Star City adalah tempat hiburan yang paling misteri di Kingstown. Seseorang boleh berjudi, berhibur, bersenam, berniaga dan makan di Star City dan harganya jauh lebih mahal berbanding kebiasaan. Semua pelanggan di tempat itu adalah orang kaya atau berpengaruh. Ramai gadis cantik turut cuba menggoda orang-orang kaya di situ.
Sebuah kereta Bugatti tiba dan diparkir di hadapan bangunan. Gadis-gadis pisau cukur yang sedang menunggu di situ terus menoleh. Seorang lelaki muda yang tinggi dan sasa keluar dari tempat pemandu. Lelaki itu memakai baju ketat bersama jaket kulit berwarna hitam yang menonjolkan ototnya. Penampilannya yang kacak dan gagah membuatkan gadis-gadis itu terpesona melihatnya.
Sebaik sahaja penjaga pintu datang, lelaki itu melemparkan kunci kereta kepadanya lalu membuka pintu belakang kereta. Lelaki yang keluar dari tempat duduk belakang itu memakai kot berwarna kelabu gelap bersama baju panas Kashmir berwarna kelabu verah di dalamnya. Lelaki kedua ini juga tinggi, tetapi dia kelihatan kemas dan lebih matang daripada lelaki pertama. Sebaik melihat lelaki kedua itu, gadis-gadis tadi terus menjerit, "Li Sicheng!"
Li Sicheng menjeling sekilas ke arah pintu masuk yang megah itu. Dia tidak menghiraukan gadis-gadis di situ dan menghulurkan tangannya ke arah kereta. Seorang wanita kurus keluar. Mata Su Qianci bersinar dengan teruja sebaik melihat bangunan Star City. Bugatti itu dipandu pergi oleh penjaga pintu. Li Jinnan terus masuk ke dalam bangunan.
Ini bukanlah kali pertama Su Qianci datang ke sini. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat mengelak daripada teruja setiap kali datang. Dia bergegas untuk masuk, tetapi segera ditarik oleh Li Sicheng. "Sekarang kamu bakal lahirkan anak. Kamu perlu bersikap seperti seorang ibu."
Su Qianci memuncungkan bibirnya dan menjeling Li Sicheng. Kata-kata itu mengganggu keterujaannya. Dia menoleh ke kanan dan kiri dan melihat gadis-gadis dengan payudara mantap dan kaki yang panjang, lalu melihat tubuhnya sendiri. Melihat perbandingan ketara itu, dia terus cuba menutup payudaranya dengan tangannya. Li Sicheng yang geli hati melihatnya tidak berkata apa-apa dan terus memandang ke hadapan.
Apabila Li Jinnan semakin jauh dari mereka, Li Sicheng cuba mengejarnya dan berkata, "Jinnan, tunggu dulu."
Kasino berada di tingkat enam. Mereka menaiki lif ke sana dan terus mendengar bunyi bising sebaik sahaja tiba. Pelayan-pelayan wanita yang seksi mengangkat dulang setinggi telinga mereka dan berjalan sambil melenggokkan badan. Sebaik melihat Li Jinnan yang kacak, seorang pelayan mengenyit mata ke arahnya dan menawarkan segelas champagne. Li Jinnan mengambil minuman itu dan terus membuang sikap sambil lewanya. Dia tersenyum dan tiba-tiba menjadi lelaki sejati yang klasik.
Su Qianci turut mengambil segelas champagne, tetapi Li Sicheng mengambilnya dari tangannya dan menukarnya kepada air putih. Su Qianci tidak kisah kerana dia bukan penggemar alkohol.
Su Qianci mengikuti Li Jinnan untuk mendapatkan token yang bernilai 10 juta. Su Qianci hanya berjaya mendapat 10 ribu. Dia berasa kecewa lalu menarik Li Sicheng untuk bermain Sic Bo. Fikiran Li Sicheng melayang ke arah perkara lain. Su Qianci bertaruh untuk "besar". Sebelum keputusan keluar, Li Sicheng berkata, "Kamu mainlah dulu. Saya nak pergi tengok Jinnan."
"Okey, pergilah." Su Qianci melambaikan tangannya dan menjerit bersama-sama penjudi yang lain. "Besar, besar, besar!"
Li Sicheng tersenyum dan mengusap rambut isterinya sebelum pergi ke bilik yang ditempah Li Jinnan.