Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 356 - Jaga Imej Kamu

Chapter 356 - Jaga Imej Kamu

Riak wajah dingin Li Sicheng hilang serta-merta. Kamu ada bahagian bawah?"

Muka Su Qianci bertukar kemerahan. Tangannya memegang bahagian bawahnya dan dia berdiri dalam kesakitan. "Kenapa kamu tak ketuk dulu? Sakitlah!"

Li Sicheng tidak dapat menahan dirinya daripada merenung posisi Su Qianci. Dia berkata dengan nada tenang, "Ini bilik pejabat saya."

Su Qianci terkedu. Menyedari pandangan mata Li Sicheng, dia terus berpaling dan menggosok bahagian yang sakit di bawah kot yang dipakainya.

Li Sicheng yang berasa janggal melihatnya terus berkata dengan suara dalam, "Jaga imej kamu." Kemudian dia menutup pintu dan duduk di mejanya. "Apa kamu buat di sini?"

"Cari kamu," jawab Su Qianci ringkas. Tetapi dia terus tersedar dan berkata perlahan, "Atuk cakap dia nak makan daging yang kamu beli sebelum ini. Dia cuba telefon kamu tapi tak dapat. Liu Sao yang suruh saya beritahu kamu."

Li Sicheng menjeling telefon bimbitnya di atas meja. Terdapat lebih 30 panggilan yang tidak dijawab. Kebanyakannya berkaitan kerja, tetapi tiga daripadanya datang dari rumah lama dan Su Qianci. Li Sicheng mengambil telefonnya dan berkata, "Okey."

Sikap acuh tidak acuhnya membuatkan Su Qianci sedikit kecewa. Su Qianci berdiri dan menyedari bahagian bawahnya sudah tidak sakit. Dia mengambil beg tangannya di atas sofa lalu berkata, "Jadi saya akan pergi sekarang."

"Duduk," arah Li Sicheng tanpa memandangnya. "Kita pergi bersama-sama."

"Tak apa. Saya pandu kereta saya ke sini."

Walau bagaimanapun, Li Sicheng menghampirinya dan menolaknya sehingga terduduk di atas sofa. Su Qianci mahu berkata sesuatu, tetapi suaminya mengisyaratkan dengan jarinya supaya dia diam. Kemudian dia menjawab panggilan telefon dan bercakap dalam bahasa Inggeris yang lancar. Li Sicheng kelihatan sungguh sibuk. Dia perlu berbincang di telefon pula walaupun baru selesai mesyuarat. Su Qianci mahu bangun tetapi Li Sicheng menahannya. Jantung Su Qianci berdegup laju. Adakah Li Sicheng mahu dia terus berada di situ?

Su Qianci berasa risau sebaik memikirkannya. Dia cuba berlagak tenang sambil terus duduk di sofa itu. 15 minit kemudian barulah perbualan telefon Li Sicheng selesai.

Su Qianci bertanya, "Kenapa kamu halang saya pergi?"

Li Sicheng merenungnya dengan mendalam dan berkata dengan nada dingin, "Hari ini hari perayaan, jadi kita patut buat Atuk gembira."

Su Qianci berasa kecewa dan merasakan hatinya pahit seolah-olah dicelup ke dalam cuka. "Oh." Begitu rupanya… Datuk sememangnya tidak suka melihat mereka bergaduh. Su Qianci yakin Atuk tahu mereka telah bergaduh lebih sebulan. Tiba-tiba dia terfikir satu kemungkinan yang seakan tidak masuk akal: mungkin Atuk yang aturkan semua ini?

Li Sicheng menjelingnya dan berkata, "Marilah."

Dia terus keluar dari pintu biliknya dengan diikuti oleh Su Qianci. Sebaik menyedari renungan pekerja-pekerja Li Sicheng, Su Qianci memperlahankan langkahnya.

Adakah lelaki itu akan marah?

Pada kehidupan lalu, Li Sicheng sangat benci jika Su Qianci berjalan di sampingnya. Dalam situasi ini… Sebaik memikirkan perkara itu, Su Qianci berjalan semakin perlahan dan membuatkan jarak antara mereka semakin jauh. Li Sicheng menekan butang lif dan menoleh ke sisinya sebelum menyedari Su Qianci tiada di situ. Sebaik menoleh ke belakang, dia melihat Su Qianci sedang teragak-agak.

Li Sicheng menaikkan sebelah keningnya dan bertanya, "Kamu nak saya dukung kamu ke sini?"

Kata-katanya terus membuatkan pekerja-pekerjanya menjadi kecoh. Wajah Su Qianci bertukar merah padam. Dia cepat-cepat berjalan dengan kasut tumit tingginya menuju ke arah Li Sicheng dan masuk ke dalam lif. Sebelum lif itu tertutup, dia mendengar seseorang berkata, "Mereka sangat secocok bersama…"

Related Books

Popular novel hashtag