Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 418 - Perlawanan antara Lelaki

Chapter 418 - Perlawanan antara Lelaki

Luo Zhan hampir terjatuh ke atas Lu Yihan lalu terus memaut bahu lelaki itu. Lu Yihan ketawa jahat. "Kau nak berdiri betul pun tak boleh. Apa gunanya… kita berlawan?"

"Kau yang tak boleh… berdiri betul."

"Jom pergi sekarang. Aku perlu tidur selepas kalahkan kau."

"Aku akan kalahkan kau dalam sekelip mata."

"Mimpi sajalah!"

Kedua-dua lelaki itu berdiri terhuyung-hayang dan berbau arak.

Su Qianci memandang mereka dengan risau. Dia menolak Li Sicheng dan berkata, "Kamu sengaja beri cadangan begitu. Mereka sedang mabuk. Pergi tengok mereka!"

"Tak ada apa untuk dilihat. Ia cuma pertandingan." Lu Yihan langsung tidak peduli. "Kamu dah kenyang? Boleh kita balik?"

Su Qianci menjelingnya tajam lalu mengejar Luo Zhan dan Lu Yihan. Kedua-dua lelaki itu telah keluar dari restoran sambil memaut bahu satu sama lain. Udara di luar agak sejuk dan Su Qianci tertinggal jaketnya di dalam bilik tadi. Sambil menggeletar kesejukan, dia menjenguk kepalanya ke luar dan mendapati kedua lelaki itu sudah tidak kelihatan. Su Qianci keluar dan mencari berdekatan restoran itu sebelum melihat mereka berdua sedang terbaring di atas rumput. Luo Zhan berada di atas Lu Yihan.

"Kamu okey?" Su Qianci terkejut dan membantu mereka bangun.

Walaupun sedang mabuk, Lu Yihan masih mengenali suaranya. Lu Yihan membuka matanya dan bangun. Dia menggelengkan kepalanya lalu ketawa kecil melihat Su Qianci. "Qianqian…"

"Kamu mabuk. Saya akan hantar kamu balik."

"Tidak!" jerit Luo Zhan lalu menyepak Lu Yihan. "Kita belum bertanding lagi… Kau nak larikan diri? Pe... pengecut…"

Lu Yihan yang berang menyepak Luo Zhan kembali. "Bangun. Mari lakukannya. Jom pergi sekarang."

Su Qianci menarik tangan Lu Yihan dan berkata, "Yihan, hentikan. Kamu patut balik."

"Tak boleh, Qianqian. Kamu tak faham. Ini perlawanan antara lelaki," kata Lu Yihan sambil melambai-lambaikan tangannya tanda bantahan.

"Betul tu! Ini perlawanan antara lelaki!" Luo Zhan bangun dan menarik tangan Lu Yihan. "Jangan lari. Jom."

"Aku tak larilah bodoh. Pergi." Lu Yihan ditarik ke arah rumah Luo Zhan.

Melihat kedua lelaki itu pergi, Su Qianci berteriak, "Li Sicheng!"

Tiada jawapan. Su Qianci berlari ke restoran bubur itu kembali dan melihat Li Sicheng berjalan keluar perlahan-lahan sambil membawa jaketnya.

Su Qianci bergegas menghampirinya dan berkata dengan risau, "Cepatlah. Mereka dah pergi."

Li Sicheng menjeling sekilas ke arah yang ditunjukkan Su Qianci dan berkata dengan acuh tidak acuh, "Mereka lalu jalan yang betul, jadi mungkin mereka akan selamat sampai."

Su Qianci berkata dengan marah, "Sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku kepada mereka berdua!"

"Mereka dah besar. Apa yang boleh berlaku?" Li Sicheng mencubit wajah isterinya. "Tenang, mereka berdua bukan gay."

Malah Lu Yihan turut menyimpan perasaan terhadap Su Qianci, jadi sudah pastilah lelaki itu bukan gay. Luo Zhan juga sepatutnya… bukan gay.

Su Qianci menjeling Li Sicheng dan berkata, "Saya bukan risaukan itu, saya risau mereka terlalu mabuk untuk sampai ke rumah."

"Jadi mari kita ikut mereka." Li Sicheng memicit hidung isterinya. "Saya pergi ambil kereta."

"Okey."

Li Sicheng membawa keretanya mengikuti Luo Zhan dan Lu Yihan. Apabila melihat kedua-dua lelaki itu masuk ke kawasan rumah Luo Zhan, hati Su Qianci kembali lega.

 "Puan Li, jom kita balik."

Su Qianci mengangguk.