Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 266 - Dia Tidak Mahu, Tapi Aku Mahu

Chapter 266 - Dia Tidak Mahu, Tapi Aku Mahu

Tang Mengying berada di rumahnya dan sedang menulis pada diari mengandungnya dengan berhati-hati. Dia tersenyum gembira melihat catatan-catatan yang dibuatnya itu.

"Anakku, dah masuk minggu keempat sejak Tuhan hantarkan kamu kepada ibu. Walaupun ayah tak mahu mengakui kewujudan kamu, ibu sayang kamu dan ibu menanti kehadiran kamu di sisi ibu."

"Anakku, hari ini ibu diragui oleh semua orang lagi. Tak ada sesiapa yang percaya kamu anak ayah kamu, tapi ibu tahu kamu ahli keluarga Li. Cepat atau lambat, ibu akan bawa kamu kembali ke tempat yang kamu berhak."

"Anakku, hari ini ibu lakukan ujian poligraf. Pakar itu cakap radiasi mungkin akan menyebabkan kesan negatif ke atas kamu, tapi ibu tetap lakukannya. Ibu nak ayah kamu mengakui kamu dan buang perempuan jahat itu."

"Anakku, nenek kamu akhirnya bersetuju untuk bantu ibu. Ibu sangat gembira. Dengan bantuan nenek dan datuk kamu, ibu akan dapat bawa kamu ke dalam keluarga Li. Kamu gembira tak? Ibu sangat teruja."

"Anakku, hari ini ayah kamu hampir dirotan oleh atuk kamu. Ibu sangat takut. Jika ayah kamu dirotan, kemungkinan ibu tak akan pernah dapat bawa kamu masuk ke dalam keluarga Li. Tapi atuk kamu tak lakukannya dan memilih untuk mempercayai ayah kamu, bukannya ibu. Ingat anakku, atuk itu seorang yang jahat dan kamu mesti balas dendam untuk ibu apabila kamu besar nanti. Tapi ada berita baik juga. Walaupun nenek kamu kelihatan seperti membantu atuk kamu, dia sebenarnya percaya yang kamu adalah ahli keluarga Li. Nenek kamu sayangkan kamu dan ibu kamu ini. Jadi besar nanti, kamu layanlah dia dengan baik."

"Yang menyayangi kamu, ibu."

Tang Mengying meletakkan pen di atas meja, menggeliat dan berasa mengantuk. Sejak mengandung, dia sentiasa berasa seperti tidak cukup tidur. Namun ketika dia baru sahaja naik ke katil, telefonnya berbunyi. Panggilan itu masuk ke nombor peribadinya. Tang Mengying menerima panggilan itu dan satu suara yang dikenalinya kedengaran tercungap-cungap, "Mengying, tolong aku. Semua akaun bank aku dah digodam dan aku langsung tak ada duit sekarang. Bagi aku duit sedikit, boleh?"

Tang Mengying kelihatan jengkel dan membentak, "Berani kau minta duit dengan aku? Kalau bukan kerana kesilapan kau pada saat-saat genting itu, aku tak akan jadi macam ini."

"Hei hei hei, aku dah tebus kesalahan aku kan? Semalam, kalau bukan aku yang tolong, kau ingat kau masih dapat bersenang-lenang? Li Sicheng bangsat itu cari di merata tempat dan godam kesemua akaun aku. Malah dia tawarkan ganjaran untuk sesiapa yang dapat jumpa aku. Sekarang aku dah tak dapat balik ke rumah. Kalau aku tak tolong kau, aku tak akan terseksa sebegini."

Tang Mengying mengerutkan dahinya dan berkata sinis, "Tolong aku? Macam mana kau tolong aku?"

"Semalam, kalau aku tak godam fail video itu, kau mesti dah mati dipukul ayah kau yang kolot itu kan? Kalau ayah kau tahu kau tidur dengan lelaki entah mana-mana dan mengandungkan anak…"

"Apa maksud kau?" Tang Mengying mula marah. "Kau bangsat! Aku mengandungkan anak Abang Sicheng…"

Setelah terdiam seketika, lelaki itu berkata, "Kau benar-benar fikir lelaki yang tidur dengan kau ialah Li Sicheng?"

"Apa yang kau cakap ini? Memang dia lah!" Tang Mengying berkata dengan penuh emosi. "Dia tak berhati perut. Dia tak mahu anaknya ini, tapi aku mahu!"

Related Books

Popular novel hashtag