Su Qianci memegang perutnya tanpa sedar dan duduk. Matanya berkelip. "Kita lakukannya pada waktu tidak suburkah setiap kali?"
Li Sicheng berfikir seketika kemudian mengira dengan jarinya.
Pipi Su Qianci bertukar merah dan dia mencucuk suaminya. "Apa yang kamu kira? Kamu ingatkah tarikhnya?"
"Ya," jawabnya dengan wajah yang kecewa. "Lagipun kita tak lakukannya banyak kali." Kemudian dia mengeluh. "Kita dah lama berkahwin tapi kita hanya lakukan seks satu, dua… lima kali semuanya." Li Sicheng berasa amat terkilan sebaik menyedari perkara itu. Kemudian dia memandang Su Qianci dengan pandangan dalam seolah-olah seekor serigala lapar.
Su Qianci berasa agak takut dan berundur, tetapi Li Sicheng lebih pantas. Dia segera menolak Su Qianci kembali berbaring.
Nafas Su Qianci menjadi kencang. Apabila Li Sicheng mahu pergi lebih jauh, dia menghentikan suaminya itu. "Encik Li…"
"Ya?" Li Sicheng semakin menyukai panggilan itu sekarang. Dahulu dia merasakan ia panggilan yang membuatkan mereka terasa jauh, tetapi sekarang ia kedengaran seperti panggilan manja. Apabila mereka memanggil satu sama lain, ia seperti hukuman buat orang bujang yang mendengar.
Su Qianci tercungap-cungap dan menahan tangan Li Sicheng. "Bukan hari ini."
Li Sicheng mendongak dan berkata dengan nada kecewa, "Puan Li, kamu sedang halang hak saya."
"Saya baru datang bulan…" katanya dengan suara perlahan.
"Bila?"
"Baru tadi…"
Li Sicheng merasakan seperti hampir gila. Dia mengetap gigi dan menggigit jari isterinya sebagai hukuman.
Su Qianci berundur. Matanya seolah meminta maaf dan turut mengusik pada masa yang sama.
"Kamu budak nakal!" Li Sicheng mengangkat Su Qianci dan meletakkan kepalanya di atas bantal. Dia memeluk pinggang isterinya itu dan berkata, "Sekarang jadi budak baik dan tidur."
Melihat betapa tertekannya Li Sicheng, Su Qianci ketawa kecil.
"Kamu tak dibenarkan ketawa."
Su Qianci ketawa semakin kuat dan membenamkan wajahnya ke dada Li Sicheng. Dia telah menjumpai tempat yang selesa lalu menutup matanya.
Walaupun keluarga Tang gagal menjumpai Tang Mengying di rumah keluarga Li, mereka tidak mahu membiarkannya begitu sahaja. Li Sicheng sudah menjangkakan perkara itu, jadi apabila dia melihat sekumpulan wartawan di hadapan bangunan pejabatnya, dia masih bersikap tenang.
Sebaik melihat kereta Li Sicheng, semua wartawan itu terus menderu ke arahnya. Pengawal keselamatan menjalankan tugas mereka dan memastikan wartawan-wartawan itu tidak mengerumuni kereta Li Sicheng. Pintu Mayvach hitam itu dibuka dan satu susuk tubuh yang tinggi keluar darinya. Li Sicheng memakai kot hitam panjang dan kemeja gelap. Dia kelihatan dingin dan tampan. Dia memandang sekilas wartawan-wartawan yang terus mengajukan pelbagai soalan, kemudian meletakkan tangannya di sebelah atap kereta bagi melindungi orang yang keluar selepasnya daripada terhantuk.
Walaupun riak wajahnya dingin, pergerakannya sungguh lembut dan membuatkan wartawan-wartawan di situ menjerit, "Ada orang lain bersama dia. Siapa itu?"