Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 219 - Tak Adil pada Orang Bujang

Chapter 219 - Tak Adil pada Orang Bujang

SelepasLi Sicheng memuat naik pos itu, Cheng You mendapat satu panggilan dan menjawab dalam bahasa Inggeris. Su Qianci sangat kagum dengan kemahiran bahasa pembantu Li Sicheng ini. Memikirkan apa yang baru saja berlaku, Cheng You sememangnya orang bawahan yang berkebolehan. Tak hairanlah dalam kehidupan Si Qianci yang lalu, Cheng You sudah bekerja dengan Li Sicheng selama lapan tahun. Walaupun selepas Cheng You berkahwin dan melahirkan anak, Li Sicheng tidak mahu melepaskan pembantunya ini, dan sanggup membayar gaji yang tinggi supaya Cheng You kekal bersamanya. Selepas menjawab panggilan itu, wajah Cheng You kelihatan muram sambil dia berkata, "Encik Li."

"Ya, saya dengar. Sesuatu berlaku di Amerika?"

"Ya. Encik Steward sakit tenat. Dia tak ada banyak masa lagi dan dia mahu berjumpa dengan kamu."

Encik Stewart? Su Qianci kenal nama ini. Sewaktu Li Sicheng belajar di luar negara, Encik Stewart ialah profesornya. Disebabkan Encik Stewart sudah kehilangan anak lelakinya, dia melayan pelajar kesayangannya, Li Sicheng, seperti anaknya sendiri. Kadangkala, apabila Li Sicheng ada masa terluang, dia akan ke Amerika dan melawat orang tua itu. Su Qianci teringat dalam kehidupannya sebelum ini, Encik Stewart meninggal dunia lebih kurang pada waktu sebegini.

Li Sicheng diam seketika dan memandang ke arah Su Qianci.

"Kamu patut pergi," kata Su Qianci sebelum Li Sicheng sempat berkata apa-apa. "Kita tak tahu berapa lama dia boleh tunggu, jadi kamu patut pergi secepat mungkin."

Li Sicheng mengangguk lalu berdiri dan mencium dahi Su Qianci. "Saya akan balik secepat mungkin."

"Encik Li, kamu mahu saya ikut bersama?" tanya Cheng You.

"Tak perlu. Terus berada di Kingstown dan uruskan hal perniagaan syarikat bagi pihak saya. Kalau ada apa-apa yang kamu tak boleh buat keputusan, hubungi saya."

"Faham."

"Satu lagi, uruskan hal sidang media itu."

"Baiklah."

"Terima kasih."

Cheng You menggigil mendengar ucapan "terima kasih" yang jarang dia dapat dengar dari bosnya itu. Dia tergagap-gagap mengatakan, "Sama-sama."

Su Qianci menahan senyumannya dan berkata, "Saya akan kemas beg kamu."

"Kita boleh kemas sama-sama."

Cheng You dan pemburu itu berasa agak janggal. Pemburu itu berkata, "Saya minta diri."

Cheng You mengangguk dan berkata, "Saya akan hantar Encik Li ke lapangan terbang sebentar lagi."

Sewaktu mereka di tingkat atas, Su Qianci mengeluarkan beg dan mula mengemas. Dia berkata, "Ingat, makan ikut waktu. Mungkin cuaca sejuk di sana. Saya akan masukkan beberapa helai jaket untuk kamu. Jangan lupa tukar…"

Sebelum dia habis bercakap, Su Qianci menyedari lelaki di sebelahnya itu sudah memeluknya. Su Qianci berhenti dan wajahnya kemerah-merahan.

"Apa lagi?" Li Sicheng berbisik dengan suara yang dalam. Selepas mengatakannya, dia memusingkan Su Qianci menghadapnya. Wajah Li Sicheng kelihatan lembut, sehinggakan imaginasi Su Qianci menjadi liar.

Dengan wajah yang kemerahan kerana malu, Su Qianci memeluk lelaki itu semula, mengenangkan yang dia tak akan dapat berjumpa dengan Li Sicheng selama beberapa hari. Sambil mendongak, dia berkata, "Balik cepat."

Senyuman Li Sicheng terpancar di matanya. Dia mencium bibir Su Qianci. "Saya akan turut perintah kamu, sayang."

Mendengar jawapan ini, wajah Su Qianci semakin merah. Dia menolak Li Sicheng dan sambung berkemas.

Cheng You sangat cekap. Dengan pantas dia menempah tiket penerbangan ke New York. Kapal terbang akan bertolak dalam masa dua jam.

Cheng You menunggu seketika setelah membawa kereta, dan terlihat Su Qianci dan Li Sicheng turun ke tingkat bawah. Namun sewaktu sampai ke pintu, Li Sicheng tiba-tiba berhenti, meletakkan beg pakaiannya dan mencium Su Qianci sambil bersandar di pintu. Muka Cheng You menjadi kemerahan dan dia merengek dalam hatinya, 'Sungguh tak adil pada orang bujang.'

Related Books

Popular novel hashtag