Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 210 - Penipu

Chapter 210 - Penipu

Su Qianci menolak pelukan Li Sicheng dan mengalihkan tangan lelaki itu dan berdiri. Lelaki itu kelihatan sama seperti dahulu. Walau bagaimanapun, memikirkan lelaki itu sama bersikap penyayang dengan wanita lain, Su Qianci berasa jijik. "Tunggu beberapa hari lagi. Saya masih dalam…"

Li Sicheng memahami sebelum Su Qianci sempat menghabiskan ayatnya. Berasa tidak puas hati, dia masih mengangguk tanda faham dan mengelap air mata Su Qianci.

"Encik Li." Su Qianci mendongak, tetapi menyimpan pertanyaannya semula setelah melihat mata lelaki itu yang dingin. Patutkah dia bertanya pada Li Sicheng? Bolehkah dia bertanya…

Melihat Su Qianci yang teragak-agak, Li Sicheng berasa ingin tahu. Dia memandang Su Qianci dengan keliru.

Su Qianci menggetap bibirnya sewaktu dia bertanya dengan nada suara yang rendah, "Apa perasaan kamu terhadap Tang Mengying?"

Li Sicheng mendengar soalan itu dan mengerutkan keningnya. "Jiran dan ibarat adik."

"Itu saja?" Ekspresi wajah Su Qianci kelihatan rumit.

"Ya."

"Oh"

Penipu! Jika dia melayan Tang Mengying seperti adik perempuan, dia tidak mungkin tidur

dengannya dan membuatkan perempuan itu mengandung? Kejadian di antara Tang Mengying dan Li Sicheng pada malam itu telah menjadi pisau yang menusuk jantung Su Qianci dalam kedua-dua kehidupannya. Hati Su Qianci berasa sedih dan matanya mula basah.

"Kenapa?" Li Sicheng kelihatan risau, tangannya mahu memeluk Su Qianci.

Su Qianci menggelengkan kepalanya dan mengelak pelukan itu. "Mari turun ke bawah untuk makan."

Li Sicheng berdiri terpegun sewaktu Su Qianci berjalan keluar dari bilik. Memandang sekilas ke arah computer riba Su Qianci, dia kelihatan suram.

Di atas katil, telefon bimbit Su Qianci berdering. Nama pemanggilnya ialah Yihan.

Melihat nama itu, Li Sicheng berasa sedikit tertekan. Berdasarkan sikap Su Qianci, jelas dia masih mempunyai perasaan terhadap Lu Yihan. Sewaktu mereka berada di Maldives, Su Qianci hanya berpura-pura. Sekarang apabila mereka kembali ke dalam negara, dia tidak sabar-sabar untuk menyingkirkan Li Sicheng. Itulah sebabnya Su Qianci tidak dapat memandangnya, bukan? Sewaktu Li Sicheng sedang naik marah, dia cepat-cepat memberi amaran pada dirinya untuk bertenang dan percayakan Su Qianci.

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menahan keinginan untuk menjawab panggilan itu. Li Sicheng tidak bercakap dan mendengar suara Lu Yihan, "Qianqian, saya dapat tahu wanita itu akan pergi berjumpa pembantunya di sebuah gudang terbiar di sebelah timur pada pukul tujuh. Sekarang sudah kira-kira pukul 6. Kamu patut minta Encik Li hantar seseorang. "

"Apa maksud kamu?" Suara Li Sicheng sangat dalam dan dingin.

Mendengar suara Li Sicheng, Lu Yihan gembira dan memberitahunya secara ringkas tentang apa yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, dia tidak memberitahu Li Sicheng yang Su Qianci sudahpun tahu tentang kehamilan Tang Mengying.

"Jadi, kalau kamu hantar seseorang sekarang, kamu akan dapat tahu apa rancangan mereka. Paling bagus kalau kamu boleh menangkap gambar sebagai bukti…"

"Saya faham."

Semangat Lu Yihan terpendam sewaktu Li Sicheng meletakkan panggilan.

Setelah meminta Cheng You untuk menguruskannya, Li Sicheng dengan pantas turun ke bawah. Melihat Su Qianci sedang makan, dia berkata, "Lu Yihan telefon kamu sebentar tadi, dan saya menjawabnya."

Su Qianci berhenti dan memandang lelaki itu. "Apa yang dia katakan?"

Mata Li Sicheng begitu mendalam sehingga Su Qianci tidak dapat melihat menembusinya. "Dia minta kamu berjumpa dengannya di tempat yang sama."

Related Books

Popular novel hashtag