Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 417 - Jom Pergi Rumah Aku

Chapter 417 - Jom Pergi Rumah Aku

"Dah tentu." Li Sicheng memandang Su Qianci dan mengisyaratkan semuanya baik-baik sahaja. "Saya akan minum sikit saja."

Su Qianci terkedu. Li Sicheng menoleh ke arah Lu Yihan. "Kamu nak minum juga, Bapa Angkat Lu? Bapa sebenar akan kalahkan kamu."

Tangan Lu Yihan menggeletar. Dia mendongak dan menyedari Li Sicheng cuba mencabarnya.

Lelaki ini sengaja berkata begitu! Bapa angkat? Bapa sebenar? Hahaha…

"Dah tentu!" kata Lu Yihan sambil menghentam meja. Sebaik melihat pelayan datang membawa dua dozen bir, dia melambaikan tangannya. "Buka semua."

Su Qianci terkejut dan menarik lengan baju Li Sicheng. "Jangan minum banyak sangat."

"Saya tahu apa saya lakukan." Li Sicheng cuba menenangkan isterinya sambil mengira secara diam-diam.

"Nah, untuk bapa sebenar bayi!" Lu Yihan menuangkan segelas bir sambil merenung Li Sicheng dengan tajam.

Luo Zhan berkata sinis, "Segelas? Kau perlu habiskan sekurang-kurangnya sebotol untuk menghormati si bapa ini."

Lu Yihan tidak mengendahkannya.

"Nah, untuk bapa angkat bayi." Li Sicheng mengambil sebotol bir dan terus meneguknya.

Lu Yihan mengambil satu botol dengan pipi yang kemerahan dan berkata, "Dua botol."

Setelah habis meneguk satu botol, dia terus meneguk botol lain.

Su Qianci terkejut. "Kamu boleh mabuk kalau teruskan begini."

Lu Yihan menoleh ke arahnya dan pandangannya bertukar lembut. "Tak apa. Saya lebih hebat minum daripada apa yang kamu fikir."

Li Sicheng berasa marah dan mencemuh dalam hatinya. "Beri kamu dua dozen lagi."

Dalam masa kurang setengah jam, tiga lelaki itu telah menghabiskan enam dozen bir.

Walau bagaimanapun, kebanyakan bir itu diminum oleh Luo Zhan dan Lu Yihan.

Selepas Li Sicheng minum tiga hingga empat botol, Su Qianci melarangnya daripada terus minum. Li Sicheng juga mempunyai alasan untuk memandu. Kemudian dia menonton dua lelaki di hadapannya bertanding sambil memaut bahu isterinya.

Luo Zhan dan Lu Yihan bukanlah peminum yang hebat. Selepas minum sebanyak itu dalam masa singkat, mereka terus mabuk dan mula bercakap gah. Luo Zhan meletakkan sebelah kakinya ke atas kerusi dan mengangkat sebelah tangannya sambil berkata, "Aku beritahu kau ya, di sekolah dulu aku antara lelaki terkacak. Tengoklah muka aku? Boleh tahan, kan? Aku tak ada teman wanita hanya disebabkan aku terlalu memilih… Kedua-dua kakak ipar aku juga sangka aku… gay. Kau juga… kau syak aku…"

Lu Yihan membenamkan wajahnya yang kemerahan ke atas lengannya. "Jangan berlagak. Cakap pasal sekolah… waktu di sekolah, ada perempuan kejar aku sampai ke rumah. Qianqian tahu… tanyalah dia."

Su Qianci ketawa kecil. "Itu kecil saja jika dibandingkan dengan gelaran penggodam terhebat yang Yihan dapat waktu di universiti. Dia sangat hebat."

Luo Zhan ketawa mengejek dan memandang siling. Dia berkata dengan suara serak, "Zaman belajar, aku adalah penggodam antarabangsa. Penggodam terhebat di universiti tak ada apa-apa."

"Kau pandang rendah pada aku?" Lu Yihan berdiri tegak dan kelihatan marah.

Luo Zhan meletakkan kedua-dua tangannya ke atas meja dan berkata, "Ya, memang… Aku Penggodam Z."

"Itu hanya kerana aku tak mahu guna bakat aku dalam bidang itu. Kalau tak, kau ingat ada orang akan kenal siapa kau? Lurus betul."

"Ahhhh!" jerit Luo Zhan sambil meletakkan botol bir yang dipegangnya ke atas meja. "Nampaknya kau tak nak berhenti cabar aku hari ini."

"Aku pun tahu berlagak seperti kau…" kata Lu Yihan sinis.

"Tak guna kau berdua bergaduh," kata Li Sicheng sambil menuangkan air ke dalam gelas Su Qianci. "Pertandingan akan dapat selesaikan semuanya. Luo Zhan ada banyak komputer di rumah."

"Betul tu. Jom pergi rumah aku!" Luo Zhan berjalan keluar dari bilik itu dan memanggil Lu Yihan. "Jom. Kau berani lawan aku?"

"Ha… marilah. Aku tak takut dengan kau."

Related Books

Popular novel hashtag