Su Qianci terhenti dan membantah, "Saya memang tak pakai seluar."
Li Sicheng mengangguk faham. "Betul. Kamu pakai gaun tidur untuk memudahkan saya…"
Su Qianci berasa malu. Wajahnya mula kemerahan dan dia membungkus tubuhnya dengan selimut sebelum cuba mengutip gaun tidurnya di lantai. Li Sicheng menariknya kembali dan berbisik ke telinganya, "Kamu dah lupa apa yang berlaku semalam?"
Sudah tentu dia ingat semuanya dengan terperinci. Namun Su Qianci tidak akan pernah mengakuinya. Pipinya merah padam dan dia cuba melepaskan diri daripada pelukan Li Sicheng. "Lepaskan saya."
Li Sicheng merapatkan wajahnya sambil memeluk Su Qianci dan berbisik, "Tak, saya tak akan lepaskan." Kemudian dia meletakkan tangannya di atas payudara Su Qianci dan terus meramasnya.
Su Qianci bergelut dan marah, "Kamu belum puaskah?"
"Kalau saya jawab belum, boleh kita sambung?" Li Sicheng mendekatkan wajahnya dan cuba mencium bibir Su Qianci.
Su Qianci segera memalingkan mukanya lalu ciuman itu hinggap di belakang telinganya. Li Sicheng terus menghisap cuping telinganya dan membuatkan Su Qianci mengerekot.
Li Sicheng terus menciumnya di serata tubuh dan memerangkap Su Qianci dengan kakinya. Dia berbisik di telinga isterinya itu, "Tengoklah, kamu benar-benar mahukan saya."
"Pergilah…" kata Su Qianci. "Encik Li, saya baru tahu rupanya muka kamu sangat tebal."
"Puan Li, belum terlambat untuk kamu tahu."
Encik Li, Puan Li…
Ketika Li Sicheng terus bergerak ke serata tubuhnya, panggilan mereka terhadap satu sama lain tiba-tiba kedengaran mengghairahkan dan bukannya asing. Apabila Li Sicheng memanggilnya Puan Li, hati Su Qianci berdegup lebih kencang berbanding ketika dia memanggilnya "sayang". Namun dia tahu lelaki ini bukan miliknya.
Su Qianci berasa sedih dan berkata dengan suara serak, "Kamu tak tahu malu seperti ini jugakah di atas katil Tang Mengying?"
"Katil… Tang Mengying?" Li Sicheng kebingungan mendengar perkataan itu. Kenapa ia kedengaran sungguh pelik? Mata Su Qianci menjadi basah. Dia menyiku suaminya dan cuba turun dari katil itu. Tetapi Li Sicheng terus memerangkapnya dan mendekatkan wajah mereka. "Kamu ingat saya pernah tidur dengan Tang Mengying?"
Su Qianci merasakan seolah-olah dia mendengar lawak jenaka lalu berpaling. Li Sicheng dapat melihat ejekan dan kebencian yang jelas dalam matanya yang hitam. Li Sicheng mengecilkan matanya dan kelihatan marah. Dia menolak Su Qianci sehingga terbaring di atas katil itu lalu tunduk memandangnya dan bertanya, "Apa maksud kamu?"
"Kamu tahu benar apa yang saya maksudkan bukan, Encik Li?" Jantung Su Qianci berdegup laju ketika dia melihat dada Li Sicheng yang mempunyai kesan-kesan gincunya. Tetapi malam tadi mungkin adalah malam terakhir mereka. Dia memalingkan mukanya dan tidak mahu melihat muka Li Sicheng. Suaranya tersekat di kerongkongnya ketika dia terus bergelut. "Bangunlah."
"Jelaskan. Kamu masih fikir kandungan Tang Mengying itu anak saya?"
"Saya tak perlu fikir." Su Qianci merenung suaminya dengan senyuman sinis. "Itu memang anak kamu, bukan?"