Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 232 - Isteri Saya Menanti di Rumah

Chapter 232 - Isteri Saya Menanti di Rumah

Tidak kira betapa bijaknya atau bertuahnya Su Qianci, mustahil dia tidak terkesan dengan perkara ini. Pada ketika itu, Li Sicheng sekalipun tidak akan dapat melindunginya. Tang Mengqing begitu ingin tahu, apa akan jadi dengan Su Qianci selepas ini. Sunny langsung tidak perasan ekspresi muka Tang Mengqing kerana dia sedang bercakap dengan Su Qianci.

Tapi Su Qianci nampak dengan jelas perasaan marah di mata Tang Mengqing. Wajah Tang Mengqing menunjukkan yang dia telah melakukan sesuatu yang dahsyat. Adakah gincu ini sebenarnya satu perangkap?

Su Qianci menjilat sedikit gincu itu dan mendapati baunya lebih harum berbanding produk lain. Tapi, apa muslihat di sebaliknya? Li Weiya yang berikan gincu ini kepadanya. Dia gadis yang baik, tak mungkin dia akan menganiaya Su Qianci, bukan? Su Qianci memandang Li Weiya dan mendapati gadis itu sedang senyum tanpa menunjukkan sebarang tanda ada yang tak kena. Su Qianci berasa lega dan membiarkan Sunny meneruskan sentuhan ajaibnya.

Tang Mengqing menarik Li Weiya keluar. "Li Weiya, gincu yang kamu berikan Su Qianci tadi ialah gincu yang saya berikan kepada kamu, bukan?"

"Ya. Bukankah kamu kata kamu malu untuk berikan sendiri kepadanya? Sedangkan kalau kamu minta maaf, mungkin dia akan maafkan kamu."

"Saya cuma risau dia tak akan maafkan saya. Malulah saya nanti."

Mendengarkan kata-kata itu, Li Weiya memandang wajah Tang Mengqing yang kelihatan normal, dan dia berasa kecewa. Dia benar-benar anggap Tang Mengqing sebagai kawan baiknya.

Encik Stewart ialah seorang profesor yang amat dihormati semasa hidupnya, jadi ramai orang yang datang ke majlis pengebumiannya. Selepas majlis itu, Li Sicheng amat letih sehingga hampir rebah. Dia berasa kurang sabar, asyik melihat jam tangannya. Melihatkan keadaan Li Sicheng, kawannya tahu yang dia ada hal penting untuk diuruskan. Kawannya mencadangkan untuk mengambil tempatnya, tetapi Li Sicheng menolak. Selepas selesai menguruskan pengebumian itu, Li Sicheng sudah tidak tidur selama 24 jam.

Dia melihat jam tangannya dan waktu sudah pagi, pukul 8 lebih. "Saya kena pergi sekarang. Awak uruskan yang lain."

"Kenapa terburu-buru? Ada masalah dengan syarikat?"

Li Sicheng menggelengkan kepalanya. Senyuman yang jarang dapat dilihat, muncul di wajahnya, "Isteri saya menanti di rumah."

Kawannya terkejut dengan ekspresi wajah Li Sicheng. Dia memandang dokumen yang Li Sicheng sediakan semalaman, "Awak ni Supermankah?"

Li Sicheng bergegas pergi ke lapangan terbang. Tanpa rehat yang cukup, dia kelihatan penat. Namun begitu, memikirkan Su Qianci sedang menantinya, semua keletihannya hilang. Dia akan sampai ke rumah tak lama lagi. Cuma 12 jam sahaja lagi. Kemudian telefonnya berbunyi. Dia menerima pesanan teks daripada nombor yang tak dikenali.

Pesanan teks itu berbunyi, "Lihat isteri kamu bermalam dengan lelaki lain."

Mata Li Sicheng tiba-tiba menjadi dingin. Dia klik butang muat turun dan mendapat satu gambar yang diambil di dalam suasana malap. Lu Yihan memakai baju hospital, sedang membongkok untuk mencium seorang gadis yang berada di atas katil. Wajah Lu Yihan kelihatan lembut. Gadis itu ialah…. Su Qianci. Li Sicheng sendiri yang memilih baju yang isterinya pakai dalam gambar ini. Dia memakai baju yang Li Sicheng pilih untuk bersama lelaki lain. Li Sicheng melihat cop masa gambar itu, 2 pagi. Sebelum ini, apa yang mereka berdua lakukan?

Related Books

Popular novel hashtag