Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 300 - Siapa Lelaki Malam Itu

Chapter 300 - Siapa Lelaki Malam Itu

Semakin dia memikirkannya, semakin dia berasa tidak pasti. Dia telah menentukan lelaki pada malam itu ialah Li Sicheng. Tetapi sebenarnya, dia telah ditolak ke atas katil sebelum dia sempat melihat wajah lelaki itu. Mungkin, ia bukan Li Sicheng? Rong Rui mengatakan dia telah menggodam video yang merakam kejadian itu, bermakna dia telah menonton video tersebut. Jadi apa kebenarannya?

Tang Mengying tidak pasti. Dia memandang Qin Shuhua sambil mengetapkan giginya dan berkata, "Kalau Mak Cik betul-betul tak yakin, mari kita buat ujian DNA."

"Okey, Mak Cik akan suruh Li Sicheng supaya…"

"Jangan, saya tak nak dia tahu." Li Sicheng terlalu bijak untuk diperbodohkan. "Mari kita pergi berdua dan buat ujian atuk dan cucu."

Kandungan itu baru berusia tujuh minggu. Doktor mencadangkan untuk mereka tidak meneruskannya dan memberi amaran kepada Tang Mengying tentang risikonya, tetapi Tang Mengying tetap berkeras. Dia tidak mampu menunggu lagi. Jika kandungannya benar-benar anak Li Sicheng, dia akan menjaganya dengan sepenuh perhatian. Tetapi jika bukan… Tang Mengying tidak sanggup memikirkannya dan terus berbaring di atas katil hospital itu. Ketika jarum mencucuk perutnya, dia hanya mampu berfikir: 'Anakku, tolong jadi anak yang baik…'

Qin Shuhua telah menempah ujian pantas. Kemudian Tang Mengying kembali ke hospital sendirian setelah Qin Shuhua balik ke rumahnya dan menambah bayaran untuk mempercepatkan proses menunggu menjadi enam jam sahaja.

Selepas enam jam, Tang Mengying tiba tepat pada masanya dengan ditemani Puan Tang.

Dia memegang tangan Puan Tang dan perutnya berasa kurang selesa. Hatinya gementar dan penuh berharap terhadap keputusan ujian itu. Walau bagaimanapun, sebaik Puan Tang menerima keputusan itu, ibunya itu kelihatan terkedu. Tang Mengying berasa sangat gementar melihat reaksinya. Dengan tangan yang menggeletar, dia mengambil keputusan itu dan angka kosong yang terpapar membuatnya hampir pitam.

Riak wajah penuh harapan Puan Tang berubah menjadi kecewa. Dia menoleh ke arah Tang Mengying dan terus menampar anaknya itu dengan kuat. "Bukankah kamu kata bayi ini anak Li Sicheng? Macam mana ini boleh berlaku?"

Wajah Tang Menying terus membengkak. Dia merenung keputusan ujian itu dengan rasa tidak percaya dan berkata, "Tak mungkin…"

Kalau lelaki pada malam itu bukan Li Sicheng, jadi siapa dia?

Beberapa hari ini bosnya sentiasa bekerja sehingga lewat malam di pejabat, jadi kerja Cheng You menjadi lebih mudah. Sejak dia mula bekerja dengan Li Sicheng tiga tahun lalu, Cheng You boleh mengira berapa hari sahaja dia dapat balik ke rumah awal dan tanpa membawa pelbagai dokumen di kedua-dua belah tangan. Ketika dia menyangka dia mendapat satu lagi hari yang tenang, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Li Sicheng. Cheng You merungut dalam hati tetapi tetap segera menjawab panggilan itu. "Encik Li."

"Pergi ke Star City dan upah 20 pengawal peribadi dan 20 orang gaji. Pastikan mereka semua sudah ada esok."

Cheng You terkejut. Mendengar nada bosnya yang kedengaran bahaya dan menakutkan, dia bertanya dengan gementar, "Apa yang berlaku?"

Li Sicheng tidak pernah suka menggunakan bantuan. Star City pula hanya kelihatan seperti kasino yang sibuk, tetapi sebenarnya ia adalah tempat urus niaga terbesar dan paling misteri di Kingstown. Semua pengawal peribadi dan orang gaji dari tempat itu adalah penyamar dan setiap seorang bernilai jutaan dolar. Kebanyakan keluarga bangsawan suka mengambil mereka. Tetapi untuk apa Li Sicheng perlukan mereka?

Li Sicheng tidak menjawab pertanyaan Cheng You dan terus berkata, "Hubungi Luo Zhan. Suruh dia siasat sistem pendaftaran DNA di Hospital Tentera Pertama Kingstown."

"Baik, bos!"

Sebaik mendengar jawapan Cheng You, Li Sicheng memutuskan talian dan menelefon Li Beixing. "Abang, tolong saya lakukan sesuatu."

Jarang sekali Li Beixing mendapat panggilan daripada Li Sicheng. Dalam keadaan masih terkejut, dia bertanya, "Ada jugakah perkara yang tak mampu diselesaikan oleh adik kesayangan saya?"

"Ya. Tolong saya siasat tentang seseorang. Sepupu Rong Haiyue, Rong Rui."

Related Books

Popular novel hashtag