Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 231 - Drama Bermula

Chapter 231 - Drama Bermula

Sidang akhbar itu merupakan acara yang besar. Mereka dalam bidang perniagaan, hiburan dan fesyen semuanya dijemput. Li Sicheng mungkin satu-satunya orang dalam Bandar Kingstown yang mampu mendapatkan semua selebriti-selebriti untuk datang. Selepas memeriksa perancangan yang dibuat Li Sicheng semalaman, Cheng You membuat beberapa perubahan.

Acara itu diadakan di sebuah kawasan rumah agak yang baru dibeli oleh Li Sicheng baru-baru ini. Rumah agam itu sangat besar dan mewah. Dengan karpet merah dan bunga ros di sekelilingnya, tempat itu diterangi candelier yang penuh gemilang. Begitu ramai wartawan sedang menunggu di bahagian tepi dan bersedia untuk menyiarkan jamuan itu melalui televisyen dan Internet.

Bila Su Qianci diambil oleh Yang, waktu sudah tengah hari. Ramai ahli keluarga Li telah sampai dan berbual sesama sendiri di ruang tamu. Sunny yang bekerja sebagai pendandan membawa Su Qianci ke dalam bilik dandan untuk membantunya bersiap. Sambil Sunny menyiapkan Su Qianci, seseorang mengintai ke dalam bilik itu. Li Weiya tersenyum ke arah Su Qianci. "Kakak!"

Su Qianci tersenyum melihat Li Weiya. "Ya?" Li Weiya menghampirinya dengan senyuman tapi Su Qianci terpandang seseorang di belakangnya melalui cermin.

Tang Mengqing. Bila terlihat Tang Mengqing, Su Qianci terus berasa sakit hati.

Li Weiya, yang tidak perasan perubahan air muka Su Qianci, menghulurkan sebuah kotak kepada Su Qianci. "Masa saya pergi membeli-belah semalam, saya rasa warna gincu ni sesuai dengan Kakak. Jadi saya beli dan bawa ke sini. Pakailah untuk hari ini."

"Gincu?" Sunny memandang. "Warna apa? Mari saya tengok."

Li Weiya memberikan kotak itu kepada Su Qianci. "Bukalah, Kak."

Su Qianci tersenyum dan membuka bungkusan itu. Gincu itu merupakan produk baru jenama terkenal.

Mata Sunny terus berseri. "Memang sesuai dengan awak. Mari kita cuba."

Selepas itu, Sunny terus mengenakan gincu itu pada bibir Su Qianci. Tang Mengqing mengelipkan mata sambil dia berasa sangat gembira melihat yang Su Qianci sudah masuk perangkap. Su Qianci melihat cermin dan ternampak wajah Tang Mengqing.

Semangat Su Qianci menjadi lemah dan dia tiba-tiba bergerak. "Tunggu sekejap."

Sunny keliru. "Ada apa?"

Pelik. Wajah Tang Mengqing nampak pelik. Su Qianci mengetap bibirnya dan berpura-pura berkata, "Beli di mana gincu ni? Bau ni peliklah."

"Pelik?" Sunny rasa bingung. "Saya rasa bau dia sedap."

"Kakak tak suka ke?" Li Weiya nampak kecewa. "Saya yang pilih warna tu."

Melihat wajah Li Weiya, Su Qianci rasa sedikit goyah. Dia sukakan budak perempuan ini. "Kakak suka. Cantik sangat."

"Kalau macam tu, mari kita cuba." Sunny terus menyapu gincu itu di bibir Su Qianci dan dia nampak puas hati.

"Cantik!" Li Weiya berkata dengan kagum. "Kakak nampak cantik sangat. Betul tak, Mengqing?"

Teruja melihat Su Qianci memakai gincu itu, Tang Mengqing tersengih dan mengangguk. "Ya, cantik!"

Drama yang mereka telah sediakan untuk sekian lama akhirnya akan ditayangkan. Dengan kerjasama daripada mangsa, sudah pasti drama ini akan menjadi hebat.