Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 437 - Penjahat yang Berpura-pura

Chapter 437 - Penjahat yang Berpura-pura

Mata Cheng You terbeliak sebelum dia tunduk memandang dirinya, lalu berundur dan terus menutup pintu. Selepas itu dia bergegas ke bilik air. Dia berasa seperti mahu membunuh diri apabila melihat keadaannya saat itu.

Ahhhhhhhhhhhhh!

Lelaki itu nampak dia. Apa patut dia lakukan? Rambutnya yang kusut-masai, lingkaran gelap bawah matanya, wajah tanpa mekapnya, serta… Malunya! Kenapa lelaki itu pilih masa ini untuk datang? Dia tak sambut Tahun Baru Cina kah? Tunggu sekejap… Ziarah ibu bapanya? Apa? Lelaki itu kata dia datang untuk ziarah ibu bapanya? Apa maksudnya?

Jantungnya berdegup laju dan pipinya merah seakan terbakar. Selepas mandi dan menyikat rambut pendeknya, Cheng You mengambil sehelai baju yang cantik dan dipadankan dengan seluar jean. Dia tiba-tiba terfikir seluar jean akan membuatkannya kelihatan tidak sopan. Selepas merenung dirinya di cermin buat seketika, Cheng You menanggalkan pakaian yang dipakainya dan memakai sehelai gaun yang dikatakan anggun oleh ibunya. Dia berjalan kembali ke arah cermin dan ternampak satu botol wangian Chanel yang dibelikan ibunya untuknya…

Semakin lama dia bersedia, jantungnya berdegup semakin maju. Cheng You mencapai tombol pintu biliknya dan berasa sedikit aneh ketika mahu membuka pintu. Kenapa dia bersedia sebegitu? Kenapa pula dia terlalu kisah dengan lelaki itu? Tak guna! Cheng You membuka pintu dengan agak marah dan berjalan keluar.

Ibunya sedang menghidangkan teh kepada Rong Rui. Mereka berbual-bual dan Ibu Cheng You kelihatan tersenyum lebar. Sebaik sahaja melihat Cheng You, wanita itu dan Rong Rui terpegun. Namun Cheng You tidak berniat untuk membiarkan mereka mengagumi kecantikannya. Dia terus berjalan ke arah Rong Rui dan menarik lelaki itu bangun. "Pergi sekarang!"

Rong Rui ditolak ke arah pintu. Cheng You mengambil kotak hadiah yang dibawanya dan menolak lelaki itu keluar.

Ibu Cheng You terkejut melihat situasi itu. "Cheng You, apa kamu buat? Kamu biadap kepada tetamu kita!"

Ayahnya mengangguk, "Betul tu."

Cheng You tidak menghiraukan mereka dan terus menolak Rong Rui. Mata Rong Rui menjadi gelap dan dia tidak berganjak. Tidak kira betapa kuat Cheng You menolaknya, dia langsung tidak bergerak. Wajah Cheng You kemerahan tetapi dia tetap gagal menolak lelaki itu keluar. Dia membentak, "Encik Rong Rui, maafkan saya tapi kamu tak dialu-alukan di sini."

Rong Rui memandangnya dengan wajah bingung. "Apa salah saya?"

"Kamu tak salah apa-apa. Kamu cuma terlalu hodoh sehingga saya tak mahu lihat kamu di sini."

"Hodoh?" Ibu Cheng You bergegas menghampiri mereka. "Anak muda ini sangat kacak dan sopan. Jangan hiraukan dia. Mari masuk."

Cheng You kecewa mendengarnya. "Mak? Mak tak tahu siapa dia. Dia orang jahat."

"Macam mana pula dia jahat? Beritahu Mak." Ibunya membantah. "Rong Rui budak baik. Kenapa kamu cakap begitu?"

"Dia penjahat yang berpura-pura baik. Ini cuma lakonan. Dia sangat pandai berlakon. Dia boleh khianati Mak bila-bila masa saja."

"Saya rasa kita perlu berbincang," kata Rong Rui dengan tenang. "Mungkin ada salah faham antara kita, macam sewaktu di lapangan terbang tempoh hari…"

Belum sempat Rong Rui menghabiskan kata-katanya, Cheng You cepat-cepat menutup mulut lelaki itu dengan tangannya dan menjerit, "Bincang! Ya! Mari bincang di tempat lain!"

Related Books

Popular novel hashtag