Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 259 - Saya Ada Bukti

Chapter 259 - Saya Ada Bukti

"Orang luar?" jerit Puan Tang. "Jika bukan kerana Su Qianci, Mengying saya pasti dah jadi isteri kamu! Dia tak akan menderita sebegini."

Li Sicheng mengecilkan matanya, merenung Puan Tang sambil membalas, "Jadi, muka tebal ini memang perangai daripada keturunan. Saya belajar sesuatu hari ini."

Wajah Tang Mengying dan Puan Tang terus berubah. Tang Zhenghao kelihatan berang ketika dia berkata, "Li Sicheng, kami datang ke sini hari ini untuk minta penjelasan. Jangan tukar topik."

"Kebetulan pula. Saya juga mahu minta penjelasan daripada kamu," Li Sicheng menggulung laporan di tangannya dan berkata sinis, "Anak kamu buat gambar fitnah dan cuba perangkap isteri saya. Dia juga menyebabkan anak saya gugur dan aturkan supaya isteri saya dipukul di tempat awam. Sekarang, dia mengandungkan anak yang entah dari mana dan kata dia anak saya, cuba untuk hancurkan hubungan saya dan isteri. Bukan kamu patut bagi penjelasan untuk semua itu?"

Li Sicheng telahpun menuntut keadilan dengan bukan sahaja membuatkan Fu Zetian bangkrap, malah menutup kebanyakan bisnes pelaburan Tang Mengying dan keluarganya bagi membuatkan mereka menyesal dengan apa yang telah mereka lakukan. Walau bagaimanapun, disebabkan mereka datang ke rumah keluarganya, Li Sicheng lebih daripada gembira untuk menuntut lebih banyak hutang.

Tang Zhenghao tidak menyangka akan dipersalahkan oleh Li Sicheng. Mendengar tuduhan-tuduhan itu, dia menoleh ke arah Tang Mengying. Menyedari hati ayahnya mula berbolak-balik, Tang Mengying segera mengetap gigi dan menangis, "Sicheng, kamu tahu ini memang anak kamu. Kamu ingat saya akan tidur dengan sesiapa selain kamu? Jika ini bukan anak kamu, kamu ingat saya akan teruskan kandungan ini? Kamu sangat tahu yang saya cintakan kamu. Saya sangat cintakan kamu sehingga sanggup lakukan ini, Abang Sicheng…"

"Jadi mari kita buat ujian darah," wajah Li Sicheng bengis. Dia tidak membalas kata-kata Tang Mengying, tetapi memandang ayahnya. "Ujian DNA akan tentukan anak lelaki kamu ini tidak bersalah." Tiada sesiapa sanggup dituduh dengan perkara serius sebegitu.

Li Xiao sangat mengenali anaknya. Li Sicheng bukan seseorang yang akan lari daripada tanggungjawab. Jika Li Sicheng berkata dia tidak melakukannya, maka ia benar.

Walau bagaimanapun…

"Bagaimana kamu nak jelaskan tentang ujian poligraf itu?" kata Tang Zhenghao. "Seorang wanita sanggup mengandungkan anak kamu, tapi kamu tak mengakuinya malah memalukan dia dengan tuduhan-tuduhan jijik sebegitu. Li Sicheng, kamu memang binatang!"

"Jadi apa kamu panggil untuk seseorang yang merayu kepada binatang?"

Tang Zhenghao tidak mampu menjawab kata-kata Li Sicheng. Tubuhnya bergetar dan dia diam seketika sebelum menyambung, "Kamu memang celaka. Fakta dah ada di depan kamu dan kamu masih boleh menidakkannya. Kamu ingat anak saya mudah dipergunakan?"

Li Sicheng ketawa mengejek ketika dia berkata perlahan, "Jangan risau, saya ada bukti."

Melihat Li Sicheng sebegitu yakin, Tang Mengying berasa sedikit gementar. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Tang Mengying mengeluarkan ia dari poketnya dan melihat satu mesej: "Berita buruk, Z ialah orang Li Sicheng. Dia dah dapat rakaman CCTV sewaktu kamu mabuk di Australia." Sebaik membaca mesej itu, hati Tang Mengying runtun dan dia terus panik. Namun, anaknya pasti anak Li Sicheng. Itu kenyataan. Jadi dia tiada sebab untuk panik.

Pada masa yang sama, Liu Sao mengetuk pintu dan berjalan masuk. "Cik Cheng dah sampai. Dia kata dia bawa perkara yang Tuan minta."

"Suruh dia masuk!"

Related Books

Popular novel hashtag