Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 298 - Jangan Sentuh Saya

Chapter 298 - Jangan Sentuh Saya

"Encik Li…" Nenek Rong menghampiri mereka dengan riak wajah yang kelihatan serba salah. Dia mengeluarkan sesuatu yang dibawanya. "Kapten Li lihat ini dan terus kena serangan jantung. Tengoklah…"

Melihat riak wajah Nenek Rong, Li Sicheng tahu ia bukan sesuatu yang bagus. Wajahnya berubah melihat perkataan yang tertulis pada fail itu. Su Qianci menjenguk dan melihat nama Li Xiao padanya. Ujian datuk dan cucu… 72.31 peratus?

Su Qianci melihat fail itu lebih dekat dan membaca nota kaki di bawahnya, lalu hatinya terus berasa pedih. Dia mendongak memandang Li Sicheng. Su Qianci berasa seakan tidak percaya dan berundur menjauhi suaminya. Dia memandang laporan DNA itu dan hatinya seakan hancur.

Li Sicheng masih kelihatan serius. Dia mengetap giginya apabila melihat riak wajah Su Qianci yang berubah. Dia menoleh ke arah Qin Shuhua dan bertanya dengan garang. "Ibu yang bawa ini?"

Terkejut dengan renungan anaknya, Qin Shuhua terus marah, "Apa kena dengan kamu? Itukah caranya bercakap dengan ibu kamu sendiri?"

"Ibukah yang bawa?" Li Sicheng merenung ibunya sambil menggenggam keputusan ujian itu di tangannya. Dia berharap dapat mengoyakkan kertas itu dan menyumbatnya ke mulut Qin Shuhua.

Qin Shuhua yang agak ketakutan berkata, "Ini ujian yang Ibu buat menggunakan rambut ayah kamu dan cecair amnion Tang Mengying. Pagi tadi Tang Mengying datang bawakan Ibu keputusan ini. Ia jelas tunjukkan yang bayi dalam kandungan Tang Mengying adalah cucu ayah kamu…"

Su Qianci memandang Li Sicheng dan Qin Shuhua silih berganti dan merasakan lututnya menjadi lemah. Atuk sedang bertarung nyawa dalam wad kecemasan dan sekarang muncul pula bukti terhadap perbuatan Tang Mengying dan Li Sicheng… Berita buruk berterusan menimpanya seperti batu-batuan yang keras dan berat. Su Qianci terduduk di lantai dan tubuhnya menggigil.

Menyedari keadaan Su Qianci, Nenek Rong segera menghampirinya dan cuba membantunya bangun. "Puan?"

Li Sicheng turut datang kepadanya sebaik melihat isterinya menjadi lemah. Walau bagaimanapun, belum sempat dia menyentuh Su Qianci, isterinya itu bergerak menjauhinya.

"Jangan sentuh saya!" Su Qianci menjerit ketika air mata mula berlinangan di pipinya.

Li Sicheng merasakan hatinya pedih dan terus cuba memeluk Su Qianci. Su Qianci berasa meluat dan memukul dada Li Sicheng sambil bergelut. "Jangan sentuh saya. Jangan sentuh saya…"

Jangan sentuh saya. Kamu sangat kotor…

Suara Su Qianci bertukar menjadi esakan dan raungan sebelum dia rebah dalam pelukan Nenek Rong. Nenek Rong berasa sedih melihat keadaannya. Matanya turut basah ketika dia merenung Li Sicheng dan memarahinya, "Lihat apa Tuan dah buat pada Puan!"

Li Sicheng hanya berkata, "Percayalah saya."

Mana mungkin Su Qianci mampu percayakan suaminya itu? Bukti sudah ada di hadapan mata. Mana mungkin ada orang yang akan percaya kepadanya? Malah Nenek Rong yang membesarkan Li Sicheng daripada kecil juga tidak mempercayainya.

"Bukan saya." Li Sicheng menggenggam keputusan DNA itu sambil mengetapkan giginya. Dia turut terduduk di lantai dan menegaskan, "Saya tak lakukannya!"

Su Qianci berpaut pada lengan Nenek Rong sambil terus menangis dengan kuat. Dia langsung tidak mampu memandang lelaki itu. Kemudian pintu wad kecemasan akhirnya terbuka.

Su Qianci segera bangun dan berlari ke arah doktor. "Macam mana doktor?"

Doktor itu menjawab, "Dia bernasib baik kerana CPR pantas dilakukan. Kamu perlu beri lebih perhatian pada dia dan pastikan pesakit tak terdedah dengan perkara yang buatkan dia marah lagi. Dia perlu sentiasa stabil."

Mendengar jawapan itu, hati Su Qianci berasa lega. Dadanya terasa pedih ketika pandangannya menjadi gelap dan dia terus rebah…

Related Books

Popular novel hashtag