Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 277 - Berikan Saya Anak

Chapter 277 - Berikan Saya Anak

Tubuh Su Qianci bergetar, tangannya mencengkam tubuh Encik Li dengan kuat sambil berkata, "Ada… orang… perlahan… sedikit…"

Li Sicheng tidak mengendahkan kata-katanya dan meneruskan perlakuannya dengan lebih pantas.

"Kamu dah gila… Seseorang… Ahhh…"

Suara dari luar kereta itu kedengaran semakin jelas. Ia suara seorang perempuan. "Lelaki di rumah 203 itu nampak sangat teruk. Saya dengar dia luka dan demam disebabkan lukanya terkena keradangan. Keadaan dia dah teruk dan sekarang dia dipukul pula."

"Betulkah?"

"Tapi dia sendiri yang minum hingga mabuk, jadi tiada apa boleh dilakukan. Nasib baik ada perempuan itu jaga dia."

"Mesti mereka bergaduh. Lelaki itu nampaknya bencikan perempuan itu tapi perempuan itu berkeras mahu menjaga dia."

"Tapi baju yang dia pakai sangat cantik. Pasti harganya mahal. Merah nampak hebat pada kulit dia yang putih…"

Dua orang gadis itu berjalan di sebelah Maybach hitam itu tanpa menyedari apa-apa. Su Qianci melepaskan nafas lega. Lu Yihan tinggal di rumah nombor 203 jadi mereka pasti sedang bercakap tentangnya. Syukurlah Lu Yihan sudah diselamatkan. Tetapi perempuan berbaju merah yang mereka bincangkan kedengaran seperti Yu Lili. Kenapa dia datang ke tempat ini pada lewat malam sebegini? Ketika Su Qianci sedang berfikir, dia merasakan batang tebal yang telah lembut tadi kini kembali tegang.

Li Sicheng melutut dan menahan Su Qianci pada kerusi belakang lalu berbisik, "Qianci, bagi saya anak." Dia pernah mendengar seorang isteri akan lebih mencintai suaminya apabila mereka telah mempunyai anak. Mata Su Qianci terbeliak tetapi bibirnya terus dikucup sebelum sempat dia berkata apa-apa.

Pada jam dua pagi, akhirnya pembedahan Lu Yihan selesai.

Yu Lili melihat lampu bilik kecemasan dimatikan dan segera memegang lengan pakar bedah sambil bertanya, "Doktor, bagaimana?"

Pakar bedah itu membuka topeng mukanya dan berkata, "Semuanya berjalan lancar. Tapi ini tak boleh berlaku lagi. Superman pun tak akan mampu hadapi terlampau banyak kecederaan."

Yu Lili melepaskan nafas lega dan masuk ke wad penjagaan rapi. Lu Yihan masih tidak sedarkan diri. Kesan lebam dan biru pada wajahnya jelas kelihatan.

Yu Lili mengusap wajah Lu Yihan yang luka dan matanya menjadi basah. "Macam mana ini boleh berlaku? Kalau saya tahu siapa yang lakukan, saya akan balas dendam untuk kamu."

Lu Yihan terdengar sayup-sayup suara Yu Lili. Wajahnya berkerut dan dia membuka matanya. Sebaik melihat Yu Lili, dia memalingkan wajahnya dan berkata dingin, "Kenapa kamu masih ada di sini?"

Hati Yu Lili runtun dan dia berkata, "Kamu ingat saya mahu ada di sini? Saya hanya mahu dapatkan wang saya kembali. Pembedahan kamu menelan belanja lapan ribu. Ingat itu."

"Okey. Hantar nombor akaun kamu dan saya akan pindahkan wang itu. Kalau tak ada apa-apa, kamu boleh pergi sekarang." Tiada langsung kemesraan dalam suara Lu Yihan dan ia amat mengecewakan Yu Lili.

Walau bagaimanapun, dia berpura-pura tidak peduli dan berkata, "Kamu ingat saya mahu ada di sini sangat? Sepatutnya saya biarkan saja kamu mati." Kemudian, seolah-olah dia baru teringat sesuatu, Yu Lili terus bertanya, "Siapa yang buat begini kepada kamu?"

"Apa kaitan dengan kamu?"

"Hei, janganlah kejam sangat. Mungkin saya boleh tolong balas dendam."

Lu Yihan mencebikkan bibirnya dan berkata dingin, "Ini perlakuan Li Sicheng. Pergilah balas dendam untuk saya. Jangan lupa tangkap gambar."

Related Books

Popular novel hashtag