Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 413 - Menolak Panggilan

Chapter 413 - Menolak Panggilan

Mendengar jawapan itu, keterujaan Su Qianci serta-merta hilang. Dia menumbuk Li Sicheng perlahan. Mata Li Sicheng yang dingin bertukar lembut ketika dia menangkap tangan isterinya. Selepas serangan itu gagal, Su Qianci cuba menendang pula. Kali ini Li Sicheng tidak mengelak. Dia hanya senyum dan kelihatan gembira. Dia memeluk Su Qianci dan mengambil penguji kehamilan itu dari tangan isterinya.

Garisan merah itu membuatkannya sangat gembira. Senyumannya terus melebar.

Su Qianci geram dan menumbuk dada suaminya itu. "Takkan tak tahu!"

Li Sicheng tunduk memandangnya dan berbisik, "Betul, saya langsung tak tahu ini penguji kehamilan."

Kemarahan Su Qianci terus lenyap sebaik mendengar kata-kata itu. Dia mengerutkan wajahnya dan berkata, "Kamu kenakan saya!"

Li Sicheng ketawa. Dia memegang tangan isterinya dan berkata, "Kamu yang cuba kenakan saya dulu, Puan Li."

Su Qianci ketawa kecil melihat senyuman yang jarang dilihat pada wajah Li Sicheng. "Kamu dah tahu awal-awal?"

"Saya dah nampak jururawat itu pergi ambil penguji kehamilan."

Patutlah!

Su Qianci berasa kecewa dan menolak Li Sicheng perlahan. "Tak bolehkah kamu berpura-pura terkejut?"

"Kenapa pula saya kena berpura-pura?" Mata Li Sicheng yang bersinar merenung Su Qianci. Li Sicheng tidak dapat menahan dirinya daripada memegang perut isterinya itu.

Su Qianci ketawa dengan gembira dan mengalihkan tangannya. "Sekarang saya kena jumpa doktor."

"Okey." Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam bilik doktor, ketenangannya terus lenyap. Li Sicheng memukul-mukul pahanya sendiri dan merasakan dirinya hampir hilang kawalan. Su Qianci mengandung! Dia akan menjadi ayah! Kejutan yang tiba-tiba itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia berasa seperti mahu menjerit. Sambil diperhatikan beberapa orang, Li Sicheng mengeluarkan telefonnya dan berjalan ke tangga. Dia terus menelefon kawan baiknya.

Jam menunjukkan lebih pukul 10 malam. Ou Ming masuk ke dalam bilik air secara senyap-senyap sambil membawa sekotak kondom yang baru dibeli serta beberapa jarum baru yang diambil dari hospital oleh pekerjanya. Dia sedang bersedia untuk menebuk beberapa lubang.

Satu bunyi yang tiba-tiba kedengaran membuatkannya terperanjat. Dia berasa lega apabila mendapati ia hanya deringan telefonnya. Hatinya selalu berdebar apabila dia cuba melakukan perkara jahat. Selepas mengelap pelincir yang keluar dari kotak berisi kondom itu, dia mengeluarkan telefonnya. Dia berasa jengkel apabila melihat panggilan itu datang daripada Li Sicheng. Segalanya berjalan dengan lancar buat lelaki itu kebelakangan ini. Dia tidak mahu mendengar suaranya.

Letak!

Ou Ming tunduk dan terus menolak panggilan Li Sicheng. Walau bagaimanapun, Li Sicheng masih tetap menelefonnya berkali-kali. Ou Ming berasa marah namun akhirnya menjawab panggilan itu. "Helo?"

"Ha ha ha ha ha… Ou Ming!"

Ou Ming terkejut. Dia melihat skrin telefonnya dan berasa ragu-ragu adakah itu benar-benar Li Sicheng.

"Apa kena dengan kau?" marah Ou Ming sambil meletakkan kondom yang telah rosak kembali ke dalam kotak. "Kau menjerit macam nak bersalin."

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa lagi. Ou Ming terus memutuskan talian. Setiap kali rakannya itu ketawa, ia bermakna sama ada sesuatu yang sangat bagus atau sesuatu yang sangat buruk telah berlaku. Melalui ketawa seperti orang gila itu, Ou Ming dapat merasakan ia sesuatu yang bagus. Dia tidak berminat untuk mendengar tentangnya!

Related Books

Popular novel hashtag