng You menggeleng dengan wajah kemerahan lalu berundur. Tetapi selepas itu, entah bagaimana dia akhirnya terkulai ke dalam pelukan Rong Rui. Ia merupakan kali pertama baginya dan dia menjerit kesakitan. Selepas mereka melakukan seks, Rong Rui menghisap rokok dan berkata dengan serius, "Jangan risau. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya."

Sebenarnya Cheng You tidak pernah memikirkan perkara itu. Ketika Tang Mengying melahirkan anaknya di hospital, dia hanya cuba bertanya tentang video itu kepada Rong Rui ketika lelaki itu mengatakan sesuatu yang membuatkannya berasa benci. Rong Rui berkata, "Aku akan jaga kau. Jangan bimbang." Sungguh kelakar!

Cheng You dibawa masuk ke dalam lif dengan perasaan yang bercampur-baur. Sebaik sahaja melihat Rong Rui menekan butang 13, dia terus panik. Cheng You segera menekan nombor yang sempat dicapainya sambil menjerit, "Rong Rui!"

Rong Rui menjelingnya sekilas sebelum menekan nombor "8" yang ditekan oleh Cheng You tadi sehingga nyalaan pada nombor itu terpadam. Lif itu terus naik ke tingkat 13 dan Cheng You dibawa oleh Rong Rui ke bilik 1318.

Ia bilik yang sama seperti kali terakhir mereka di situ. Cheng You ditarik masuk ke dalam bilik itu dalam keadaan cuba bergelut. Sebaik sahaja pintu ditutup, Rong Rui menolak Cheng You ke dinding. "Kamu dah lupa? Saya akan buat kamu ingat kembali."