Dengan wajah penuh kasih sayang, Li Sicheng mengucapkan selamat tinggal dan menamatkan perbualan. Dia kemudian terlihat dua panggilan yang tak berjawab dan satu mesej. Semuanya daripada Tang Mengying.
"Boleh tak kita berbual?"
Li Sicheng tidak menghiraukannya dan mencampakkan telefonnya sebelum menyambung kerja.
Walaupun tidak mengancam nyawa, kecederaan Lu Yihan tetap tidak boleh dipandang ringan. Selepas pembedahan, Lu Yihan terus pengsan. Sukar untuk Su Qianci meninggalkannya berseorangan kerana dialah penyebab kecederaan itu. Namun, tak manis kalau dia bermalam di situ kerana dia sudah berkahwin. Selepas mencari-cari, Su Qianci terjumpa telefon Lu Yihan.
Dia menekan butang telefon itu dan ternampak wajah tersenyum. Terdapat gambarnya semasa zaman sekolah dulu yang langsung tidak bergaya. Dia rambut keriting dan mengenakan pengilat kuku. Dia mengunyah gula-gula getah hampir sepanjang masa. Hanya Lu Yihan yang berani membetulkan perangainya. Su Qianci rasa sangat tidak sabar pada masa itu. Tapi, Lu Yihan tetap memberi kesan positif kepadanya. Ini ialah gambar semasa dia berada pada tahun akhir. Dia nampak lebih muda dengan rambut ikat ekor kuda. Tapi, dia tidak memandang kamera. Kualiti gambar itu juga agak rendah. Tiga tahun lepas, kamera telefon tidaklah secanggih hari ini. Tapi, bila dia ambil gambar ini?
Su Qianci terperanjat melihat gambarnya sendiri dan memandang Lu Yihan yang sedang berbaring di atas katil. Tanpa cermin matanya, wajahnya nampak runcing. Dia bernafas dengan tenang walaupun wajahnya pucat. Lu Yihan menggunakan gambarnya sebagai latar belakang… Apa maksudnya tu? Su Qianci rasa yang dia terlalu memikirkannya jadi dia menggeleng kepala dan cuba mengakses telefon itu. Namun, dia perlu masukkan kata kunci. Jadi, dia terpaksa menunggu sehingga Lu Yihan tersedar.
Namun, sampai satu ketika, Su Qianci tertidur. Bila dia terjaga, dia sedang berbaring di atas katil dan berselimut. Su Qianci bangun dan memandang sekeliling. Lampu tertutup tapi waktu sudah pagi. Su Qianci mencari telefonnya dan menyedari yang jam sudah lebih 5 pagi. "Oh Tuhan!" Su Qianci berkata sambil mengejutkan Lu Yihan yang berbaring di katil sebelah.
Lu Yihan memandangnya. "Apa dia?"
"Saya tertidur di sini!" Su Qianci berkata dengan kesal. "Macam mana saya boleh tertidur?"
Lu Yihan mengeluh lega. "Oh, ingatkan ada apa-apa yang penting."
Su Qianci berasa agak marah. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu dan bertanya, "Kenapa saya tidur di atas katil? Awak angkat saya ke?"
"Ya." Lu Yihan cuba bangun dan bergurau, "Saya tak sangka awak dah naik berat badan. Saya rasa macam nak mati."
"Apa awak cakap?" Su Qianci terpaksa berkata, "Berat saya 100 paun sajalah."
"Oh, saya ingatkan dua kali ganda berat tu."
"Diamlah!" Su Qianci segera memakai kasutnya dan berkata, "Awak telefon adik-beradik awak untuk datang ke sini. Saya kena pergi. Sidang akhbar tu hari ni."
"Okey," Lu Yihan berkata sambil mengangguk. Namun, dia mengeluh, "Peluang baik untuk berjumpa orang penting… Saya nak pergi ke sidang akhbar awak, tapi tak boleh nampaknya."
"Akan ada peluang lain," Su Qianci berkata. "Tak lama lagi, suami saya akan anjurkan acara lain."
"Acara apa?"
Sebuah perkahwinan!
Dengan rasa senang hati, Su Qianci tidak memberitahunya. "Rahsia! Saya kena pergi sekarang."
Melihat dia berlalu, Lu Yihan memandang telefonnya.
Dia tahu yang Su Qianci telah melihatnya…