Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 258 - Kesalahan Biasa Lelaki

Chapter 258 - Kesalahan Biasa Lelaki

Kemarahan Li Xiao jelas dapat didengar melalui suaranya. Di bilik kerja itu, Qin Shuhua berdiri rapat dengan Puan Tang, dan Tang Mengying bersembunyi di belakang ibunya. Tang Zhenghao berdiri di sebelah mereka. Seluruh keluarga Tang ada di situ kecuali Tang Mengqing.

Menyedari situasi yang berlaku, Li Sicheng memandang ayahnya tanpa sebarang rasa takut dalam mata dinginnya dan bertanya perlahan, "Kenapa saya perlu buat begitu?"

Li Xiao sangat marah sehingga membentak, "Kenapa? Kau tanya aku kenapa?" Kemudian dia mengambil dua helai kertas dan melemparkannya ke muka Li Sicheng.

Kertas yang ringan itu ditangkap oleh Li Sicheng. Dia terus membaca tajuknya: Laporan Ujian Poligraf. Li Sicheng meneliti dokumen itu dan mengecilkan matanya.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Li Xiao menghalakan jari telunjuknya ke arah Li Sicheng dan berkata, "Sepatutnya aku paksa kau masuk tentera. Tengoklah abang dan adik kau. Mereka tak pernah lakukan apa-apa seperti ini."

Bilik kerja Li Xiao itu dihiasi dengan pelbagai jenis pingat penghargaan. Baju seragam yang masih elok tergantung menunjukkan pangkat Li Ziao yang tinggi. Bukan sahaja pangkatnya sebagai Mejar Jeneral, tetapi dua anak lelakinya juga adalah kebanggaannya. Li Beixing telah menjadi Mejar walaupun masih muda, dan anak bongsu Li Xiao, Li Jinnan juga adalah seorang kapten.

Tetapi berbeza bagi Li Sicheng. Ketika kanak-kanak lain masih bermain lumpur dan kencing malam, dia sebaliknya teruja dengan peta dunia dan bercita-cita untuk menjadi Columbus yang kedua. Ketika kanak-kanak lain belajar menyanyi dan menari, dia mengangkat batang buluh dengan impian untuk menguburkan pemerintahan dictator. Ketika remaja lain sedang bermain cinta monyet, dia belajar kesemua yang dapat dipelajarinya. Ramai pengajar diupah, tetapi mereka semua berhenti kerana takut dengan kebijaksanaan dan perasaan ingin tahu Li Sicheng yang menakjubkan.

Sebaik sahaja Li Sicheng menamatkan kolej, Li Xiao mahu dia menjadi askar seperti keluarga mereka bagi melindungi negara. Walau bagaimanapun, Li Sicheng mendaftarkan bisnesnya sendiri tanpa memberitahu keluarga terlebih dahulu, dan bisnes itu akhirnya membawa keuntungan yang banyak. Li Xiao menyangka dia sudah tidak perlu risau tentang Li Sicheng, tetapi hari ini, dia perlu menerima kenyataan bahawa lelaki tidak dapat lari daripada "kesalahan biasa lelaki." Li Xiao teramat kecewa sehingga kehilangan selera makan.

Setelah membaca dokumen itu, Li Sicheng bertanya, "Ayah lihat sendiri ujian poligraf ini?"

Tubuh Li Xiao bergetar menahan marah. "Perlukah Ayah lihat sendiri? Laporan ini dah beritahu kesemuanya."

"Jadi Ayah tak lihat sendiri ia dilakukan," kata Li Sicheng perlahan dengan nada yang dingin. "Macam mana Ayah boleh yakin yang dia bercakap benar?"

"Jantan keparat!" Puan Tang berasa terhina dan mahu memukul Li Sicheng. Namun Tang Mengying sempat menangkap tangannya sambil menangis, "Ibu, jangan…"

"Li Sicheng!" Qin Shuhua tampil untuk melindungi anaknya. "Tak akan kamu tak tahu kamu lakukannya atau tak? Ibu dengar cadangan Ou Ming dan minta ayah kamu buat ujian poligraf. Terbukti Mengying tak berbohong."

"Jadi, Ibu dan Ayah pilih untuk percaya kepada orang luar berbanding anak sendiri?"

Related Books

Popular novel hashtag