Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 204 - Abang, Sakit…

Chapter 204 - Abang, Sakit…

"Aduh!" Wanita kaya itu jatuh ke tanah dan kelihatan kusut masai.

Dia menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki kacak yang tidak tahu datang dari arah mana. Lelaki itu kelihatan dingin dan bersiap sedia untuk menyerang. Melihat daripada reaksi wajah lelaki itu, sudah tentu dia yang memukulnya.

Wanita kaya itu dengan pantas menyumpah, "Budak muda? Kau nak cuba lindungi perempuan jalang ini?"

Mendengar perkataan tersebut, wajah Li Sicheng bertambah bengis. Sebaik melihat wajah Su Qianci yang bengkak, dia menjadi semakin berang. Dia memegang wajah Su Qianci dan melihatnya dengan penuh rasa bimbang.

"Kau… kau siapa?" Salah seorang wanita itu merasakan Li Sicheng seperti pernah dilihatnya, tetapi dia tidak dapat mengingat di mana.

Li Sicheng memandang wanita-wanita lain itu dengan tajam, dan mereka segera melepaskan Su Qianci. Apabila tiada sesiapa yang memegangnya lagi, Su Qianci terus berdiri tetapi hampir terjatuh. Li Sicheng pantas menyambutnya. Sebaik menghidu aroma yang dikenalinya, Su Qianci terus menangis, "Abang... sakit."

Li Sicheng merasakan hatinya remuk. Ia kali pertama Su Qianci memanggilnya sebegitu tanpa disuruh. Sudah tentu dia sakit, dengan lebam yang sebegini! Li Sicheng tiba-tiba merasakan perasaan yang bercampur baur antara marah, rasa bersalah, dan menyesal. Dia memegang Su Qianci dan berbisik, "Saya ada di sini. Saya di sini."

Li Sicheng menoleh ke arah wanita kaya itu dan berkata, "Kau buatkan perempuan aku menangis… Baiklah!" Li Sicheng menahan keinginan untuk memukul wanita itu dan mengarah, "Yang, telefon polis."

Yang segera menelefon polis dan memberitahu alamat tempat itu kepada pihak polis. Semua wanita itu langsung tidak takut. Wanita kaya itu mengejek, "Perempuan jalang ini tidur dengan suami aku. Aku hanya menghukum dia. Jangan libatkan diri kau dalam hal ini. Polis akan bantu aku. Untuk pengetahuan kau, suami aku adalah Fu Zetian."

Li Sicheng ketawa dingin dan berkata, "Aku nak lihat sama ada mereka akan bantu Fu Zetian, atau Li Sicheng.

"Li Sicheng?"

"Suami dia Li Sicheng?"

Kawan-kawan wanita kaya itu kelihatan gelisah. Hampir seluruh Kingstown tahu tentang Li Sicheng, termasuklah mereka yang tidak pernah memberi perhatian terhadap apa-apa berita. Tidak mungkin Li Sicheng melakukan seks rambang.

Walau bagaimanapun, wanita kaya itu bangun dan melenting pada kawan-kawannya, "Tak mungkin mereka dah berkahwin. Dia perempuan jalang yang tak tahu malu dan telah tidur dengan dua lelaki terkaya di Kingstown."

Mata Li Sicheng menjadi lebih dingin seakan-akan ribut salji sedang berlaku di dalamnya. Wanita kaya itu terdiam. Li Sicheng memandang isterinya dan bertanya dengan lembut, "Sayang, kamu mahu balas dendam?"

Su Qianci mendongak ke arah Li Sicheng. Rambutnya kusut-masai dan pipinya yang lembut kini lebam dan berwarna biru. Hati Li Sicheng terasa remuk. Tanpa menunggu jawapan, Li Sicheng membawa isterinya berjalan ke arah wanita kaya itu.

Wanita kaya itu terkejut. Dia menggeletar dan bertanya, "Apa... Apa yang kau mahu lakukan?"