Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 355 - Bahagian Bawah Saya Sakit

Chapter 355 - Bahagian Bawah Saya Sakit

"Ehem." Cheng You tersedar dia telah memberitahu terlalu banyak maklumat. Jika bosnya tahu dia telah membelot kepadanya, dia pasti akan dibebankan dengan lebih banyak kerja. "Err, Puan Li, jangan beritahu dia saya beritahu ini semua. Anggaplah ia rahsia antara kita."

Su Qianci tersenyum. "Okey. Saya letak dulu ya."

"Okey!"

Su Qianci memutuskan talian dan melepaskan nafas lega. Pada kehidupan lalu, Cheng You sering memanggilnya "Puan" sahaja. Kemudian panggilan itu ditukar kepada "Cik Su" selepas dia dan Li Sicheng bercerai. "Puan Li" lebih seronok didengar.

Su Qianci memandu keluar dari lebuhraya. Kebetulan dia memang berada berdekatan dengan pejabat Li Sicheng. Dia memandu ke sana mengikut jalan yang diingatinya dan menjumpai bangunan yang berbentuk unik hanya dalam masa dua minit. Bangunan syarikat Li itu adalah tanda tempat di Kingstown.

Su Qianci turun dari keretanya dan pergi ke kaunter hadapan. Penyambut tetamu di situ terus mengenalinya dan memanggil "Puan". Walaupun ini adalah kali pertama Su Qianci datang ke pejabat Li Sicheng, nama dan wajahnya telah dikenali oleh hampir seluruh penduduk Kingstown.

Su Qianci senyum dan berkata, "Saya datang untuk jumpa Li Sicheng."

"Tuan Presiden ada di bilik mesyuarat di tingkat paling atas. Puan boleh naik lif VIP untuk ke sana."

"Terima kasih."

Su Qianci naik ke tingkat teratas dan merasakan tempat itu sangat dekat dengannya. Dia telah banyak kali datang ke sini pada kehidupannya yang lalu. Sewaktu dia berjalan masuk, pekerja-pekerja Li Sicheng agak terkejut melihatnya. Tetapi mereka semua mengenalinya, jadi dia dibawa ke pejabat Li Sicheng dan dihidangkan dengan kopi yang terbaik.

"Encik Li sedang mesyuarat. Puan nak saya beritahu dia Puan ada di sini?" tanya salah seorang pekerja.

"Tak apa. Saya boleh tunggu dia di sini. Kamu tak perlu temankan saya. Terima kasih."

"Sama-sama. Jadi saya pergi dulu ya."

"Terima kasih."

Pekerja itu memandangnya dan kelihatan teruja sehingga mukanya merah padam. Sebelum pintu pejabat Li Sicheng ditutup, dia menggumam perlahan, "Puan Li memang sangat cantik…"

Su Qianci tersenyum dan menghirup kopi di hadapannya. Dia berasa agak gementar. Adakah Li Sicheng akan terkejut melihatnya di situ? Apa yang patut dia katakan? 'Lama tak jumpa'? 'Hai'? Semuanya kedengaran pelik…

Jantung Su Qianci berdegup kencang. Dia mula menyesal kerana mendengar nasihat Cheng You dan datang ke sini. Adakah Li Sicheng akan menyangka dia cuba untuk memenangi hatinya kembali dengan datang ke sini? Tetapi dia hanya datang demi Atuk dan kerana Li Sicheng tidak menjawab panggilannya. Jika Li Sicheng salah faham, keadaan akan menjadi sangat janggal, bukan? Adakah sudah terlambat untuk pergi dari situ?

Su Qianci teragak-agak tetapi berdiri dan berjalan ke pintu. Sebaik sahaja menghampiri pintu itu, ia tiba-tiba terbuka. Su Qianci yang tidak menjangkakannya terus dilanggar dengan tombol pintu itu.

"Aduh!" Dia menjerit lalu terduduk dan memegang bahagian yang terasa sakit.

Li Sicheng kelihatan keliru. Dia melihat seorang wanita sedang mengaduh kesakitan di atas lantai dan menyangka dia sedang berhalusinasi. Tetapi sebaik sahaja Su Qianci mendongak, hatinya mula berdegup laju. Memang dia…

Menyedari Li Sicheng memandangnya, wajah Su Qianci menjadi merah padam. Tangannya masih berada di bawah perutnya dan dia tidak berani bangun. Ia terasa sangat sakit. Tombol pintu itu melanggar bahagian intimnya. Dia berasa sangat malu.

Melihat Su Qianci sedang kesakitan, Li Sicheng menahan dirinya daripada memeriksa bahagian yang sakit itu dan bertanya, "Kenapa?"

Su Qianci menundukkan kepalanya dan menggumam perlahan, "Bahagian bawah saya sakit…"

Related Books

Popular novel hashtag