Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 203 - Pergi Mampus

Chapter 203 - Pergi Mampus

Li Sicheng sedang duduk di kerusi belakang keretanya dengan santai. Selepas dia berkata sesuatu di telefon, dia mendengar bunyi kekalutan. Apabila mendengar bunyi tamparan, Li Sicheng segera dapat mengagak apa yang berlaku dan mengarah, "Pandu laju!" Perubahan intonasinya yang berubah secara drastik membuatkan Yang terus faham dan kereta itu memecut laju.

Wajah Su Qianci terpaling apabila menerima tamparan sekali lagi.

"Aku yakin kau pasti ada banyak helah untuk rampas suami aku." Wanita kaya itu terus menendang Su Qianci sebanyak beberapa kali.

Su Qianci mengetap giginya dan terus berdiam diri. Dia memandang wajah wanita kaya yang memakai solekan tebal itu dengan dingin. Kemudian, matanya bergerak ke arah wanita-wanita lain yang sedang memegang tangan dan kakinya. Dia akan mengingati mereka semua.

"Apa yang kau tengok? Perempuan jalang tak tahu malu!"

"Aku tak kenal kau. Dan aku tak tahu siapa suami kau." Suara Su Qianci agak serak, tetapi masih tenang. "Kau akan terima balasan atas apa yang kau buat."

Sikapnya yang tenang membuatkan wanita itu gentar, tetapi dia kemudiannya melemparkan beberapa keping gambar kepada Su Qianci. Dalam gambar-gambar tersebut, seorang lelaki pertengahan usia sedang memegang tangan seorang wanita yang kelihatan cantik, dan sebelah tangannya lagi memegang payudara wanita itu dengan senyuman yang lucah. Dan wanita dalam gambar tersebut adalah Su Qianci!

"Itu bukan aku."

"Bukan kau? Tengok sekali lagi !" Wanita kaya itu berkata sambil menarik rambut Su Qianci.

"Apa yang terjadi? Apa kamu semua buat di sini?" Pengawal kampus akhirnya datang sambil menjerit.

Walau bagaimanapun, wanita kaya itu tidak mempedulikannya. Dia mengambil sejumlah wang dan melemparkannya ke arah pengawal itu. "Pergi. Aku sedang sibuk uruskan sesuatu."

Pengawal itu terkejut dan terus marah, "Apa yang kau fikir kau sedang lakukan?"

"Tak cukup?" Seorang wanita lain melemparkan lagi duit ke arah pengawal itu. "Biar aku beritahu kau. Dia ini isteri Fu Zetian. Dia mampu musnahkan kau dengan hanya memetik jari."

Ekspresi pengawal itu berubah. Fu Zetian? Hartanah kaya dan berpengaruh yang mampu memberi kesan kepada bandar ini dengan setiap langkahnya? Dia pernah menjadi lelaki terkaya di Kingstown, dan telah digantikan oleh seorang lelaki muda baru-baru ini. Isteri kepada lelaki sekaya itu sedang mendera pelajar universiti? Patutkah dia membantu? Pengawal itu teragak-agak, dan wanita kaya itu ketawa mengejek lalu terus memukul Su Qianci.

"Guna suara kau. Bukankah kau tahu menggunakan suara kau sewaktu di atas katil bersama suami aku? Tunjukkan! Biar aku belajar beberapa perkara daripada kau." Suara wanita itu menjadi lebih suram, dan dia terus menghina Su Qianci dengan kata-kata dan perlakuannya.

Su Qianci menggigit bibirnya yang sudah sedia berdarah. Dia memandang wanita kaya itu dan mengejek, "Lihatlah diri kau. Tak ubah seperti khinzir. Aku tak hairan suami kau tak mahukan kau."

Wanita kaya itu melenting dan menjerit, "Tak guna, perempuan jalang!"

Dia menaikkan tangannya dan cuba menampar wajah Su Qianci yang sudah bengkak. Walau bagaimanapun, ketika tangannya hampir menampar Su Qianci, sikunya seakan digenggam kuat. Kesakitan itu terasa bagai ada tulangnya yang patah dan menyebabkan dia terus menjerit. Wanita kaya itu dihumban dan jatuh ke atas tanah.