Hati Li Sicheng menjadi lemah dan dia tergesa-gesa pergi ke laman web tersebut. Tajuk berita itu ialah, "Isteri Li Sicheng yang Tidak Pernah Puas, Berjumpa Lelaki Simpanan Waktu Lewat Malam."
Tidak pernah puas? Lelaki simpanan?
"Merepek!" Li Sicheng memukul meja. "Isteri Li Sicheng langsung tidak perlu dipuaskan."
Tiba-tiba Cheng You menyedari sesuatu dan memandang Qianci. Wajah Su Qianci menjadi kemerah-merahan dan dia menarik Li Sicheng untuk menyalahkannya.
Dalam telefon itu juga, Luo Zhan hampir tercekik. Selepas seketika, dia berkata, "Terlebih cakap nampaknya."
Li Sicheng terdiam.
"Walau bagaimanapun, saya dah menggodam gambar-gambar itu dan gantikan semuanya dengan gambar perkahwinan kamu. Tak ada apa-apa selain tajuk ini. Saya rasa tak akan ada masalah lagi."
Memang benar, apabila Li Sicheng klik artikel itu, dia cuma boleh lihat gambar perkahwinan mereka.
Su Qianci kelihatan sangat cantik dalam gambar itu, manakala muka Li Sicheng pula menunjukkan muka selamba sewaktu gambar itu diambil. Kalau tak kerana datuk, Su Qianci yakin lelaki itu akan memalingkan mukanya. Namun begitu…
"Macam mana kamu boleh ada gambar-gambar ini?"
"Saya godam komputer isteri kamu." kata Luo Zhan dengan bersahaja.
Mata Su Qianci terbeliak. Luo Zhan menggodam komputernya? Dia tak tahu makan "privasi"? Tambahan pula, dia mengatakannya dengan selamba.
Li Sicheng terus membaca artikel itu dan mendapati topik itu menjadi yang paling popular, beberapa minit setelah dimuat naik. Maksudnya ada orang yang mempromosikan artikel ini.
"Siapa? Kamu tahu siapa?"
"Mestilah. Saya Z!"
Pemburu itu bertanya dengan nada tidak percaya, "Kamu Z?"
Mendengarkan suara orang lain, Luo Zhan meradang, "Kamu guna mod pembesar suara?"
"Ya."
"Tak guna. Siapa di sana?"
"Isteri saya, pembantu saya dan pemburu yang bodoh." Jari-jari Li Sicheng menari-nari di atas papan kekunci, menaip sesuatu.
Luo Zhan mahu merungut, tetapi tiba-tiba terlihat hasil kerja Li Sicheng "Kamu yang hantar pos itu? 'Semua media dijemput hadir ke sidang media isteri saya pada 15 Oktober.' Aduh, ada gambar kamu berdua bercium pula. Kamu mahu umumkan perang?
Li Sicheng senyum dan berkata, "Ya." Itulah yang dia cuba lakukan.
Tang Mengying membuka Weibo dengan gembira. Dia mahu memeriksa pos yang dibayarnya. Su Qianci pasti sudah dibenci sekarang. Tang Mengying tertanya-tanya, ekspresi apa yang ada di wajah Li Sicheng. Walau bagaimanapun, setelah mencari beberapa kali, Tang Mengying cuma jumpa topik "Sidang Media Puan Li."
Dia menekan klik dan terus terlihat pos yang Li Sicheng muat naik. Ada gambar Li Sicheng dan Su Qianci sedang bercium. Kualiti gambar itu tidak berapa elok. Jelas sekali telah ditangkap menggunakan telefon bimbit. Latar belakang gambar itu ialah laut yang biru. Su Qianci memakai gaun bahu terbuka berwarna merah. Dia sedang memeluk Li Sicheng sambil mukanya kemerah-merahan. Li Sicheng pula sedang mencium bibirnya...
Nafas Tang Mengying semakin laju. Dia menjerit dan menghempas komputer ribanya. "Lelaki tak guna!"
Mendengar bunyi itu, Puan Tang berlari masuk ke dalam dan bertanya, "Apa sudah jadi?"
Sambil memandang ibunya, Tang Mengying terus teresak-esak, "Ibu...apa perlu saya buat? Saya tak sabar menantikan hari saya boleh beritahu dunia yang bayi saya ini anak Li Sicheng."
"Kalau perempuan jalang, Su Qianci, itu tahu, kamu fikir kamu boleh lahirkan anak kamu?" balas Puan Tang. "Jangan risau. Ibu ada cara yang lebih baik."