"Bank Kingstown: Anda telah menerima pemindahan 100,000 dolar pada 10 Julai 2016. Baki anda sekarang ialah 100,001.34..."
Lu Yihan terpaku seketika sebelum mula membersihkan skrin telefonnya berkali-kali.
Su Qianci menaip. "Kamu sudah terima?"
Lu Yihan membalas, "Ya! Kamu sudah menjadi kaya? Bukankah kamu masih di kolej? Dari mana kamu dapat duit sebanyak ini? Saya dengar kamu mengahwini Li Sicheng. Adakah ia betul? Adakah kamu dalam video tersebut? Rahsia hitam siapa yang kamu cuba untuk bongkarkan? Saya akan mencari maklumat nenek moyangnya untuk kamu!"
Melihat jawapan Lu Yihan, Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Lelaki ini tidak berubah sama sekali! Jari-jemari panjangnya menari di papan kekunci sambil dia menaip. "Liu Anan."
Wajah Lu Yihan berkerut sebaik melihat nama itu. Dia menggelengkan kepalanya dan menghantar emoji 'okey'. "Oleh kerana saya sudah mengambil wang kamu, saya akan lakukannya dengan baik. Saya jamin saya akan berjaya."
"Terima kasih."
"Saya mempunyai seseorang yang boleh memanipulasi Weibo. Kamu mahu saya sebarkan cerita tersebut selepas mendapat maklumat?"
"Itu lebih bagus."
"Perempuan ini..." Lu Yihan ketawa kecil dan mula bekerja.
Selepas menutup perbualan tersebut, Su Qianci melihat mesej lain muncul dalam kumpulan perbualan itu. Lin Wanting menaip. "Su Qianci sedang dalam talian?" Sebaik melihat nama itu, Su Qianci merasakan sentakan di dalam hatinya. Itu dia, Lin Wanting. Seseorang yang Su Quanci anggap sebagai kawannya. Walau bagaimanapun, Lin Wanting merupakan orang yang telah mengenakan Su Qianci bersama Liu Anan dan Tang Mengying, dan telah menjadi penyebab utama untuk kehidupannya yang kucar-kacir sebelum ini.
Su Qianci berasa ragu seketika, tetapi kemudian membalas, "Ya."
Lin Wanting berkata, "Sudah lama tidak berjumpa!"
Seorang yang lain menaip. "Wah! Bukankah itu Puan Li?"
Walaupun melalui skrin, Su Qianci dapat merasakan kecemburuan dalam ayat itu.
Orang yang ketiga berkata, "Puan Li? Apa maksudnya?"
"Dia telah berkahwin dengan lelaki terkaya di Kingstown, kau tidak tahu? Kau ada tonton video semalam? Dia telah menyebabkan Liu Anan dihantar ke balai polis!"
"Benarkah? Kita semua rakan sekelas. Mengapa Su Qianci mahu lakukan perkara itu?"
Lin Wanting berkata, "Jangan salahkan Su Qianci. Saya sudah tonton video itu, Liu Anan memang telah melampaui batas..."
"Lin Wanting, bukankah kau kawan baik Liu Anan? Kenapa kau pertahankan Su Qianci? Kau hanya mahu mengampu kerana dia sudah jadi Puan Li, bukan?"
Keadaan menjadi huru hara!
Sejak di sekolah menengah lagi mereka memang tidak menyukai Su Qianci, dan mereka menjadi lebih kejam sekarang. Su Qianci memutuskan untuk tidak menghiraukan mereka, menutup tingkap perbualan, dan mula menaip satu dokumen. Selepas lebih dari satu jam, dia selesai menaip tiga puluh klausa yang dinyatakan dengan jelas. Su Qianci merenggangkan tangannya, dan berasa sedikit sedih apabila melihat dokumen itu. Jika dia tidak membuatnya, Li Sicheng akan tetap menggunakan klausa-klausa ini terhadapnya nanti.
Kontrak yang telah dibuat oleh Li Sicheng dalam kehidupan sebelum ini berkuasa selama 5 tahun, sementara yang dibuat Su Qianci sekarang hanya akan berkuasa selama satu tahun.
Sekarang semuanya sudah siap, dan dia hanya perlukan cop daripada peguam. Tajuk dokumen itu sangat ringkas: Kontrak Perceraian!