Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 274 - Saya Mahu Bunuh Dia

Chapter 274 - Saya Mahu Bunuh Dia

Su Qianci sangat terkejut sebaik melihat Li Sicheng. Walau bagaimanapun, belum sempat dia menjelaskan apa-apa, Li Sicheng telah menolaknya. Li Sicheng meluru masuk ke dalam dan terus melihat Lu Yihan yang terbaring di atas sofa dengan tubuhnya yang kemerahan. Dengan rasa berang, dia terus menarik kolar baju Lu Yihan dan menumbuk wajah lelaki itu dengan kuat. Lu Yihan yang tidak menjangkakannya terus menjerit sebelum jatuh ke lantai. Pandangan Lu Yihan menjadi semakin kabur dan perkara yang dilihatnya hanyalah satu susuk tubuh sedang berjalan ke arahnya.

Su Qianci menjerit, "Apa kamu dah buat?"

Lu Yihan yang masih mabuk mendengar suara Su Qianci lalu ketawa kecil. "Qianqian…"

Namun nama panggilan yang mesra itu semakin menaikkan darah Li Sicheng. "Bangsat!" Li Sicheng menarik Lu Yihan bangun dan menumbuknya sekali lagi.

Setelah menerima tumbukan yang kuat itu, wajah Li Sicheng terus membengkak. Giginya hampir tercabut dan darah mengalir keluar daripada mulutnya. Lu Yihan terduduk di atas lantai dan lukanya yang teruk mula terbuka lalu membuatkan darah membuak-buak keluar membasahi bajunya.

Su Qianci yang ketakutan merasakan jantungnya seakan tersekat di kerongkong. Dia memeluk pinggang Li Sicheng dengan seluruh kudratnya dan menjerit, "Berhenti! Hentikan!"

Li Sicheng terus menggenggam penumbuk tanpa menyedari darah yang mengalir daripada tubuh Lu Yihan. Melihat Su Qianci cuba menghentikannya, dia menjadi semakin marah kerana isterinya merisaukan lelaki itu. "Lepaskan!"

"Jangan pukul dia. Hentikan…" Su Qianci menangis dan berkata, "Ia bukan seperti yang kamu fikirkan. Saya cuma tak mahu kamu salah faham, sebab itu saya…"

"Lepaskan!"

Li Sicheng tidak mahu mendengar penjelasannya. Dia menarik tangan Su Qianci daripada tubuhnya dengan kuat dan menolak Su Qianci sehingga rebah. Apabila Su Qianci sedang cuba bangun kembali, Lu Yihan sedang menjerit.

Li Sicheng seorang yang sangat kuat. Oleh kerana dia datang daripada keluarga yang mempunyai tentera selama tiga generasi, dia mempunyai tahap yang tinggi dalam latihan fizikal. Lu Yihan yang hanya seorang pakar teknologi maklumat dan ditambah dengan kecederaan teruk langsung tidak mampu menandinginya.

Su Qianci panik dan terus bangun. Dia terlanggar sofa dan jatuh kembali tetapi tiada masa untuknya berdiri. Su Qianci terus merangkak lalu meletakkan dirinya di antara dua lelaki itu walaupun tumbukan Li Sicheng sedang menghampiri.

Tumbukan Li Sicheng hampir mengenai wajahnya. Su Qianci berasa gementar dan hanya merenung penumbuk itu tanpa berani untuk bergerak.

Li Sicheng tidak menyangka isterinya itu akan muncul tiba-tiba. Tangannya yang menggenggam penumbuk terhenti sebelum mengenainya.

"Jangan halang saya."

Air mata Su Qianci berlinangan di pipinya. Dia menggelengkan kepalanya dan merenung wajah suaminya yang sedang marah lalu berkata, "Kamu akan bunuh dia."

Sebaik mendengar kata-kata itu, Li Sicheng berasa takjub dan hatinya remuk. Kedinginan dapat dirasakan daripadanya dan membuatkan Su Qianci ketakutan. Li Sicheng sungguh menakutkan…

Li Sicheng mencapai dagu Su Qianci sebelum memegangnya dengan kuat dan berkata, "Memang saya nak bunuh dia. Dengan cara itu, kamu tak akan teringatkan dia setiap masa, bukan?"