Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 357 - Lebih Besar, Lebih Baik

Chapter 357 - Lebih Besar, Lebih Baik

Sebelum lif itu tertutup, dia mendengar seseorang berkata, "Mereka sangat secocok bersama…"

Su Qianci berasa sedikit janggal. Jadi di mata mereka, dia dan Li Sicheng sangat bahagia. Tetapi kenapa dia tidak dapat merasakannya? Sebaliknya hatinya dipenuhi dengan kesedihan.

"Kamu letak kereta dekat mana?"

Soalan lelaki itu tiba-tiba itu membuatkan dia tersedar. "Dekat pintu pagar."

Li Sicheng menekan butang ke lobi. Sepi. Mereka langsung tidak bersuara di dalam lif itu. Satu-satunya bunyi yang didengari Su Qianci adalah bunyi lif itu bergerak.

Ting!

Mereka tiba di tingkat satu. Su Qianci mengekori Li Sicheng keluar dan menyedari semua orang menoleh ke arah mereka. Dia berasa sedikit gementar di bawah renungan semua orang lalu menundukkan kepalanya sambil berjalan di belakang Li Sicheng.

Tiba-tiba Li Sicheng berhenti. Su Qianci terus melanggar belakang tubuhnya.

Aduh!

Su Qianci memegang hidungnya. Kesakitan yang dirasakan membuatkan matanya bergenang. Dia mendongak dengan pandangan yang menyalahkan Li Sicheng. Suaminya hanya menjelingnya dengan tenang lalu mengambil satu payung besar. Ketika Su Qianci tiba tadi, hujan sudah semakin reda. Disebabkan dia meletakkan keretanya di hadapan pagar, dia hanya berjalan laju memasuki bangunan itu tanpa membawa payungnya. Walau bagaimanapun, hujan telah mula lebat kembali dan air hujan mula membanjiri jalan. Semua orang sedang berjalan dengan laju. Su Qianci cuba mengambil satu lagi payung tetapi Li Sicheng terus memegang tangannya dan menariknya pergi.

"Hei, tunggu dulu." Su Qianci hampir terbang ditarik olehnya. Disebabkan memakai kasut tumit tinggi, dia hampir hilang keseimbangan. Li Sicheng tidak menghiraukan kata-katanya dan terus menariknya. Kemudian lelaki itu membuka payung yang dipegangnya, memeluk bahu Su Qianci dan membawanya ke kereta.

Su Qianci terkejut. Bagaimana Li Sicheng boleh tahu ini keretanya? Lelaki ini belum pernah lagi melihat keretanya. Mereka berdua sudah lama tidak bertemu…

"Buka pintu," arah Li Sicheng sambil menjelingnya. "Hujan lebat sekarang dan saya sangat sejuk."

Su Qianci segera menekan kunci keretanya. Li Sicheng membuka pintu tempat duduk pemandu tetapi tidak masuk ke dalam, sebaliknya memandang Su Qianci. Su Qianci terus faham dan masuk ke dalam. Li Sicheng menutup pintu sebelum masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Sebaik sahaja duduk, dahinya berkerut dan dia merungut, "Kenapa sempit sangat?"

"Dah tentulah ia tak boleh dibanding dengan kereta kamu," Su Qianci menggumam perlahan dan menghidupkan keretanya.

"Kita beli yang lebih besar untuk kamu nanti."

"Saya suka yang kecil." Hujan sangat lebat sehingga menyukarkan Su Qianci untuk melihat dengan jelas. Dia membuka lampu hadapan kereta.

"Yang kecil tak bagus," kata Li Sicheng.

"Yang penting saya suka. Tak ada kaitan dengan kamu."

"Saya ingat kamu dah terbiasa dengan yang besar kepunyaan saya."

Apabila Su Qianci cuba membalas, dia tiba-tiba memahami sesuatu. Pipinya berubah kemerahan dan dia menjeling Li Sicheng tajam. "Li Sicheng, kamu pengotor!"

Li Sicheng mengangkat sebelah keningnya dan memandang Su Qianci dengan wajah kebingungan. "Saya sedang bercakap tentang kereta. Apa yang kamu fikir?"

Su Qianci terkedu dan pipinya semakin merah. Dia dapat melihat pandangan mengusik dalam mata Li Sicheng. Dia terus memegang stereng dan berpaling ke belakang.

Li Sicheng memakai tali pinggangnya perlahan-lahan sebelum bertanya, "Kamu tak rasa yang lebih besar lebih baik?"

Tangan Su Qianci tersentak dan dia berkata dengan marah, "Boleh tak kamu diam?"

Related Books

Popular novel hashtag