Pipi Su Qianci bertambah merah, tetapi dia membuka butang seluar Li Sicheng dan menyeluk tangannya ke dalam. Li Sicheng menolak tangan Su Quanci dan membawanya ke zakarnya. Su Qianci menutup matanya dengan sedikit malu. Pada saat-saat penting itu, seseorang mengetuk pintu. Su Qianci mahu menarik tangannya tetapi dihalang oleh Li Sicheng.
"Hampir…" Li Sicheng mengerang dan memegang tangannya. Selepas selesai, dia mengelap tangannya dan pergi membuka pintu. Seseorang yang telah dijangkanya berada di situ. Su Qianci turut bangun dan menjenguk.
Seorang lelaki muda berusia 25 tahun berdiri di pintu itu. Dia kelihatan sihat dan kacak dengan rambut pendek dan kulit sawo matangnya. Wajahnya agak mirip dengan Li Sicheng, tetapi Li Sicheng kelihatan dingin dan pendiam manakala lelaki ini kelihatan berbahaya, licik dan angkuh. Dia lebih tinggi sedikit daripada Li Sicheng dan juga lebih sasa. Walaupun cuaca sejuk pada hari itu, dia hanya memakai baju singlet ketat berwarna hitam yang menonjolkan otot-ototnya. Melihat Li Sicheng, lelaki mudah itu bersiul dan berkata, "Lama tak jumpa, abang."
Su Qianci datang ke sebelah Li Sicheng dan berasa kagum dengan penampilan lelaki itu. "Hai adik ipar."
"Kakak ipar, kamu nampak cantik," kata Li Jinnan dengan senyuman yang menawan.
Itu adalah kali pertama Su Qianci menerima pujian daripada lelaki usia itu. Pipinya kemerahan ketika dia berkata, "Terima kasih."
Li Sicheng dapat menghidu krisis lalu menolak adiknya itu dan terus menutup pintu. Mata Su Qianci terkebil-kebil dan memandang suaminya dengan bingung. Li Sicheng memegang lengannya dan berkata perlahan, "Jangan biarkan dia goda kamu. Walaupun dia kacak, tapi dia berbahaya."
Su Qianci tersenyum. "Dia kan adik kamu!" Walau bagaimanapun, dia sebenarnya telah tahu lebih awal bahawa Li Jinnan adalah lelaki yang berbahaya. Kapten Li ialah bekas jeneral dan generasi Li Beixing, Li Sicheng dan Li Jinnan adalah generasi ketiga dalam tentera. Kesemua mereka menjadi tentera kecuali Li Sicheng. Li Beixing ialah bekas Kolonel. Walau bagaimanapun, selepas Li Jinnan menerima beberapa penghormatan dan menjadi Mejar, dia tiba-tiba bersara daripada Tentera. Pada kehidupan Su Qianci yang lalu, ini adalah waktunya di mana Li Jinnan memberitahu perkara itu kepada keluarganya. Su Qianci tidak tahu apa yang dilakukan oleh Li Jinnan selepas itu. Lelaki itu jarang pulang ke rumah lama keluarga Li, jadi ia pasti bukan sesuatu yang baik.
Li Jinnan menggaru hidungnya sambil merenung pintu yang ditutup itu. Qin Shuhua berjalan keluar dari biliknya dan amat gembira sebaik melihatnya. "Li Jinnan, bila kamu balik?"
Li Jinnan tersenyum dan bertanya, "Ibu rindukan saya?"
Qin Shuhua berasa sangat teruja. Dia melihat anaknya itu dari atas ke bawah lalu merungut, "Kamu dah kurus. Tapi kamu makin tinggi sekarang. Sukar hidup di Xinjiang?"
"Tak Ibu." Li Jinnan menjeling pintu bilik abangnya dengan tangan di dalam poket. "Abang dan kakak ipar nampak romantik."
"Hm, hubungan mereka agak rumit. Kadang-kadang baik. Kenapa pakai baju begini, pakailah jaket. Kamu tak sejuk?"