Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 235 - Gang Bang

Chapter 235 - Gang Bang

Wira perang ini juga suka berjenaka, membuatkan para tetamu ketawa beberapa kali. Su Qianci juga turut ketawa. Matanya yang ceria membuatkan dia kelihatan lebih cantik dan menarik perhatian ramai. Su Qianci terpandang kelibat seorang wanita berpakaian merah. Tang Menying memegang segelas jus sambil bersembunyi di celah-celah orang ramai. Menyedari yang Su Qianci sedang memandangnya, dia mengangkat gelasnya ke arah gadis itu.

'Bagusnya dilayan seperti dewi di hadapan orang ramai. Semua orang boleh nampak yang kapten itu sangat menyayangi dia. Tapi, tidak kira betapa sempurnanya sesuatu itu, pasti ada juga kelemahannya.' Tang Mengying perlahan-lahan berjalan keluar dari celah-celah orang ramai itu dan menuju ke satu sudut. Di situlah terletaknya unit kawalan pencahayaan dan bunyi.

Tang Mengqing sudah menunggu di situ. Melihat Tang Mengying datang, dia berkata, "Kakak, dah sedia?"

"Ya."

Mendengarkan kata-kata Tang Mengying, Tang Mengqing berasa teruja sambil menggenggam penumbuknya. "Selepas ini Su Qianci, si perempuan jalang itu, akan memberikan ucapan rasmi. Selepas dia selesai berucap, kita akan mainkan video ini untuk memberikan tamparan kepadanya. Masa itu, Li Sicheng sekalipun tak boleh selamatkan dia."

Tang Mengying mendengar kata-kata itu dan kelihatan geram. "Kalau Li Sicheng ada di sini sekalipun, perempuan itu akan dimusnahkan. Apatah lagi apabila dia tak ada di sini."

"Ha ha, hebat!" Tang Mengqing sangat gembira. "Perempuan itu membuatkan saya sengsara. Bukan sahaja Ayah membenci saya, saya juga tak dapat elakkan igauan ngeri di sekolah. Saya tertanya-tanya bagaimana perempuan seperti dia boleh berkahwin dengan ahli keluarga Li."

"Jelas sekali yang kita tak setanding perempuan jalang ini." Tang Mengying mengetap giginya. "Dengan muka perempuan miang itu, dia berpura-pura lemah dan naif. Semua orang terpedaya. Kakak ingatkan dia ni dungu. Tak sangka dia dapat memperdayakan Kakak."

"Kakak, jangan marah. Selepas ini, dia tak boleh menimbulkan sebarang masalah. Saya sendiri nampak dia pakai gincu itu, jadi akan ada 'persembahan' menarik selepas ini."

Tang Mengying berseri-seri memikirkan nasib Su Qianci. Dia bertanya, "Bila dia pakai?"

"Sudah hampir tiba masanya. Dia masih ada di atas pentas…"

"Mari pergi tengok."

Adik-beradik Tang itu keluar daripada bilik kawalan tanpa menyedari ada kelibat seseorang yang cepat-cepat masuk ke bilik itu.

Yu Lili cuba mencari satu sudut untuk membuat panggilan telefon, tetapi telah terdengar perbualan mereka. Video yang boleh memusnahkan Su Qianci? Yu Lili mengangkat keningnya dan bergegas memeriksa komputer itu.

Mereka menggunakan kata laluan, jadi mereka tidak risau jika ada orang masuk ke bilik ini. Namun begitu, malang bagi mereka kerana Yu Lili ialah pelajar bidang Sains Komputer. Sekejap saja dia dapat menggodam kata laluan itu dan menemui video berkenaan.

Dia memainkan video itu dan menonton rakaman Su Qianci dikelilingi beberapa orang lelaki. Kualiti video itu bagus tetapi sudut rakaman itu menunjukkan yang kamera itu tersembunyi. Seorang lelaki yang tinggi, menolak Su Qianci ke satu sudut dan lelaki yang kelihatan seperti ketua mereka, menerkam gadis itu. Kemudian beberapa lelaki lain turut melakukan perkara yang sama. Gang bang? Yu Lili merenung skrin.

  1. Gang bang ialah istilah yang bermaksud melakukan hubungan seks beramai-ramai, selalunya secara paksa.

Related Books

Popular novel hashtag