Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 209 - Dia Hanya Pengganti

Chapter 209 - Dia Hanya Pengganti

Su Qianci berasa kurang senang, dia bersiap sedia untuk menghadapi semua khabar buruk yang bakal didengarnya. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai idea mengenai apa khabar berita yang dilakukan oleh Tang Mengying sehingga menyebabkan Lu Yihan bercakap dengan sangat berhati-hati. Sambil menahan nafasnya, Su Qianci menunggu kata-kata Lu Yihan.

Akhirnya, Lu Yihan berkata dengan simpati, "Perempuan itu mengandung."

Su Qianci berasa telinganya berdesing, seolah-olah ada sesuatu yang telah merempuh otaknya.

Lu Yihan terdiam, dan begitu juga Su Qianci.

Setelah beberapa ketika, Su Qianci berkata dengan tegas, "Tidak mungkin!"

Li Sicheng tidak berkata apa-apa dan menghantar rakaman tersebut kepada Su Qianci.

Dengan tangan yang menggeletar, Su Qianci meletakkan jarinya di atas pad sesentuh. Dia mahu membuka fail itu, tetapi jantungnya bagaikan menggeletar. Tidak mungkin! Dalam kehidupannya yang lalu, Tang Mengying tidak pernah hamil. Lagipun jika Tang Mengying sudah hamil, berdasarkan sikapnya, dia pasti akan memberitahu seluruh dunia,

Betul, tidak mungkin.

Su Qianci mengetap bibirnya dan bertanya, "Tidak mungkin bayi ini milik Li Sicheng, bukan?"

Lu Yihan mengeluh.

Hati Su Qianci bagai direntap.

Dia memuat turun rakaman tersebut dan memainkannya. Kedengaran suara Tang Mengying, "7 malam, tempat sama."

"Misi baru? Kau akan bermain-main dengan perempuan Li Sicheng itu sekali lagi?"

"Jaga hal kau sendiri, dan lidah kau. Jika tidak, aku akan ambil semula duit yang aku bagi tadi."

"Sekadar bertanya… Apa yang kau perlukan kali ini? Dan berapa bayarannya?"

"Mari bercakap secara berdepan. Satu lagi, aku mahu kau tambah sesuatu dalam video yang aku minta kau buatkan."

"Tambah apa?"

"Aku akan tambah maklumat tentang kandungan aku."

"Apa? Kau betul-betul mengandung?"

"Ya, anak Li Sicheng."

Suaranya manis dan lembut, penuh kegembiraan. Su Qianci telah kehilangan semua kekuatannya setelah mendengar kata-kata tersebut. Dia tiba-tiba memikirkan bunyi-bunyi seksual dari Australia yang telah mengganggunya selama dua bulan. Jadi sekarang kandungan Tang Mengying berada dalam trimester pertama, tempoh masa di mana setiap pasangan harus menahan diri daripada melakukan seks. Memikirkan tentang keghairahan Li Sicheng terhadapnya sejak beberapa hari lalu, Su Qianci tertanya-tanya jika dia dianggap sebagai pengganti hanya kerana Tang Mengying sedang hamil.

Su Qianci hampir pitam, hatinya perit. Dia sepatutnya tidak terlalu memikirkan tentang hal ini, dan dia tidak mahu buat begitu. Walau bagaimanapun, mindanya asyik berfikir yang bukan-bukan, sehingga menyebabkan air mata mengalir di pipinya.

Apabila Li Sicheng pulang dari kerja, dia terus pergi ke bilik tidur utama. Disebabkan perkembangan hubungan mereka, Li Sicheng telah meminta Su Qianci untuk menggunakan bilik tidur utama. Ketika dia memasuki bilik itu, Su Qianci membelakangkan pintu, duduk di depan komputer ribanya dalam keadaan bingung.

Li Sicheng memeluknya dari belakang dan menegelamkan mukanya di leher Su Qianci lalu berbisik, "Saya dah balik." Walau bagaimanapun, ketika dia mendongak, dia terlihat air mata di wajah Su Qianci yang sudah hampir pulih.

"Kenapa?" Li Sicheng melihat skrin komputer riba dan terlihat ada perbualan di antara Su Qianci dan Lu Yihan sebelum Su Qianci mematikan komputer ribanya.

Li Sicheng kelihatan sedikit terganggu. Berpura-pura tidak menyedari nama Lu Yihan, dia berkata, "Mari pindahkan barang kamu ke bilik tidur utama hari ini."

Semua barang Su Qianci masih di dalam bilik tidurnya. Memandangkan mereka ialah pasangan suami isteri, mereka sepatutnya tinggal di bilik yang sama. Walau bagaimanapun, kata-kata Li Sicheng membawa maksud lain pada Su Qianci.

Related Books

Popular novel hashtag