Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 425 - Terlalu Jelas

Chapter 425 - Terlalu Jelas

Li Jinnan terus terdiam. Seketika kemudian, Li Beixing turut tiba di rumah itu. Ketiga-tiga beradik itu berbual seketika sebelum duduk untuk makan malam. Kapten Li kelihatan sangat gembira. "Dah lama kita tak berkumpul. Bagusnya! Sejak kamu semua kecil lagi Atuk dah harap kamu semua berjaya. Sekarang tengoklah, kamu memang dah berjaya! Li Sicheng paling terbaik sebab bakal ada anak. Hahaha. Qianqian, bila doktor cakap kamu akan bersalin?"

Su Qianci berasa malu. "Lambat lagi Atuk."

Kapten Li dan semua di situ ketawa. Selepas makan malam, Su Qianci mandu dan terus merebahkan diri ke atas katil. Wanita mengandung sentiasa berasa mengantuk. Disebabkan tidak tidur langsung sejak pagi, Su Qianci terus terlelap. Keesokan paginya, dia terjaga apabila mendengar bunyi mercun diletupkan di merata tempat. Orang ramai telah memulakan acara penghormatan kepada nenek moyang.

Qin Shuhua membawa Su Qianci ke pelbagai tempat untuk melakukan upacara itu sambil melawat saudara-mara. Selepas seharian keluar, senyuman Su Qianci mula hilang. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia menanggalkan kasutnya dan terus tertidur sebaik merebahkan diri ke atas katil. Liu Sao telah balik ke rumahnya untuk menyambut Tahun Baru Cina, jadi Su Qianci dan Qin Shuhua perlu melakukan kerja rumah. Su Qianci mahu tidur sebenar dan bangun untuk membantu, tetapi akhirnya dia terlajak tidur.

Apabila Su Qianci terjaga, Qin Shuhua telah menyiapkan semua kerja dan telah menyiapkan hidangan untuk makan besar. Su Qianci berasa malu dan cuba menjelaskan kepada Qin Shuhua dengan sedikit terketar. Dia menyangka Qin Shuhua akan menuduhnya malas, tetapi ibu mentuanya itu hanya berkata, "Tak apa. Macam itulah bila mengandung. Kamu mesti penat harini." Perubahan Qin Shuhua yang sangat mendadak itu membuatkan Su Qianci sedikit bingung. Dia cepat-cepat membantu menyediakan peralatan makan.

Ketika mereka sedang makan malam, generasi lama memberikan sampul merah dan dibalas kembali oleh generasi muda. Atuk kelihatan sangat gembira. Selepas makan malam, Li Jinnan bertanya dengan ceria kepada Su Qianci, "Kakak ipar, nak jalan-jalan dengan saya tak?"

Su Qianci kelihatan agak terkejut. Pada kehidupan lalu, Li Jinnan tidak pernah bercakap dengannya, apatah lagi mengajaknya keluar. Tanpa sedar dia menoleh ke arah Li Sicheng. Li Sicheng memandang adiknya itu dengan wajah tidak gembira dan berkata, "Berambus."

"Abang, saya yakin Qianci belum pernah ke sana, kan? Saya cuma nak ajak dia jalan-jalan."

"Di mana?" tanya Su Qianci. Dia berasa agak bosan di rumah. Selain makan dan tidur, hidupnya dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Li Jinnan seorang yang suka berseronok, jadi ia pasti benar jika dia yang mengatakannya seronok.

"Kasino."

Mendengar jawapan itu, mata Su Qianci terus bersinar.

Li Sicheng berkata perlahan, "Kasino itu tempat yang rumit. Tak ada apa yang seronok di sana."

"Abang, mana ada. Dulu Abang juga selalu pergi, kan? Atau Abang ada bekas kekasih di sana yang Abang tak nak kakak ipar saya jumpa?"

Li Sicheng berkata, "Jelas betul yang kamu cuba nak ganggu kami."

Su Qianci ketawa dan memegang lengan suaminya. "Saya betul-betul nak pergi. Saya belum pernah ke kasino sebelum ni." Lebih tepat lagi, dia belum pernah pergi pada kehidupan sekarang. Sewaktu kehidupan lalu, Tang Mengying pernah memerangkapnya untuk ke sana sebanyak dua kali. Ia memang menyeronokkan. Su Qianci tertarik sebaik mendengar ajakan Li Jinnan.

Li Sicheng menjeling Li Jinnan dengan tajam. Dia terpaksa bersetuju apabila melihat wajah merayu isterinya. "Okeylah."

Walau bagaimanapun, ketika itu tiada sesiapa dapat menjangka akan tragedi yang bakal berlaku.

Related Books

Popular novel hashtag