Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 208 - Tabahkan Hati, Qianqian…

Chapter 208 - Tabahkan Hati, Qianqian…

Su Qianci sedang memakai fon kepala sambil mendengar perbualan yang dirakam oleh jam tangan itu. Apabila menyedari Li Weiya telah memberikan jam itu, Su Qianci senyum dan menaip pada papan kekunci komputernya. Dia menaip ke dalam perbualan bersama Lu Yihan, 'Beritahu saya.'

'Bagi saya sepuluh minit,' Lu Yihan menaip kembali.

Apabila Lu Yihan menelefonnya, kebetulan Su Qianci sedang mendengar kata-kata Tang Mengying yang penuh keyakinan. Tangannya menggeletar. Telefon itu jatuh ke lantai.

"Kakak boleh buatkan dia kehilangan anaknya tanpa sesiapa mengesyaki kakak..."

Su Qianci meletakkan tangan pada perutnya dan merasakan hatinya bergetar. Tang Mengying dalangnya? Jurulatih Jin diupah oleh dia? Su Qianci malah membiarkan sahaja kesangsiannya sebelum ini dan merancang untuk tidak membalas dendam terlalu teruk kepada Tang Mengying. Tetapi sekarang, semua kebaikan itu sudah tidak perlu.

Tiada jawapan di sebalik talian telefon, jadi Lu Yihan menghantar tanda soal ke dalam kotak perbualan mereka.

Su Qianci bertanya, "Ada petunjuk?"

Lu Yihan menaip, "Saya akan beritahu melalui telefon."

Apabila telefon berbunyi sekali lagi, Su Qianci menjawabnya dan mendengar Lu Yihan berkata, "Saya dah dapat."

Hati Su Qianci terus remuk ketika dia meminta Lu Yihan meneruskan kata-katanya.

"Saya ikut maklumat alamat IP Tang Mengying dan dapat tahu dia ada tiga telefon. Satu untuk urusan kerja, satu untuk peribadi, dan satu lagi kebiasaannya ditutup. Tapi ia baru saja diaktifkan tadi.

Su Qianci yakin Tang Mengying mempunyai seseorang yang membantunya. "Di mana lokasi telefon itu?"

"Sekarang belum pasti. Tapi Tang Mengying memang dalang di sebalik insiden dengan Jurulatih Jin itu. Saya rasa dia akan bertindak tak lama lagi. Kamu ada guna pengintip dengar yang saya beri? Ada dapat apa-apa melaluinya?"

"Ya… Kamu akan buat tindakan susulan mengenaiya? Saya rasa ia lebih rumit daripada apa yang kita sangka."

Melalui fonkepala itu, suara Tang Mengying masih kedengaran. Su Qianci menumpukan perhatian kepada kedua-dua perbualan.

Nada Tang Mengying tiba-tiba berubah lalu menarik perhatian penuh Su Qianci. Dia berkata, "Jadi kenapa? Jika kita tak dapat kenakan dia kali ini, kita masih akan ada peluang lain. Kapten tua itu akan adakan sidang media untuk dia kan? Kita akan bagi dia satu hadiah besar waktu itu. Kakak masih banyak perkara untuk dipertaruhkan. Si bodoh Qianci itu bukan tandingan kakak."

"Hadiah apa?" tanya Tang Mengying ingin tahu.

"Nanti kamu tahulah." Tang Mengying tidak mahu menjawabnya.

Nada dering telefon bimbitnya kedengaran lalu Tang Mengying berkata, "Kakak ada panggilan. Kamu keluar sekejap."

Tang Mengqing keluar dari bilik kakaknya dan suara Tang Mengying tidak lagi kedengaran.

Su Qianci berkata dengan tidak sabar, "Yihan, boleh kamu dengar panggilan Tang Mengying?"

Lu Yihan menjawab, "Saya sedang lakukannya. Nanti saya hantar rakamannya kepada kamu."

Selepas beberapa minit, Lu Yihan memberitahu panggilan itu selesai.

Su Qianci segera bertanya, "Ia tentang apa?"

Lu Yihan tergagap-gagap sedikit. "Saya.. saya dah dengar semuanya. Tapi kamu perlu kuatkan hati dulu. Ini… ini bukan berita baik."

"Apa yang mereka bincangkan?"

"Mereka akan bertemu malam ini."

"Dan? Apa berita buruk itu?"

Lu Yihan teragak-agak seketika sebelum bertanya, "Em… Encik Li ada berhampiran kamu?"

Su Qianci menyedari perubahan cara panggilan Lu Yihan terhadap Li Sicheng. Kebiasaannya, dia hanya akan menggelarkannya "suami kamu".

"Apa dia? Beritahu saya!"

"Tabahkan hati…"

Related Books

Popular novel hashtag