Apabila dia keluar, Su Qianci tidak menyuruh Yang untuk menemaninya. Dia mengambil teksi untuk pergi ke sebuah firma guaman yang terletak setengah jam jauhnya dari rumah itu, berdasarkan apa yang diingatinya.
Sheng Ximing ialah salah seorang peguam paling hebat di Kingstow. Pada kehidupannya yang lepas, Tang Mengying telah beberapa kali menjebakkan Su Qianci dalam masalah berkaitan undang-undang. Setiap kali ia berlaku, Sheng Ximing orang yang akan menyelamatkannya.
Dia tiba di pusat bandar Kingstown. Pada kehidupannya yang lepas, Tang Mengying pernah membawanya membeli-belah di kawasan ini. Dan pada waktu makan tengah hari, dia telah berjumpa dengan Sheng Ximing. Dia berjalan masuk ke dalam satu restoran yang berhampiran firma guaman tersebut dan menjumpai satu sudut yang masih diingatinya. Di sudut itu, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an yang memakai cermin mata berbingkai sedang duduk di hadapan komputer ribanya. Makanan di hadapannya kelihatan belum disentuh. Keningnya berkerut. Jelas kes yang sedang dikendalikannya bukan kes yang mudah.
Pada kehidupan Su Qianci yang lepas, Sheng Ximing telah tersalah anggap Su Qianci sebagai sahabatnya. Disebabkan Su Qianci amat mirip dengan sahabatnya, Sheng Ximing telah melakukan segalanya untuk membantu Su Qianci. Sehari sebelum Su Quanci diperangkap sebagai pembunuh Kapten Li, Shen Ximing telah memberitahu Su Qianci dia ada satu berita baik untuknya. Tetapi akhirnya dia tidak lagi berkesempatan untuk mendengar berita baik tersebut. Apa yang cuba diberitahu oleh Sheng Ximing kepadanya?
Su Qianci merenung Sheng Ximing dengan rasa kesal. Sheng Ximing yang merasakan dirinya diperhatikan terus menoleh. Hanya satu pandangan diperlukan untuk Sheng Ximing menjadi keliru. Seorang pelayan datang dan menghidangkan secawan kopi untuk Sheng Ximing. "Encik Sheng Ximing, ini kopi anda."
Sheng Ximing mencapai cawan kopi tersebut tetapi menarik balik tangannya kerana ia masih panas. Tanpa disengajakan, dia tertolak cawan tersebut dan menumpahkan kopi panas ke atas lantai.
Pelayan tersebut berubah menjadi pucat. "Encik, anda tidak apa-apa?"
Sheng Ximing menggeleng dan segera membersihkan dirinya. Dia melihat ke arah perempuan tadi berada tanpa sedar. Tetapi, perempuan itu telah tiada. Adakah dia bermimpi? Dia menundukkan wajahnya dengan rasa sangat bersalah. Namun, apabila dia menoleh, satu susuk ramping telah muncul di hadapannya. Perempuan itu mempunyai mata yang terang dan kulit yang licin. Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang terlintas di fikirannya sejak kali pertama melihat perempuan itu.
Akan tetapi, apabila diperhatikan dengan lebih dekat, mereka agak berbeza. Perempuan di dalam ingatannya anggun tetapi mesra. Perempuan di hadapannya itu kelihatan seperti sedang tersenyum tetapi matanya sangat dingin dan terasing. Tubuh perempuan itu juga lebih kecil daripada perempuan dalam ingatannya. Walaupun perbezaannya sudah jelas, Shen Ximing masih lagi berasa keliru.
Su Qianci tersenyum ke arah lelaki pertengahan usia itu dan menyapanya dengan hormat. Lagipun, bagi lelaki itu, ini merupakan kali pertama mereka berjumpa. Melihat senyuman di wajah Su Qianci, Sheng Ximing tidak dapat berhenti membandingkannya dengan kawan lamanya. Mereka kelihatan begitu mirip sekali. Mata Sheng Ximing bersinar penuh teruja.
"Hai, nama saya Su Qianci. "
Kata-kata itu membuatkan rasa terujanya hilang dengan serta-merta.
Itu bukanlah dia...