Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 359 - Basah

Chapter 359 - Basah

Basah…

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan. "Maksud saya basah."

"Itulah yang saya cakap," Li Sicheng berkata sambil memandangnya dengan wajah serius.

Pipinya bertambah merah. Li Sicheng maksudkan basah yang bagaimana? 

"Ayuh pergi." Dia menyerahkan dua beg plastik yang dipegangnya kepada Su Qianci. "Pegang elok-elok."

Su Qianci mengambil beg plastik itu dan memegangnya dengan kemas. Li Sicheng memakai kot panjang berwarna kelabu di bahagian luar dan baju kemeja di bahagian dalam. Dia membuka payung itu sebelum membuka kot yang dipakainya, memeluk pinggang Su Qianci dan menyarung kot itu pada isterinya. Su Qianci terkaku seketika. "Apa kamu buat ini…"

"Balik rumah." Su Qianci merasakan pipinya seolah terbakar sebaik nafas hangat Li Sicheng dihembus ke telinganya. Kemudian Li Sicheng menyambung, "Jaga baik-baik makanan itu. Kita tak patut biarkan Atuk tunggu lama." Jadi, dia perlu memastikan makanan itu selamat manakala Li Sicheng akan memastikannya selamat? Sebaik memikirkan perkara itu, jantung Su Qianci terus berdegup kencang ketika Li Sicheng membawanya menuruni tangga. Melihat telinga Su Qianci yang bertukar kemerahan, Li Sicheng memandang isterinya dengan lembut dan memeluk pinggang Su Qianci di bawah kot dengan lebih erat. Kedua-dua mereka langsung tidak bersuara.

Hati Su Qianci terasa hangat. Dia memegang beg plastik itu dengan kuat dan tubuhnya langsung tidak terkena walau setitik air hujan. Apabila mereka tiba di kereta, barulah dia menyedari belakang Li Sicheng basah lencun. Dia memandang Li Sicheng yang mengambil kembali kotnya dan mahu berkata sesuatu, tetapi tiada suara yang keluar. Hatinya terasa hangat melihat makanan yang dibawanya dan dirinya sendiri dilindungi dengan baik oleh Li Sicheng. Mereka tiba di rumah pada pukul hampir enam petang.

Li Sicheng terus masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Su Qianci menyerahkan daging yang dibeli mereka kepada Atuk. Kapten Li sangat gembira dan tersenyum lebar kepadanya. Su Qianci berasa agak malu dan pergi membantu Liu Sao membuat ladu manis. Liu Sao mengisi ladu itu dengan kicap, mentega kacang dan telur kuning… Kerja Su Qianci adalah untuk meletakkan ladu-ladu itu ke dalam air mendidih. Apabila ia telah masak, dia perlu mengambil kembali ladu-ladu itu dari dalam air.

Liu Sao menyerahkan pinggan terakhir berisi ladu kepada Su Qianci dan bertanya dengan suara perlahan, "Puan dan Encik Li dah berbaik?"

Su Qianci melihat senyuman mengusiknya dan teringat perbualan telefon mereka. Dia mengangguk dan menjawab, "Agaklah."

Mereka telah berjumpa dan bercakap, bukan?

"Akhirnya. Kapten Li sangat risau dengan Puan dan Encik Li sejak akhir-akhir ini. Baguslah kamu berdua dah berbaik. Saya rasa mesti Kapten Li akan suruh Puan tidur di sini. Saya dah sediakan baju untuk Puan."

"Terima kasih Liu Sao."

"Tak ada apalah. Tengok tu, ladu dah masak. Puan boleh ambil sekarang, takut intinya tumpah."

Su Qianci memeriksa ladu itu dan mengambil kesemuanya dari dalam air. Dia mengira ladu-ladu itu dan menghidangnya di atas beberapa biji pinggan. Ketika baru sahaja mahu keluar, dia mendengar sedikit kekecohan dari ruang tamu. Ia kedengaran seperti ada orang sedang bergaduh.

Su Qianci terkejut dan berlari keluar dari dapur. Dia terus ternampak Puan Tang sedang menjerit kepada suaminya. "Li Sicheng, kau budak sial! Serahkan kembali anak aku! Di mana kau simpan dia?"

Puan Li kelihatan sangat beremosi. Matanya kemerahan dan dia merenung Li Sicheng seolah-olah anaknya itu adalah musuhnya. Li Sicheng duduk di sofa sambil menyilangkan kakinya. Dia kelihatan elegan dan wajahnya dingin seperti biasa. Dia menjeling Puan Tang sekilas pandang dan bertanya, "Puan Tang, apa maksud kamu?"

Related Books

Popular novel hashtag